Thursday, January 7, 2021

Delhi Kashmir 2019 - Hari ke 2 Indira Gandhi Memorial Tulips Garden

 




Assalamualaikum,

Yehhhh akhirnya tercapai juga nak tenguk bunga tulip. 

Setelah selesai di kedai carpet, kami di bawa ke suatu tempat. Tapi nak masuk ke tempat tersebut perghhhh jem giler beb. Bas jalan slow-slow kadang berhenti lama. Bila tenguk depan deretan bas berbaris untuk masuk jalan yang sama. Kat tepi jalan banyak orang dan budak-budak sekolah. 

Hujan yang lebat tadi dah berhenti tapi masih ada renyai-renyai sikit. Member yang bawa baju hujan pun standby baju hujan mereka. Aku pulak lupa nak bawa padahal dah terfikir nak bawa tapi bila time pergi boleh pulak lupa nak beli kat watson. emmm hadap je lah cuaca.


Akhirnya oleh kerana lambat sangat bas nak sampai kat tempat tersebut, kami pun turun bas dan berjalan kaki beramai-ramai sehingga sampai di tempat tersebut. Walaupun lecak dek lumpur demi bunga tulip tetap kami terjah juga. Aku pun lupa nak ambil gambar time tengah sesak dengan orang sebelum sampai ke taman. Excited tul nak sampai ke taman tu.

Bila nampak pondok bayaran....wahhhhh syioknya taman tulip ko.... bergumbira hati ku melihatnya. eh

Tapi sebab tulip garden tidak termasuk dalam itinary jadi kaksu kena kutip bayaran lah untuk masuk. Bayaran dalam 50rupee  lebih kurang Rm3.



Mr Abdul yang belikan tilet sebelum kami dapat masuk.



     Bila masuk je......yes yes yes saujana mata memandang luasnya Tulip garden dan pelbagai warna ko. aduhaiiiiii mana satu nak tenguk ni. Tu cantik sana cantik. Tapi mereka buat pagar supaya Tulip tersebut terjaga kesuciannya. eh ko lebih-lebih pulak. hehehehe 


                                       eh tapi ni bukan bunga tulip ni.  Tak pe kita tenguk lain tempat pulak.


                                   warna putih di lindungi oleh warna merah 



Hah ini lah baru dinamakan bunga Tulip.....Ya Allah cantik ko



       Hah ni warna jingga, dah hampir nak gugur sebab dah berkembang besor bunganya. Kalau masih kudup cantik.


                         Sekuntum jingga di balik warna purple. Cantik kan warnanya.


                             warna purple aka ungu warna kesukaan Kak su


Tapi aku suka warna ni.  Ada warna putih didalamnya. Macam 2 lapis warna.


         Warna orange ni cun lah. Ada 2 warna lapis.....huhuhu mata aku rambang melihatnya.


Yang ni warna memang merah sangat lah mak ngah. Menyala-yala dari kejauhan warnanya.




Mata aku pun merah memandangnya. Cantik......ko.....merah bak hang.


Deretan bunga dan barisan mengikut warna.  Ada yang dah gugur. Kalau kami lambat sikit gerenti banyak bunga dah gugur.


             Hah macam ni dah banyak yang dah gugur. Kalau belum macam yang tadi...cantik


Suci murni warna putih


Yang ni macam sama species pokok bunga di Shalimar Garden. Bunga je banyak daun yelek.


Saujana mata memandang. Memang besar kawasannya. Tak larat sampai ke hujung.


Posing bersama kak mon member blogger dari Brunei.


Tu dia kooooooo barisan bunga tulip memanjang sampai nun di sana ko.


          Hah yang ni nampak kudup-kudupnya masih kecil lagi. Belum berkembang. Cantik kan

Yang ni meriah warnanya. Ceria warna terang benderang. Cantik kan. Hish aku yang tenguk pun rasa juling biji mata tenguk warna warni bunga tulip.  


Tu lah nak ambil gambar takde orang, memang tak de lah sebab akan ada je orang di sana sini. 


 Kita ambil lah gambar dari dekat ye supaya hanya ko dan aku je yang memandang. eh....hehehe


Memang tak puas memandang barisan bunga Tulip yang saujana mata memandang ni....saksikanlah. 


