12 Mei diiktiraf sebagai Hari Jururawat Sedunia. Profesion jururawat antara tonggak utama dalam memastikan perawatan kesihatan kepada pesakit berjalan lancar dan cemerlang. Tema bagi sambutan Hari Jururawat tahun ini, “caring for nurses strengthens economies”.
Satu majlis telah diadakan di Hospital Putrajaya bersempena dengan sambutan Hari Jururawat yang diraikan seluruh dunia ini. Majlis yang diadakan di Taman Terapeutik Aras 7, Institut Endokrin Putrajaya ini telah dirasmikan oleh YBrs Dr Suraya Amir Husin, Pengarah Hospital Putrajaya diiringi barisan Pengurusan Tertinggi Hospital Putrajaya. Majlis telah dimulakan dengan ucapan dan amanah oleh Ketua Penyelia Jururawat, Matron Hjh Noreisah Ab Rahim dan ucapan khas oleh Pengarah Hospital Putrajaya.
Majlis diserikan lagi dengan upacara pemotongan kek dan edaran kek kepada klinik-klinik dan wad-wad tanda penghargaan kepada kesemua jururawat wanita dan lelaki Hospital Putrajaya.
Penghargaan dan pengiktirafan wajar diberi kepada semua jururawat di seluruh negara, atas komitmen dan dedikasi mereka dalam memberikan perkhidmatan perawatan kesihatan yang berterusan tetapi juga menghargai impak ekonomi yang signifikan dari perkhidmatan sistem kesihatan yang teguh dengan perlindungan kesihatan sejagat. Terima kasih kepada semua jururawat atas pengorbanan dan kesetiaan mereka. Semua jururawat adalah aset yang sangat berharga kepada masyarakat Malaysia.
Terima Kasih Nurse.Kami sayang anda semua.
Kredit FB Hospital Putrajaya
Dirasmikan oleh Pengarah kesayangan kami Dr Suraya
Perasmian majlis
Jururawat yang hadir. Hari special buat mereka. Nurse dah ada lelaki tau bukan hanya perempuan. Malahan ada yang dah jadi sister. Mula-mula pelik bila panggil sister pada nurse lelaki tapi sebab mereka sudah naik pangkat daripada Jururawat biasa ke Jururawat kanan kenalah panggil sister. Nanti kalau naik pangkat ke matron hah pakai baju warna biru gelap tu.
Ketua Penyelia Jururawat
Kek birthday sponsor oleh BSN
Mereka yang diraikan
Pengarah bersama Ketua Penyelia Hospital serta pembantunya dan Bahagian Pengurusan Tertinggi iaitu Timbalan 1 Dr Hariati dan Timbalan 2 Dr Khairul serta Dr Munirah dan Mr Dinesh Bahagian pentadbiran.
Wahhh, meriah sungguh sambutan Hari Jururawat! Dari kek sampai senyuman manis, semua on point! 🎉
ReplyDeleteNurse lelaki pun dah jadi ‘sister’, lepas ni kalau naik pangkat jangan terkejut pulak kalau ada ‘abang matron’ ye 😄 Terima kasih semua jururawat. Korang bukan je rawat pesakit, tapi juga rawat hati yang lara. 💉❤️
Amboiiiii ayat makan jiwa sungguh tu. hehehehe
DeleteSelamat hari jururawat
ReplyDeleteDan terima kasih atas pengabdiannya
Terus semangat
Terus semangat
DeleteSelamat Hari Jururawat.
ReplyDeletesemoga kekal bersemangat untuk terus berkhidmat untuk masyarakat.
Nurse merupakan tonggak kesihatan selain daripada Doktor. Satu perkhidmatan yang terbaik untuk masyarakat
DeleteSelamat Hari Jururawat...
ReplyDeleteTerima kasih wakil dari KKM
DeleteMemang juru rawat lelaki ini jarang sikiit kan 😅. Di sini pun sama. Ada, tp hanya rumah sakit tertentu. Tak semua ada. Paling banyak mereka jadi juru rawat di dental clinic.
ReplyDeleteTahun 80an dulu memang tak ada tapi kat swasta tak pasti pulak. Kat KKm baru beberapa tahun di wujudkan jawatan nurse lelaki. Diam tak diam dah ada yang jadi sister
DeleteAntara pekerjaan yang saya respect. kalau saya tak cukup kesabaran kot. huhu
ReplyDeletePerlu minat kalau jadi nurse ni apa lagi banyak menambah pahala atau pun dosa.
Delete