Assalamualaikum,
Hari minggu yang lepas balik Muo sebab ada event di Sekolah lama. Masa balik hari Jumaatnya ingatkan main terjah je pi Hotel Traders kat tepi laut tu sekali ko full hotelnya. Ah sudah. Aku datang dengan Kecik bila kata hotel penuh emm mana nak tidur ni. Nak pi rumah Kak Limah, kak limah ada kat kl sebab hari Sabtunya nak sambut Hj Azhar dan Hjh Ijan balik Malaysia.
Rupanya ada event di bandar Muo dimana Menteri Besar datang ke Muo menghadiri event motor besar katanya. Jadi sambil berkempen nak pilihanraya pada bulan 7 nanti banyak le aktiviti yang diadakan sambil berkempen.
Otak aku dah pusing keliling mana nak cari hotel ni. Kesian Kecik. Sekali teringat ada hotel area jalan Sg Abong dimana aku selalu jeling je bila balik kampung. Alhamdulillah bila sampai ada bilik kosong.
Hari Ahadnya bila tengah bersiap-siap nak cari sarapan area bandar Muo tiba-tiba Ipun call aku ajak sarapan. Tempat dia orang lepak rupanya dekat je area Sg Abong juga. Jadi lepas check out terus tuju Warung Cenderawasih.
Ada satay....sedap. Orang Muo memang pagi-pagi sarapan satay.
Nasi lemak.....yang ni aku tak nampak.
Wah sedap ni.
Perghhhh telur goyang dengan kopi o
Atas ni gambar yang aku ambil kat FB sebab aku tak dan nak snap gambar makanan yang ada sebab busy menyembang dengan kawan-kawan yang susah nak jumpa. Peluang yang ada hah bersembang lah bagaikan tak cukup cerita nak cakap. hehehe
Aku makan mee rebus. Sedap ko. Satay daging dia pun sedap dengan ada lemak-lemak emm memang lecin kami habiskan. Mee rebus pun licin. Telur pindag Shawanah buatkan dan bagi kepada kawan-kawan. Susah ooo nak jumpa telur pindang.
Penuh meja kita orang sambil makan sambil menyembang,
Masa ni aku belum sampai dengan kecik
Dah licin moh le kita balik
Mak elly pun ada sebab dia ikut Elly balik Shah Alam. Kata Elly ada check up.
Berpeluk-pelukan sebelum balik. Terima kasih Jah belanja kami makan sedap. Lepas tu aku order satay 20 cucuk pun Jah bayarkan. Semuga murah rezeki Jah.
Sebelum balik dan bersurai posing dulu. Bukan mudah dapat berjumpa macam ni lagi. Alhamdulillah syukur.
Bersama exSister Norkhanifah. Kami sama dalam KKM tapi norkh kerja di HSA JB. Pencen awal sebab dia kata tak larat nak kerja dah. Kerja hospital di Bilik Bersalin makin teruk dengan sistem SMRP yang banyak nak keyin data lah apa lah. Orang Klinikal bila kena keyin data memang le susah. Kelakor dengan katanya dulu nak pegang mouse pc pun takut sebab mouse tu bergoyang-goyang. aduhaiiiii
Alhamdulillah syukur dapat together-gether macam ni. BUkan mudah dapat berjumpa sebab masing-masing jauh. Ada yang dari JB, dari Kulai, dari Shah Alam, dari Klang. Dapat berjumpa ni memang tak cukup nak menyembang tapi masing-masing ada urusan jadi kami berpisah semuanya. Mudahan ada umur dapat berjumpa lagi. Aamiin








.jpeg)



.jpeg)
Riuhnya sembang, dalam video. Teringat filem Sikit Punya Gila, lakonan Dharma dengan Hamid Gurkha. Dalam filem tu, Norlia Ramlie cakap, makan sambil menceceh, sedap. Hehe.. Alhamdulillah, seronok Kak Notie, dapat jumpa kawan-kawan lama.
ReplyDelete