Assalamualaikum,
Baru-baru ni cuti sekolah seminggu kan? Kita orang buat kenduri aruah Hari Jumaat malam Sabtu start hari cuti sekolah tersebut. Sepatutnya selalu kenduri di buat hari Khamis Malam Jumaat tapi adik beradik aku minta tukar tarikh kepada Hari Jumaat malam Sabtu sebab ramai yang berada di luar daerah Muar. Senang sebab besoknya Sabtu dah cuti. Nasib baik bila di tanya dengan orang kampung yang incharge boleh tukar tarikh. Jadi dalam wasap group keluarga berdezup-dezup cerita tentang cadangan menu makanan. hehehe
Kak Ijah cadangkan buat nasi ambeng sebab senang tak payah susah-payah nak basuh pinggan mangkuk. Dia akan buat serunding. Kak Jal cadangkan selain dari ayam masak kicap kita orang buat masak ungkep. Buat sambal goreng, goreng mee, ikan kering. Hah tu sampingan hidangan. Lauk Ambeng kalau tak berderet menunya tak sah.
Aku balik pagi Jumaat tu sebab khamis kerja. Keluar time orang sedang sibuk nak kerja...terhensut-hensut kereta jalan tapi bila masuk highway plus yeh...best sangat sebab kereta tak banyak almaklum masih hari bekerja jadi zam zam ala kazam cepat je sampai Muor. Sampai-sampai je kat kampung dalam pukul 10 pagi.... eh... belum ada yang balik ke? Tinggal akak aku sorang.. baru balik beli ayam buat masak ungkep.
Rupanya di saat-saat akhir ramai je anak buah aku yang tidak dapat balik kerana ada hal masing-masing. Lepas tu Yazid anak buah aku yang incharge game sedang menunggu isterinya nak bersalin. Tinggal tunggu hari je. Laa ni dah kat kluang kampung isterinya. Chief tukang sorak anak buah aku kat JB pun kena kerja. Jadi acara sukaneka yang sepatutnya di buat hari Sabtu terpaksa di pinda kepada hari lain dimana semuanya boleh join. Bila tu tak tahu lagi tenguk semua punya cadangan. Mungkin cuti sekolah bulan 12 nanti.
Oleh kerana sukaneka di tangguhkan tapi kenduri di teruskan sebab dah memang turn rumah aruah mak aku.
Kak Jal lambat sampai sebab tunggu Hisham balik dari kerja. Sempatlah singgah ambil Kak Limah di rumahnya. Oleh kerana dah tengahari, nampak kedai depan bukak aku pun terus lah ke depan. Sekali nampak urap pucuk ubi dengan taugeh. Fuh sodap ni. Beli lontong lepas tu ada asam pedas apa lagi tapaule. Ada sambal tempe lagi. Cukup lah lauk lunch sementara menunggu lauk kenduri siap.
Sekali Kak nong sampai bawa asam pedas daging dengan bubur barli. Fuh apa lagi masak je nasi kita orang lunch dulu. Lepas ni baru lah bersilat masak lauk lauk untuk kenduri. Aku tak ambil gambar sebab dapur sedang berkecah dengan barang-barang nak masak. hehehe
Mak itam dengan zizah datang menjenguk bila nampak akak-akak aku dah datang. Zizah sempat lagi menjemput majlis perkahwinan anak perempuannya yang diadakan pada Hari Khamis minggu depan. Hari Khamis tu Johor cuti sempena Keputeraan DYMM Sultan Johor.
Menjelang petang lauk pauk semuanya dah siap. Tinggal masak nasi je. Nasi Ambeng memerlukan nasi yang banyak sebab di hidang didalam dulang. Macam kat atas tu dah siap lauknya untuk 4 orang. Kalau dulu di tengahnya aruah mak aku letak 1 pinggan besar dengan lauk dibahagi 4. Siapkan juga plastik untuk membungkus. Ada setengah orang makan sikit dan selepas tu di bungkus bawa balik. Ada setengahnya terus je dibahagikan kepada 4 orang terus tapau bawa balik.
Kali ini lauk disiapkan dalam daun pisang. Yang atas nasi tu rojak petis .... petis hasil tangan adik ipar aku Shiba.
Kenduri selepas Magrib. Jadi selepas solat magrib baru orang kampung datang. Ni kerja orang dapur siapkan juadah kenduri. Mula-mula nak siapkan 15 dulang tapi nasi pulak tak cukup. Jenuh lah masak dalam rice cooker besar. Nasib baik cepat masak.
Ni pula hidangan kuih muih. Oleh kerana ramai anak buah aku ramai tak datang, nasib baik Jaja bawa karipap dan kuih bom. Pekena dengan air teh o panas. Masa kat depan sedang bertahlil, hujan turun dengan lebatnya.
Hah ko.... 1 periuk sambal goreng. Sebelah tu ikan kering.
Ni Kak Ijah buat urap daun selon. Fuh sodap. Tenguk tu sampai nak licin.
