Thursday, June 8, 2023

Pesta Buku 2023 di WTC

 


Assalamualaikum,

Dah lama tak pi pesta buku sejak PKP. Bila di war-warkan buat kat WTC aka dulunya PWTC...aduhaiiii meronta-ronta hati nak pergi apa lagi musim cuti sekolah bermula sehingga 4 jun 2023. Tapi tu lah sabtu awal tu aku dah balik kg jadi by hook or by crook hari sabtu mesti terjah.

Tengahari tu pi jemputan majlis kahwin anak Lizah kat cyberjaya. Jadi lepas je makan jamuan hantar Ita dan anaknya balik putrajaya emmm terus aku pi kat LRT Bandar Tasik Selatan.

Aduhaiiiii mimpi ngeri sungguh bila LRT berhenti di stesyen Hang tuah.  Di suruh ke platform 2 menuju ke masjid Jamek. Sampai stesyen masjid jamek kena turun dan naik bas yang akan membawa ke stesyen Bandaraya. Aduhaiiiiiii turun naik turun naik stesyen. Sampai stesyen Bandaraya menuju ke PWTC aku dah lepak.  Napa le semua tangga tu tak tukar kepada escalator.....huhuhuhu time turun ok le time naik mencanak aduhaiiiiiii 

Jadi keluar dari stesyen LRT aku terus masuk belah kiri ke sunway Putra sebab sejuk aircond kuat.


Masuk pintu masuk yang dekat hotel nampak booth Poreng. Poreng ni adalah bekas penulis Alaf 21 yang menerbitkan novel sendiri iaitu Hezzy, Lyn Dayana dan Dhiya 
    

Ni booth Kasi Terbit dimana banyak buku-buku ilmiah selain daripada travelog sebab salah seorang adalah backpackers tegar solo. Selalu ikuti perjalanan travel dia dalam FB



                                                            Hah sampai bersimpuh susun buku.

Aku ada nampak cerita hikayat 1000 satu malam dalam bahasa malaysia tapi tu lah tebal sangat. Nanti beli online je lah. Tak larat nak bawak.   

 Tadaa....... akhirnya aku dapat jumpa dan bertentang mata. Selalu ikuti perjalanan travel dia. Tabik lah sebab tempat yang dia pergi tu orang tak ada cerita lagi. Pendaki handalan dan juga penunggang motor yang tegar juga tu. 

Tapi aksi dia yang rare ialah selalu ambil gambar terbaring tak kira tempat. Orangnya kecik molek je.


                    Busy sampaikan baru nak makan.......sian


Lepas tu carik booth Manes kat tingkat 4. Manes ni macam anak didik Jemari Seni. Setelah Jemari seni di tutup syarikatnya, penulisnya banyak mencari penerbitan yang lain. Dan salah satunya dengan membuat syarikat penerbitan yang baru seperti penulis Lila Vee dan Nirr buat. Hasilnya tadaaaaa Manes Wordworks.

Mereka ada terbitkan antologi cerpin 30 orang penulis dengan 30 cerita yang editornya Kak su yang sunting. Sudah tentu lah best kan.


Boleh tahan booth Manes ni. Ramai orang. Beli 2 je buku kat sini.  




Ada acara kat pentas utama tapi aku tak ikuti sangat.


Talipon Kaksu. Rupanya baru nak datang dengan Yah, wan dan Nawwir. Masa tu aku kat booth karangkraf. Beli buku aisya sofea sementara menunggu kak su sampai.

Masa kak su talipon dia kata kat Poreng lepas tu kata kat ariani. Huh jenuh aku mencari akhirnya rupanya mereka dah masuk dalam Karya Seni. Jadi aku pun masuk. Masa tu dah tak ramai orang dan buku dah banyak yang habis. 

Pilih buku yang kombo terbitan kkhas untuk pesta buku. ada buku yang aku nak dah habis. Kena jenguk shoppe lah nanti.


Kat booth jiwatarbiah ni kak su ada buku yang dia jadi editor. Tapi sebab dah banyak aku borong tak boleh dah. Rimau pun dah susut. 


Hah buku Tajuk May....kaksu jadi editornya. Jaga pujangga pun best. Yang ni banyak juga buku hamka.  



Kena cari laman web dia lah. Beli online nanti.

Akhirnya aku pamitan dahulu sebab dah nak malam. Dapat jumpa Kaksu yang datang dari Sg Petani sekejab pun jadi lah. 



Kali ni dari stesyen PWTC terus ke titiwangsa nak naik monerel. Tak larat lah kalau nak turun naik lrt di stesyen lrt masa aku pergi. Monorel ni nanti terus berhenti di stesyen Hang tuah. Tapi tu pun jenuh juga. aku ingatkan aku sorang je yang sesat barat nak naik monorel rupanya ada seorang tu aku perasan dia pun macam aku sebab akhirnya aku nampak dia turun di LRT Bandar Tasik Selatan. Sama perhentian rupanya.


Ni dari Manes

Ni Kasi Terbit


Ni Poreng


Izza ni share booth dengan Poreng. Dia terbitkan buku dia sendiri

Ni Karangkraf 


Ni dari Karya seni.

Pergh bila belek-belek ada 15 buku. Bila lah nak habis ni.......hehehehe Tengah baca Rumah cinta yang manis sekali walaupun ada juga sedih.  


6 comments:

  1. Saya sengaja tak ke situ Notie. Melencong ke tempat lain.
    Bukan apa, nanti tak cukup tangan angkut buku-buku yang dibeli!
    Tahun depanlah datang hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab dah lama tak pi pesta buku tu yang gagah juga pergi. Dia punya aura tu lain macem. hehehe

      Delete
  2. perghh..sekali beli 15 buah, selamat membaca...ramai sungguh pengunjung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah. Tu pun tahan hati sebab ada yang nak di beli. Dulu laju je sekarang ni emmm kena cari mood tapi mood membeli tu tak padam-padam. Camno. hehehehe

      Delete
  3. sesak kan, kak ana sampai juga tak banyak borong dapat 3 buku dan anak beli fixi 3 naskah jadilah kan, tuu pun belum start baca lagi huhu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau hujung minggu memang sesak tapi nak pi time kerja tak dan. Bertabah le dengan orang ramai. Tu pun kita pakai mask ada pulak orang yang mengunjing....hello kita pakai untuk protect diri sendiri ye kalau dah ramai-ramai tu. seram. covid masih ada lagi

      Delete