Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Garis Panduan Pembudayaan Keseronokan Bekerja di Sektor Awam telah dibangunkan sebagai satu inisiatif penting di bawah Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 – 2030.
Kepentingan Keseronokan Bekerja:






Assalamualaikum,
Alahaiiiiiii ada pulak kuar GP Seronok semasa bekerja. Ajeeeee Begitu lah kehidupan kami yang penuh dengan pekeliling dan garis panduan. Kadang sampai tak ingat..... tak pun hilang ingatan jap pada garis panduan yang macam-macam tu. hehehehe tapi bila ada keperluan emmm kembur dan cari balik GP yang berkaitan.
Pada aku keseronokan bekerja apa bila di kelilingi oleh boss dan rakan sekerja yang tidak banyak songeh (teman bekerja) dan bekerja bersama-sama tanpa rasa nak belagak sebagai boss( Itu Boss le). Tiada istilah nak membodek supaya dapat apc. Tapi bekerja bersama-sama menyelesaikan tugasan.
Masa dolu-dolu masa baru pindah ke Parcel E aku punya bos yang sangat baik. Nama dia Dr Lailanor. Oleh kerana boss sangat baik rakan-rakan sekerja pula semuanya best sebab kami boleh sama-sama bersusah payah bekerja bersama-sama kadang sampai malam untuk siapkan kerja jika ada event yang kami kena kendalikan.
Malahan masa majlis Hari Raya kita orang siap masak kat pantry pejabat. Ada yang buat nasi hujan panas, aku masak ayam panggang siap bawak oven lagi masak kat pejabat. Semerbak bau ayam panggang aku sampai masuk dalam lif. hehehehe Masa tu team work kami memang best. Rakan-rakan sambil bekerja sambil usik mengusik. Memang memori lane lah masa tu. Memang rindu betul suasana masa tu.
Tapi apa bila Dr Lailanor naik pangkat dan di gantikan dengan boss lain suasana tersebut beransur-ansur hilang sebab seorang demi seorang rakan berpindah dan naik pangkat serta pencen. Last-last aku je orang lama yang masih ada di pejabat tersebut sehingga lah aku dapat naik pangkat dan berhijrah ke HPJ.
Boss baru serta rakan baru mula membuatkan suasana kerja jadi tidak selesa dan seronok semasa bekerja. Bekerja hanya kerana mencari rezeki yang halal sahaja setiap hari. Yang di kenang hanya rakan-rakan baru yang boleh ting tong bersama aku. hahahahaha
Apa pun kita hanya dapat mengenang masa lalu dan teruskan kehidupan di masa akan datang.
suasana baru kawan baru lama2 serasi bersama
ReplyDeleteKita kena sesuaikan diri dengan persekitaran baru bukannya persekitaran baru kena sesuaikan diri dengan kita.
DeleteKadang2 kalau dapat bos tak ambik tau langsung masalah organisasi memang penat juga kita sebagai asst ni. Nama je Ketua Jabatan tapi tak function. Yang bagus2 selalunya cepat je tukar. Nasib la kan. Yang penting kita laksanakan t/jawab kita sebaiknya.
ReplyDeleteItu yang sebaiknya.
DeleteKeseronokan bekerja bergantung kepada perangai boss
ReplyDeleteBetul tu wak. Kadang ego boss melambung tinggi nak tunjuk kuasa.
DeleteDapat opismate baru, bos baru, staff baru bermakna kena belajar hati dan perasaan mereka, jenuh juga kalau selalu bertukar-tukar 😅😅
ReplyDeleteKadang-kadang jenis yang bertukar-tukar ni sebenarnya yang problem adalah dia bukan tempat kerja.
Deletesama seperti sis alami sekarang.. bila dah jadi fosil kat pejabat, nak pergi kerja pun dah tak seronok sangat..
ReplyDeleteMinta le jadi kader kat KKM. Ramai kader Dosm kat pejabat lama akak. Malahan ada kader yang tak nak balik ke Dosm sampai pencen sebab stress kerja.
Delete