Thursday, June 9, 2022

Pesta Buku Antarabangsa Tahun 2022

 



Assalamualaikum,

Alahaiiiii lemau sungguh la ni nak menulis. Memang lemau sesangat lepas raya ni nak mencoret dalam rumah aku ni.  Oh semangat kemana kah ko berada. Semangat menulis ni kadang jap ada jap elek...huhuhu memang jeles sungguh kat sha, amie dan  nohas, yang hari-hari menulis banyak pulak tu. Hish hish

Ok lah sekarang ni kan sedang cuti seminggu dan juga pesta buku sudah bermula. Dah 2 tahun takdak pesta buku dan juga dah beranjak dari selalunya bulan 4 dah ke bulan 6 pulak.  Sejak JS menutup kedainya pada tahun 2018 nak pi pesta buku dah rasa malas. Malas sebab tak leh nak berkubang kat JS punya booth sambil membeli sambil berjumpa kengkawan. Rindu masa-masa itu.


Buku-buku masa pesta buku ada yang tak habis baca lagi. Dengan mood membaca dah hilang ke mana maka buku pun entah ke mana. Ni pun cuba juga sikit-sikit cari mood membaca buku-buku yang rasanya sekali baca terus nak campak ke perpustakaan KKM. Dah banyak juga buku yang aku dah sedekahkan kat perpustakaan KKM tu malahan ada sekali tu baru lagi bukunya masih cantik tersampul tapi sebab rasanya tak akan baca lagi dan dah baca serta takkan di ulang lagi jadi lebih baik le dia melepak kat perpustakaan KKM tu lagi bagus. Kurang sikit space dalam bilik.....hehehe

Ok bercerita pasal pesta buku ni memang memori lane sungguh bagi aku yang suka membaca novel dari sekolah rendah sehingga dah bekerja. Apa lagi masa pindah KL dan opis pula kat Bangunan perkim yang belakangnya adalah PWTC. Dah ada duit sendiri apa lagi syiok le memborong buku sampai tak cukup tangan. hehehehe Itu Dolu-dolu time tengah sedap membaca dan memborong. Lah ni dah kureng dah. Ada penulis-penulis tertentu je yang aku mesti beli seperti Suri Ryana yang sepatutnya dah kuar buku baru tapi tertangguh bulan 6 ini juga katanya.  

Masa tu tahun 1999....bermula sejarah aku menjadi warga kota. Komputer pula baru aku kenali. Kalau tak silap masa tu internet dah ada. Sakan aku kat pejabat sambil bekerja buka lagu dalam internet. Lepas tu sebelah aku Kak Zaharah pulak rajin melayan aku. Kadang sambil kerja berdendang lagu hindustan lepas tu dok mengimbau cerita lama time kita orang kecik2. Tangan berjalan tapi mulut berkicau almaklum masa tu meja kerja takde dinding. Memang syiokle membawang sambil bekerja. Ala membawang kisah artis le kisah beli baju baru ke kasut baru ke. hehehehe

Masa tu mula kenal irc....hah masuk kg.com ke apa ...emm lupa dah aku. Sampaikan jatuh cinta dalam irc tu ko. alahaiiiii budak kg bila orang bando mengayat je dah cair hati jantung serta jiwa bila membacanya. Bila jumpa kak zah bercerita Ya Allah rasa macam bodohnya kau cam tu pun boleh percaya. hish hish hish.

Masa tu juga aku terjumpa blog Anis Radha. Masa tu femes dengan blog enovel tau. Dah habis kerja keyin data hah nanti aku merayau le ke rumah Anis. Masa tu juga tahu blog Kak Su. Kalau tak silap masa tu femes dengan blogdrive. Depa semua menukang menulis rangka cerita dalam blogdrive. Dari rumah anis ke rumah kak su....kenal dengan pengunjung rumah kak su. Masa tu kalau tak silap tajuk rumah dia rumah kecil bertiang seribu ke apa. Dah lupa. Sebab kak su banyak rumah untuk dia menukang karya dia. Tapi dalam banyak novel dia yang epik adalah Nyanyian Tanjung Sepi. 