Alhamdulillah kenduri selesai. Sekejap je sebab bila dah siap berbungkus 4 tu orang yang datang terus je bungkus nasi dibahagikan 4. Lepas tu makan kuih dan minum air terus balik. Jadi tinggal cuci gelas je.
Ada lagi yang lebih dalam dulang. Anak saudara aku baru nak makan. Aku pun apa lagi lah menyelit sebelah Ajid dan Fahmi. Makan beramai-ramai dalam dulang. Tak cukup lauk ambil lagi dalam bekas.
Alhamdulillah kenduri tahlil berjaya di buat. Al fatihah buat keluarga yang telah meninggal dunia. Besoknya oleh kerana ramai tak ada aku pujuk Kak ijah datang lagi. Sebab bangsal kat sebelah rumah tu dah nak roboh. Hari tu ada ribut, tiangnya yang di makan anai-anai dah patah rebeh sebelah.
sedap nasi ambeng..org kampung tak makan nasi kt rumah ke? terus bawa balik? senang cam tu..
ReplyDeleteTerpulang ...ada yang makan sikit sebelum bawa balik..ada yang terus bawa balik. Sebab memang disuruh bawa balik sebab tu dah siap dibahagi 4 siap dengan plastik bungkus lagi.
Deletenasi ambeng pior ni, nama lauk sume jarang dengar...
ReplyDeleteLauk nasi ambeng banyak versi. Tapi lauknya jenis kering-kering seperti ayam masak kicap, serunding, ikan kering, sambal goreng, mee goreng. Ayam ungkep ni masakan jawa.
DeleteSS pon buat kenduri 40 hari untuk bonda... masak memacam gak... meriah kan...
ReplyDeleteSesekali buat kenduri memang meriah. Dapat berkumpul beramai-ramai menjamu orang makan.
DeleteTerliur nasi ambeng... lama x makan... masak kannn!!! Ha ha ha...
ReplyDeleteJom pi Parit Sulong Batu Pahat hari sabtu ada pasar pagi yang menjual nasi Ambeng. Murah je sebungkus rm3.50 tapi tak tahu lah kalau dah naik harga sebab dah lama tak pi jenguk situ. Nasi ambeng dia sodap. Akak nak masak.... huhuhuhu lain kali kalau buat kenduri nasi ambeng lagi akak jemput pi BAkri ya. hehehe
DeleteNasi ambeng, bunda suka... Bulan puasa mesti cari nasi ambeng.
ReplyDeleteYa bunda... kalau beli nasi ambeng sedap sebab lauk pauknya banyak.
DeleteJadi terliru sangat i ni haahhh.. siap rojak petis lagi.
ReplyDeleteala ni kan dah moden...rojak petis tu lauk sampingan. Sepatutnya memang tiada pun tapi sebab adik ipar dah buatkan bagi je pada tetamu.
Deletenasi ambeng siap berbungkus daun pisang kemas n cntik senang jd hidngn brknduri
ReplyDeleteKalau dulu punya style letak 1 pinggan besar atas nasi dengan semua lauk pauk untuk 4 orang diatasnya. Sediakan plastik dengan daun pisang untuk 4 orang disebelahnya. Bila di hantar kedepan ada yang makan sikit manakala ada yang terus dibahagikan 4 dan tapau bawa balik. Sebab tu nasi dan lauk pauknya memang kena sediakan banyak supaya banyak yang boleh dibawa balik.
DeleteYang dah siap berbungkus ni kita orang memudahkan tetamu terus bawa balik ja. Tinggal bahagikan nasi je.
talam mestu bayk la kan ...kalau biasa org makan dlm pinggan.
ReplyDeleteNida... dulang tu memang tersedia banyak di rumah aruah mak sebab bila kenduri senang pakai dulang besar tu je. Ada dalam 20 keping agaknya aruah mak beli sikit demi sikit, senang masa kenduri kendara. Dulang air 4 segi bujur pun sama ada dalam 20 keping juga lah....memudahkan bila kenduri letak air untuk tetamu.
DeleteDaya belum pernah dapat nasik ambang
ReplyDeleteEncik Adam sekarang ni banyak je berjualan di pasar malam. Pasar tani putrajaya pun ada berjualan.
Delete*saya
ReplyDeletex pernah makan lgi nasi ambeng, x prnh tngk pun camna nasi tu :'p
ReplyDeleteNasi ambeng tu nasi putih je tapi lauk pauknya yang banyak dan selalunya dibuat masa kenduri. Letak dalam dulang nasi dengan lauk pauk yang selalunya jenis kering. Sekarang kat pasar malam atau pasar tani ada je orang jual nasi ambeng yang boleh di tapau.
DeleteSalam kak, saya nak minta izin untuk menggunakan gambar-gambar ni untuk kajian tentang makanan tradisional boleh?
ReplyDeletewaalaikumusalam. Ok gunakan lah tapi macam tak banyak sangat gambar masakan yang clear
DeleteBaik kak, terima kasih. Kalau akk ada gambar2 kenduri tahlil atau kenduri kesyukuran yang lepas yang makan nasi ambeng, akk share lah.. hehe.. saya pelajar master buat kajian pasal nasi ambeng. Saya nak dptkan contact number akk boleh? kot2 akk ada simpan gambar2 rewang buat nasi ambeng utk kenduri..