Ni cun tak.....bila selang seli dengan warna putih olalala...nasib baik lah dia buat pagar.....kalau ikut hati ada juga yang aku posing di tengah-tengah bunga tu. Jadi untuk menjaga kecantikannya itu sebab di buat pagar, kalau tak huh naya je habis punah ranah di ganyang orang untuk posing. 



Hah mabuk tak tenguk bunga tulip pelbagai warna....  aku yang berada di situ pun seronok sungguh . Klik sana klik situ....geram sungguh tenguk warna dan bunga yang berwarna-warni. 


            Ni lagi cun tapi ada budak sekolah ala rosak pemandangan bunga tulip ni. Nasib le


   Cuaca sekejap renyai-renyai sekejap berhenti.  Tu yang ada yang pakai payung.  Aku redah je sebab rasa takde lah lebat sangat. Tapi cuaca sejuk juga.

                   Geng -geng aku asyik berposing dengan bunga-bunga tulip. Macam-macam gaya




Indah sungguh Tulip Garden. Taman tulip terbesar di Asia seluas 30 hektar. Tu dia mak ko. Besor gabak tamannya. Di belakang tu pergunungan Zabarwan. Kabus tebal juga masa ni.

 Rasa nak angkut je bawak balik satu bekas tu. hehehehe kalau boleh lah. aku suka yang ada lapis warna putih tu. 


Bunga-bunga pelbagai jenis.


siapa tahu nama pokok ni... tinggal selapis je bunga yang tinggal

                                   
                                     Tulip merah memang mengoda sungguh.


                         Barisan air panjut yang terdapat di tengah-tengah taman.



dek punya geram hah ko sampai tercangkung-cangkung nak bergambar dengan tulip merah bak hang.


        
              Akhirnya dapat juga pose depan mata bersama bunga tulip merah sangat mak ngah. hehehe Ni baru dinamakan depan mata terang terang ko. Siap boleh cium emm ada bau ka...rasanya takde tapi nak posing punya pasal meh aku cium ko. hahahahahaha




Boleh jadi model bunga-bungaan tak...hehehe


Tadi warna putih di tengah-tengah kali ni warna putih mengelilingi warna jingga 




                                         Bersama teman-teman perjalanan

          Ni masa masuk mula-mula. Tenguk lah tu lecak-lecak tapi kita redah juga. Kerana mu Tulip


        Bersama wan, Kaknoor dan Aishah anak yah. Aisyah dapat join trip hadiah dari bapa dia.

 Model -model nak beraksi, sedang mencari gaya untuk diperagakan. hehehe  kak su dan yah tetap setia berbaju kurung di mana jua berada. Bagus kan.



Ni azam yang selfi sebab nak ambil gambar semua.

  
Aku sampai kat pokok berjuntai ni di tengah-tengah taman. Lepas tu masing-masing entah ke mana. Jadi dah tak larat sampai ke penghujungnya dan kawan-kawan pun entah mana lesapnya jadi jalan slow-slow ke depan.

                        Tetap suka tenguk yang warna warninya cerah di bandingkan warna putih


   Akhirnya ada gambar beramai-ramai. Si Ryn dengan Tuan Haji entah ke mana tak nampak bayang. 




Hah yang ini aku suka warna warninya cerah dan berwarna warni. Yang sebelah kiri tu macam baru berkembang masih kudup lagi.



         





     
         Menakutkan sungguh pokok ni tapi suka tenguk juntaian daun-daunnya.  Macam rambut yang lebat terhurai jatuh gitu.



Masih tak puas memandang bunga-bunga tulip kan.



Oklah dah banyak juga aku letak gambar. Itupun aku tak sampai ke hujung taman.  Oleh kerana dah terpisah dari kawan-kawan jadi balik lah ke pangkal jalan. 

Nampak kak su dan yah serta aishah di pintu keluar. Yang lain tak nampak bayang. Bila dah berkumpul semua tinggal Kaknoor, Kak Afza dan sue yang kami tak nampak. Jadi kami minta tolong azam untuk mencari mereka, sambil tu kami pun berjalan perlahan-lahan ke tempat bas di parking. Masa masuk tadi rasa macam jauh, banyak bas dan orang tapi bila balik eh bas tak nampak lagi dan orang serta budak-budak sekolah tadi dah tak ada. 

Rupanya Kak noor , Kak Afza dan sue lalu jalan lain dan dah keluar dulu. Terpaksa panggil azam dan nasib baik juga azam belum jalan jauh.