Aku mula suka tulisan Kak su aka Noor Suraya ialah baca novel pertama dia Kerana Mu Ain terbitan Creative Enterprise. Lepas tu merata cari buku dia. Sekali terjumpa blog dia masa menyelongkar rumah Anis. Anis Radha masa tu belajar di Jepun.  Kiranya novel Radha adalah pengalaman dia masa duduk asrama penuh dan seterusnya menuntut ilmu di negara Matahari Terbit iaitu Jepun. Peberet negara aku nak berkunjung tapi belum ada rezeki nak ke situ. Terjebak Kdrama eh ke seoul lah pulak dulu padahal dulu nak ke Jepun sebab tenguk citer Oshin. Hah begitu le pengaruh cerita drama dolu-dolu. 

Masa tahun 2004 tu dah start pesta buku tapi masa tu yang femes Creative Enterprise. Aku pun lupa pesta buku Antarabangsa tu start bila. Sebab masa opis kat Perkim bila nampak pesta buku je aku dah singgah time lunch hour jalan  slow-slow ke PWTC.  Alaf 21 pun masa tu novel dia belum femes sangat. 

Masa tu belum banyak penulis profilik seperti sekarang. Sekarang hah lagi le banyak penulis baru yang aku tak kenal. Cerita pun sekarang emmm tak banyak yang menangkap ke jiwa.

Ingat tak cerita Badai Semalam tulisan Khatijah Hashim. Best kan Hah buku macam tu lah aku suka sebab bila membaca dengan jiwa sekali ikut terpesona. Bila sedih sama sedih bila suka sama suka. Sekarang baca novel emmm tak masuk jiwa aku ke aku dah sampai peringkat orang lama....huhuhu   

Ok berbalik cerita blog enovel kak su. Dia menukang sikit demi sikit dan akhirnya bila di bukukan perghhhh tebal ko. Tapi membacanya memang puas hati. Sebab kejadian didalamnya adalah tempuh kami berkenalan dan terus kenal sehingga sekarang. Masa tu hanya kenal nickname dalam blog tapi tak kenal rupa orangnya macam mana.

Jadi bila kak su launch buku baru dia tahun 2006 ramai lah pengunjung dalam blog dia kata nak hadir.  


Kak su suka warna purple jadi tema warna purple le. Masa minta sign atograph dengan kak su. 


Jumpa anis Radha pulak masa tu. 


Sempena kelahiran NTS aku bawa kek buat pengunjung Kak su.


Beberapa orang peminat Kak su yang turut hadir. Masa ni lah baru kenal wafa, eita, Nawwir, Yah. Yah ni jadi best friend kak su dan buka Jemari Seni bersama-sama dengan Nawwir sebagai Akauntan. 


Kenal Pink Jambu dengan Wan Amalyn. Sampai sekarang kami masih tetap bersahabat. Bagus kan ukhwah yang terjalin selama ini. Dah lebih  10 tahun 


Bersama Wafa, Eita Asyta (jadi penulis novel juga) tapi sekarang senyap je. Datang jauh dari Penang serta Ija.


          Kak su bersama penulis Creative yang lain yang sama-sama launch buku baru mereka.

Selain daripada pembaca malaysia, kenal juga peminat Kak su dari Brunei, Penulis dari Singapura juga dari Indonesia. Disebabkan minat membaca kami menjalin ukhwah silaturahim antara Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. 

Hah begitu lah serba sedikit cerita aku mengenai Pesta buku Antarabangsa. Sebab tu bila kata pesta buku je memang banyak memori kami jalinkan selama ini. Pesta sambil mencari novel baru sambil berjumpa kawan-kawan sambil mengeratkan silaturahim antara pembaca dengan penulis juga dengan orang sekitarnya.

Sekarang yang tinggal Karya Seni. Alaf 21 pun ramai penulis dia yang femes seperti Anis Ayuni dah lama takde buku baru. Yang baru-baru ni pun aku tak kenal sangat. Creative enterprise tu dulu memang terkenal tapi sejak Penulis Jaafar Taib bagi kat anak dia emmm memang terus hancus penerbitan dia. 

Jemari Seni pun tutup tahun 2018 sebab dah tak boleh meneruskan perjuangan menerbitkan buku yang bagus. Dan selang beberapa bulan penulis Imaaen pula meninggal dunia. Kak su pun masih lagi menulis tapi belum ada buku baharu. Dia sibuk dengan tugas lain selain daripada menulis novel. Semuga Kak su terus menghasilkan karya yang bagus-bagus seperti sebelumnya. Aamiin 


update Terkini pada tengahari hari jumaat 10hb jun 2022



Perjumpaan aka gathering bersama penulis Nasurah Aisah dan Syud serta ex boss Jemari Seni Yah serta ex Akauntan JS Nawwir. Ni kena update pada Kak su di Sungai Petani yang tak boleh datang KL termasuk juga aku yang kena kojo sebab awal minggu hari tu dah cuti.