DeleteKalau akk sudi nak share, boleh email kpd saya number contact akk, shahsuleiman19@yahoo.com. Terima kasih kak.
Delete▪ Muhammad Afif Akasha bin Maruan, 17tahun(2022). Kanser Limfoma Hodgkin tahap 2.
ReplyDeletePada Mac 2017, Afif waktu itu berumur 12tahun. Dia tiba-tiba mengalami bengkak di leher dan bawah ketiak. Dia dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah kemudian diminta menjalani pembedahan kecil untuk ambil tisu di leher, kemudian pada Jun 2017, dia disahkan mengidap Kanser Limfoma Hodgkin tahap 2. Dia menjalani kimo 12kali, selepas saja kimo, dia mengalami muntah, tak lalu makan,sakit badan,setiap jam kena urut. Kimo pertama dan kedua pun sama kesannya hingga tak sanggup nak teruskan kimo. Berat dia turun 2kg, semasa kimo. Datang kawan baik ibunya memperkenalkan Jutawan Herbs ,ibunya beli dan terus beri dia minum jus herba semasa rawatan hospital. Kimo ke 3 alhamdulillah dia ada selera makan, aktif balik seperti biasa, tak sakit badan lagi dan pada November 2017 iaitu kimo ke 6, berat badan Afif naik 5kg .Doktor sahkan tak ada lagi sel kanser dan sampai sekarang masih minum Herba Jutawan Herbs.
-------------------------------
▪Puan Arbaayah bt Hussin, 72tahun dari Taiping. Pada tahun 2013 ,dia diserang demam, bengkak kaki dan tidak sedarkan diri. Kemudian dia ditahan di wad Hospital Taiping dan doktor mengsyaki dia diserang kencing tikus. Tapi pada 2015 dia alami tanda yang sama dan doktor mengesahkan dia menghidap Sirosis hati tahap 3. Anaknya terjumpa blog Jutawan Herbs dan dia mula guna herba sejak 2019 sampai la sekarang. Mula-mula minum tak ada sebarang perubahan, tetapi 1 bulan lepas tu barulah dia perasan ,rasa seram sejuk dan takut nak mandi selama ni dah berkurang, sampai sekarang tak ada demam dah. Kesihatan bertambah baik.
▪Puan Siti Saharia, 44tahun. Kanser payudara tahap 2.
Pada bulan Ogos 2020, dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 2, selepas menjalani proses ultrasound dan biopsi. Dia melalui pembedahan mastectomy, kimo 6kali dan radioterapi 15kali. Dia kenal Jutawan Herbs dari kawan yang sakit kanser panyudara juga. Dia minum herba Jutawan Herbs pada 2020 semasa sedang kimo. Kalau dulu kesan sampingan semasa kimo sangat teruk dengan alahan, tak ada selera makan dan badan lemah. Tapi lepas minum Jus Jutawan Herbs semasa kimo, kesan sampingan sangat berkurang,mkn berselera, bertenaga dan siap boleh pandu kereta. Pendek kata boleh jalani hidup macam orang sihat. Dia tidak berharap rawatan moden saja, sampai sekarang dia terus ambil herba dan makin pulih.
-------------------------------
▪Puan Roziaton bt Mohd Kasini, asal dari Triang Pahang, Kanser Usus tahap 3.
Pada Julai 2016 ,doktor mengesahkan dia menghidap kanser usus tahap 3 dan perlu buat kimo 12x. Dia terus patah semangat kerana memikirkan anak-anak yang masih kecil. Tapi keluarganya membelikan Jus Jutawan Herbs untuk dia minum, ketahanan badannya menjadi kuat melawan kanser. Dia juga ada minum herba Jutawan Herbs dalam masa yang sama dia buat kimo. Kimo seperti biasa, tiada sakit badan,tiada demam dan lain-lain. Pada 2017 doktor sahkan dia bebas dari kanser dan hanya perlu ambil darah CEA setiap 6bulan sekali. Tak lama lepas tu doktor cakap dia hanya perlu datang ambil darah 1tahun sekali saja. Alhamdulillah dia pun dah sembuh kanser.
------------------------------
▪Puan Aida dari Pahang, anaknya mengidap Leukimia Acute Limphoblastik (ALL) .
Pada hujung tahun 2016, anaknya disahkan menghidap penyakit Leukimia Acute Limphoblastik (ALL). Dia terjumpa blog Jutawan Herbs dan memberi anaknya minum 2jenis herba dari Jutawan Herbs sebelum masuk ke hospital untuk kimo. Lepas 3tahun ,dia perasan anaknya makin cergas ,makan bertambah dan x lesu seperti sebelum minum Herba. Dia yakin Jus Jutawan Herbs banyak membantu anaknya makin sihat.
------------------------------
Call atau WhatsApp untuk order dan sebarang pertanyaan di nombor berikut :
En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570