Masuk bas dan kami balik ke rumah bot. Kali ni aku tak dan ambil gambar sebab phone dah nak minta di charge.  Jadi sampai kat bilik je terus charge phone. Nasib baik bawa extension jadi boleh charge berjemaah dengan kaknoor.

Makan malam sedap sebab lauk panas-panas. Kat rumah bot takde wifi tapi dengar lah rumah sebelah riuh rendah bercakap. hehehe Jiran sebelah cerita dalam bilik pun kami dengar sebab dekat sangat biliknya. hehehe Kami duk tengah-tengah. House bot kak mon nampak best je. Housebot rumah kaksu tuan rumah nya baik. Bagi wifi free kat kak su dan gang serumah.

Lepas makan lepak lah kat hall depan. Entah masa bila lah penjaja ada kat depan, tenguk-tenguk dah ada orang dan macam-macam jualannya. Masa tu lah dia tunjuk kan barang jualannya. Ada kot yang pelbagai jenis dan bentuk. Besok nak pi tempat sejuk jadi aku pun cari lah kot yang sesuai. Tapi nampak beg pack kecil aku belikan untuk julie serta  beg buatan kulit sulaman tangan.  Semuanya dalam 4,000 rupee. 

Kaknoor kata dia beli beg kecil-kecil beli 10 dapat free 1. Aku ni tak pandai menawar. Mula-mula beli yang berkenan di hati ja. 

Malam ni tidur kesejukan. Cuaca malam begitu sejuk.  Apa lagi tidur katil besar, pakai baju sejuk, pakai setokin tebal. Nak pergi bilik air pun air serupa air batu .....huhuhuhu sejukkk.

12 comments:

  1. memang cantik kan tulips.. rezeki dapat tngk yang tengah cantik cemni..
    orang kata kalau dia da kembang betul kurang cantiknyaa cuma masih colourful.. time kuncup tu lawa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik-cantik rasa tak puas membeleknya. Ikut hati nak sampai ke hujung tapi takut kena tinggal kawan dan kawan pun entah mana dan takut tak cukup masa nanti geng marah. layan sedaya yang boleh ja. Tapi tak puas. sekarang impian nak pi turki pula tenguk tulips di turkey tapi lagi best kalau time musim buah. huhuhu camno ni. Semua tempat yang di sukai kena pergi 2 kali musim bunga dan musim autumn time buah dan pokok daun berwarna warni.

      Delete
    2. faham perasaan tu kan.. nak pi musim tu musim ni dala kita nak tu lain2 musim. tapii saya prefer musim buah lagi kot petik2 boleh makan.. bunga ni cuci mata amek gambar lawa la..

      Delete
  2. ya..inilah entry yang ditunggu. Cuci mata tengok bunga tulip yang cantik. Murahnya harga tiket, berbanding masa saya tengok kat Melbourne dulu. Tapi tak kisahla, janji dapat tengok bunga yang takde kat Malaysia ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha memang mabuk tenguk bunga tulip....rasa nak menari-nari tengah-tengah dia. hehehehe ala gaya bollywood gitu. wah melbon pun ada kan. Bestnya kalau dapat pi melbon.

      Delete
  3. Cantiknya tulip2 tu. Bertuahnya akak dapat p tengok sana. sisyat teringin dr masa kecik2 lagi nk g taman tulip..hehe
    Tgk gambo2 akak je la dulu.😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik sangat. Alhamdulillah syukur ada rezeki dapat tenguk. Insyaallah satu masa nanti yati dapat tenguk juga

      Delete
  4. Ya Allah!
    Cantiknya!
    Kalau saya di situ pun, agaknya dari pagi sampai ke petang membelek segala bunga-bungaan yang ada!
    Mudah-mudahan dapat datang lagi ke Kashmir!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan rasa tak puas memandang saujana besar pemandangan bunga tulip pelbagai wrna. Insya Allah saya pun bila belek balik gambar rasa nak pergi lagi.Kali ni nak pergi musim buah boleh petik buah epal boleh tenguk pokok safron.

      Delete
  5. wahh rombongan cikkiah gi tgk tulips tuuh..

    kali terakhir wak tgk tulip masa kat Singapore je.. 😎😎😎

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasakle cik kiah memang suke tenguk munge-munge.

      Wah singapore pun ado ke wak...masa bila tu..lain kali pi singapore je lah dokek.

      Delete
  6. bestnya..saujana mata memandang..tulips..

    ReplyDelete