Wednesday, July 2, 2025

Menyambut kepulangan "Duyufurrahman" setelah selesai ibadah Haji

 


Assalamualaikum,

Alhamdulillah anak saudara yang kita hantar rombongan haji telah pun selamat kembali ke tanah air.  Anis sampai di Malaysia pada pukul 6 pagi 22hb Jun.  Masa mula-mula julie up gambo dia kat atas tu. eh betul ke anis tu napa berdua pulak. Rupanya dia menolong makcik yang sebilik dengannya sorongkan bagasi mereka berdua. Tolong ambilkan air zam-zam juga.



Air zam-zam dulu kaunter dia kat dalam entah kali ni letak kat luar pulak. jadi mana yang sudah selesai bawa bagasi masing-masing terpaksa singgah ambil air zam-zam.


Suasana mula meriah. 


Umi anis dah tak sabar nak peluk anaknya.



Alhamdulillah. Menangis kita orang dapat berpelukan dengan Hjh Anisah Salamah.


Keluarga makcik yang sebilik dia pun menunggu. Ramai anak serta kaum kerabatnya menunggu. Makcik tu dari Kapar Klang. Kata kak nong tenguk muka macam ada iras orang jawa tapi tak berani nak speaking jowo. hehehe 


Berpelukan melepas rindu dan juga semuga ada keberkatan dari jemaah haji yang baru kembali dari Mekah.


2 keluarga bergabung. Yang belakang tu saudara mara makcik tu. Ramai. Kita orang pun tak ramai yang dapat hadir menjemput Anis.

Selesai semua terus kita orang ke Masjid di Movinpick. Masih lagi subuh jadi semuanya solat kat Masjid tersebut lah. 


Lepas tu piknik makan sarapan di port tempat biasa yang kita orang selalu lepak kalau pi sini.



Kak nong bawa rendang ayam dengan nasi himpit. Kak jal masak sambal tumis. Dengan sambal goreng kicap. Lepas tu aku bawa ayam goreng dengan nugget.  Layan dengan nasi. Kak nora bawa buah tembikai. Semasa memotongnya aku dah terbau harum manis tembikai di tangga masjid. Manis rasa buahnya. Julie bawa papaya. Jaja bawa kuih marble. Kak nong bawa air mata kucing. Kak jal buat teh tarik. Makan ramai-ramai sedap. Bila tak habis masing-masing bawa sikit bawa balik. Kut tengah jalan boleh makan lagi.



Sebelum bersurai posing dulu ramai-ramai. Alhamdulillah Hjh Nor Anisah Salamah telah selamat bertemu abi dan uminya. Syukur Allah permudahkan perjalanan hajinya. Mudahan tahun hadapan Allah rezekikan aku menjadi Duyufurrahman sebelum aku pencen. Aamiin. Doakan ya .

5 comments:

  1. Terasa kemeriahan menyambut kepulangan Hajjah Anisah dari tanah such. Mudah-mudahan Notie pula untuk menunaikan haji pada tahun akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok bila tenguk orang balik haji. Aamiin doa amie semuga Allah makbulkan.

      Delete
  2. Alhamdulillah Jemaah Malaysia selamat sampai di tanah air yang tercinta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik flight tak kena reschedule balik kalau tak lambat le sampai Malaysia.

      Delete
  3. Alhamdulilah selamat kembali ke tanahair dan semoga dikurniakanNya haji dan hajjah yang mabrur, aamiin

    ReplyDelete