Assalamualaikum,
Minggu yang lepas kita orang hantar anak saudara yang telah mendapat tawaran haji. Oleh kerana umi dan abinya telah berjaya semasa rayuan haji pada tahun 2019 jadi kali ni tinggal lah Anis seorang yang memang sepatutnya tawaran haji pada tahun ini. Oleh kerana anak seorang je perempuan Kak nora suruh aku memohon rayuan agar dapat bersama sebagai pengiring Anis. Tapi nampaknya tidak berjaya. Jadi Uminya pasrah le lepaskan anaknya seorang menunaikan haji.
Ada satay Kak norra bawa, aku bawa kek lapis serawak dengan Kek Butter Mita yang femes tu. Beli dengan abang Liza yang datang dari Serawak.
Menjamu selera

Dalam pukul 11 lebih kita orang pun berjalan ke Movenpick.
Suasana semasa pendaftaran penerbangan. Orang yang menghantar lebih ramai dari orang yang pergi. Biasalah kan. Mudahan orang yang menghantar Allah rezekikan mendapat jemputannya pada tahun hadapan. Aamiin
Ni semasa mendapat beg dan barang-barang lain. Kelam kabut juga masa nak pakai rantai gelang. Umi dan abinya dah ada pengalaman, jadi tak susahle. Tapi anis boleh lupa nak ambil hand luggage. Terpaksa pergi lagi kat kaunter. Barang nak masuk dalam hand luggage nak isi mana kalau tak ada.
Suasana sibuk semasa melekat stiker kat pelekat beg, nama dan lain-lain yang penting. Stiker beg besar tu dah siap nama hotel ,tingkat berapa dan no bilik.
Lepas tu dah siap Anis mencari-cari kad bank dia. Pusing sana pusing sini akhirnya jumpa. Aduhaiiiii manalah hati Abi dan uminya nak lepaskan anaknya berseorangan macam ni bila macam-macam jadi.
Rombongan keluarga Bakri yang sempat menghantar Anis.
Anis bersama Abi dan Uminya.
Bila dah masa tiba untuk pendaftaran masuk semua pun bersalaman dengan anis. Aku tenguk Abang Rusli bergenang juga airmatanya nak lepaskan anak nan seorang ni. Selalu mengekor kemana-mana hanya berpisah semasa masuk asrama masa sekolah dan bila masuk Usim dan sekarang sedang bercuti 1 semester daripada pengajian di UITM Tapah.
Masa ni Julie yang tolong di pintu yang pertama.
Kami pula di pintu utama menunggu kenapa lah anis tak nampak-nampak lagi. Rupanya kata julie semasa beratur ada barisan yang dah cilok barisan anis. Jadi akhirnya anis rombongan yang terakhir. Dulu Tabung Haji lepaskan semuanya di pintu masuk yang pertama. Tapi kali ni dia lepaskan sikit demi sikit jemaah haji. Kita yang menunggu ni ternanti-nanti. Lepas tu Anis nak jumpa Akak aku yang dia tak sempat salam pada mulanya.

Sebak je kami melepaskan anis untuk menunaikan ibadah haji. Kiranya kata julie anis merupakan anak buah yang paling muda dapat menunaikan ibadah haji.
Bila dah sampai Madinah Uminya up gambar bilik dia semasa di Madinah. Ya Allah rezeki dia bersabar sepanjang perjalanan dapat bilik berdua dan luas dalamnya. Seorang lagi temannya merupakan makcik berumur 70 tahun. Anaknya buat rayuan nak menjadi pengiring pun tidak berjaya. Dia berseorangan lah dalam perjalanan Hajinya.
Nak jadi cerita 9hb Mei hantar anis dan 10 hb Mei pula 2 orang sepupu belah Aruah mak juga dapat menunaikan haji dan dalam penerbangan yang sama mereka berdua bersama isteri masing-masing.
Dapat hotel yang sama dengan anis cuma berbeza tingkat je. Bila dah tahu, apa lagi dapat lah berjumpa. Ni kiranya cucu Hjh Saifah bersama Anak Bibik Nab dan anak Paman Yasir. Kat Malaysia jarang dapat berjumpa tapi di tanah suci Madinah dapat berjumpa. Allahuakbar. Semuga perjalanan Haji mereka Allah permudahkan dan memperolehi Haji yang mabrur.
Semuga Allah rezekikan kita mendapat jemputan haji di tahun hadapan. Aamiin
Makna, Anis tidaklah berseorangan di sana. Ada saudara juga. Alhamdulillah. Semoga mendapat haji yang mabrur, Anis.
ReplyDeleteWalaupun ada saudara tapi lain kalau satu bilik. Aamiin doanya
DeleteAlhamdulillah semoga selamat pergi dan selamat kembali pulang ke tanah air..... Semoga medapat Haji yang Mabrur
ReplyDeleteAamiin doanya
DeleteSemoga Anis selamat pergi menunaikan haji dan kembali dengan memperoleh haji yang mabruk.
ReplyDeleteAamiin doanya.
DeleteAlhamdulillah... Rezeki Anis dipanggil menjadi tetamu Allah di usia yang muda..Semoga mendapat haji yang mabrur.. Aamin2
ReplyDeleteRezeki mendapat jemputan semasa muda. Aamiin doanya
Deletealhamdulillah tahniah selamat menunaikan ibadah haji n Allah permudahkan urusannya peroleh haji mabrur
ReplyDeleteAamiin doanya
DeleteMasyaAllah, baca cerita ni rasa macam ikut sama hantar Anis pergi haji! Part lupa hand luggage tu memang klasik. Kadang kita nak pergi pasar malam pun kalut, apatah lagi nak jadi tetamu Allah 😅. Semoga Anis dan semua jemaah dikurniakan haji yang mabrur. Yang tinggal hantar je ni, kita pun doakan tahun depan nama naik dan boleh rasa satay Kak Norra lagi sekali! 😄🕋✨
ReplyDeleteHahaha satay tu Kak Norra beli je sebab sibuk nak uruskan urusan haji anis dan juga uruskan perasaan sebagai mak nak melepaskan anak berseorangan menunaikan ibadah haji.
DeleteMoga dipermudah kan semua urusan dan me dapat Haji yang Mabrur.
ReplyDeleteAamiin doanya.
DeleteIkut terharu saya bacanya kak ❤️❤️. Pastilah ibu ayah kuatir, tapi insyaallah anis aman di sana. Saya doakan juga kembali ke Malaysia dengan selamat dan menjadi haji mabrur.
ReplyDeleteAamiin doanya.
Delete