Lama tak jumpa syud dan Naz. Rindu.... Syud memang takde buku baru manakala Naz ada buku dengan penerbitan lain. Ni semua bekas penulis Jemari Seni yang dah jadi geng. Dari suka baca novel nukilan mereka terus jadi kawan.  

12 comments:

  1. semalam baru pertama kali gi Pesta Buku KL...selama menjadi warga kota bermula dari 97 ni baru 1st time ammi pergi. caya tak?

    masa darjah 6 ammi dok baca karya Shahnon Ahmad (Tunggul-Tunggul Gerigis)...tak paham tapi gigih baca. Masih teringat-ingat pulak rupa muka depan buku tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Aiiii Ammi....bior betik.....kalau saya memang tak tahan godaan pesta buku. Yang kat shah alam pun kalau ada gigih pergi inikan pula belakang opis. Dah pindah Putrajaya pun gigih lagi pergi hujung minggu. Kalau seronok hah kalau boleh hari-hari.
      Shahnon Ahmad tu saya baca yang shit ....tapi saya tak paham. Pening sebab buku tu banyak citer politik yang tersirat. Tapi rasanya buku dia sebelum tu best. Saya suka Khatijah Hashim, Zaharah Nawawi.

      Delete
  2. banyak pilihan buku yang boleh dibeli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam-macam ada wak. Gedung ilmu. Terpulang pada kita nak versi apa dengan poket pun kono ado. hehehehe

      Delete
  3. Saya suka novel Creative Ent berbanding Alaf21. Hehe. Tapi generasi saya banyak start baca novel sebab Ahadiat Akashah. Pastu start fenomena Ombak Rindu. X sempat pergi PBAKL tahun ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu-dulu Creative femes. Buku dia pun kertasnya lain. Ahadiat banyak juga novel dia. Genre anak-anak muda yang sedang nak dewasa. Novel Ombak Rindu tu pada ahkak novel dia lagi best dari Filem sebab pengarah dia banyak ubah dari karya asal. Tapi bila dah jadi versi filem rasa....alaaaa awat jadi camtu. Rasa macam rosakkan karya yang bagus tapi pengarah lebih tahu kan apa yang mereka nak visualkan. Membaca dengan di visualkan lain. Tu yang banyak novel adaptasi bila baca novel best tapi bila di drama kan...alahaiii. Tapi ada juga yang novel tak femes tapi pengarah pandai visualkan cerita jadi femes pulak. Dari orang tak tahu jadi nak beli novel tersebut.

      Delete
    2. ala gitu gini saya tengok drama adaptasi novel ramai je orang tengok. haha

      Delete
    3. Habis tu dah takde drama best nak layan hah layan je lah.

      Delete
  4. Bestnya mengimbau kenangan lalu tentang PBAKL. Sayangnya kita sempat ke sana. Teringin juga nak ikut serta di booth yang ada hasil tukangan kita sekitar 2022 ini. Mungkin rezeki untuk ke sana pada masa yang lain pula. Zaman di kampus dulu pernah ikut pertandingan tulis novel remaja (bukan novel cinta), tapi tak menang. Walaupun tak menang tetap juga diterbitkan. Sewaktu pesta buku di PWTC, kakak saya kata novel saya ada di sana, tapi saya baru saja posting ke LD. Itu cerita zaman dulu hihiiii.
    Kita pun suka baca hasil karya Noor Suraya. Cintaku Luruh di Oxford.... 2-3 kali juga saya ulang baca! Cantiknya lenggok bahasanya. Tiba-tiba dapat kiriman Nyanyian Tanjung Sepi pula.Ya Allah! Tak sabar mencari waktu untuk membacanya.
    Tengok gambar-gambar lama yang bawah-bawah tu, tercari-cari juga mana satu yang bernama Notie! Wah, yang cun melecun itu rupanya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amie tu tahun 2006 masa tu masih muda lagi sekarang nan ado...semakin berganda-ganda besornya. hehehe. Ni kiranya mengimbau kenangan lalu.
      Insya Allah mana tahu tahun hadapan sign buku untuk peminat lagi. Aamiin

      Delete