Friday, June 12, 2026

3 Pit Stop sebelum sampai Kampung

 


Pit stop Pertama: Gadek Nursery

Assalamualaikum,

Setelah Check Out daripada Gadek Hotspring  hah apa lagi kakak-kakak ku menerjah nursery yang berhampiran, Kak nong dah pernah pergi jadi dia yang tunjukkan jalan.  Sampai je di nusery nampak kereta Yazed pun ada juga. Kata Kaknong Yazed pun nak cari pokok juga. Kat sini Kak nong dan Kak Jal yang turun.

Tapi nampaknya pokok yang di cari oleh Kak jal tidak di temui. Jadi tanya lah tokeh nursery tu. Dia kata kalau yang jual pokok nenas aka Bromeliad tu boleh cari kat Gadek area Tampin. Hah apa lagi guna waze kita orang pun mencari lah nursery yang di hajati.


Ni hasil tuaian Kak nong. Kata Kak nong pokok ni Kak Limah biras dia yang suruh belikan. 


Masa dalam perjalanan selepas pit stop pertama tu menuju pit stop kedua, aku ada ternampak warna kuning di tepi jalan. Bila aku tenguk wahhhhh banyaknya pisang warna kuning dah masak ranum. Oleh kerana kedai belah kanan jadi pandang je dulu. Tuju tempat yang di cari dahulu sebelum nanti cari balik. Teruja pulak tenguk pisang bergantungan tepi jalan. Masak-masak semuanya.


Pit Stop Ke 2: Gadek Nursery Horticulture

Pusing punya pusing sampaikan kat Pulau Sebang nampak le laluan ETS di stesyen tersebut. Mula-mula tersalah jalan sebab Mem waze tu slang minah saleh yang sukar buat kami faham, sekali terlajak ke depan. Rupanya jalan ke Pasar. Pusing balik nampak pasar selepas tu ada Hotel. Sekali kat traffik light nampak le nursery yang kami cari tu. Alhamdulillah sampai juga.

Betul lah kata tokeh bunga yang mula-mula kami pergi tu katanya Nursery tu depan hotel dan ada Traffik light. 


Banyak bunga-bunga tu. Banyak juga orang berhenti nak beli bunga. Kak Nong dan Kak jal bila sampai je terus menonong. Kat sini rasanya lagi banyak pilihan.


Lawa-lawa kan. Berwarna warni. Kat Nursery di Melaka mahal. 


Deretan bunga nenas yang pelbagai jenis. Murah tau. 


Kat dalam tu lagi banyak tapi aku tak masuk le. Kak nong dan Kak Jal je yang begitu lama membelek tak habis-habis sebab banyak pilihan. Lagi pun aku temankan Kak limah. 


Yang gantung atas tu pun cantik-cantik. Kata kak Jal ada yang harga Rm5 je sepokok. Yang ni dah besar sikit Rm10. Tu kira murah tau kalau yang nursery kat Melaka yang kami singgah tenguk emm mahal-mahal.  Yang besar lagi mahal. 


Kat dalam tu lagi banyak. Kak Jal udah rambang mata nak rembat yang mana satu.


                             Hah tu dia Kak Jal sudah borong. Muka sudah hepey dapat pokok yang dihajati.

Lama juga kami berhenti di Pit Stop yang ke dua ni layan Kak Jal dan Kak nong cari pokok bunga.


Pit stop ke tiga - Gerai pisang tepi jalan.

Masa sampai sini carilah parking yang sesuai almaklumle tepi jalan kan. Tapi masa lalu depan dia Kak Limah sudah perasan ada kerepek pisang. Dia terus bagi duit belikan. Kerepek pisang tu sepaket besar Rm10. Kak limah bagi RM 50 jadi 5 paket aku belikan Kak Limah. Memang sedap kerepek pisang yang aku belikan Kak limah. Rangup dan nipis potongannya.

Kak nong dan Kak Jal turun je aku dah tak nampak mereka ke mana. Dalam hati eh Kak Jal dan Kak nong pi tenguk apa. Aku pulak sudah tidak keruan tenguk macam-macam jenis pisang. Rupanya kat belakang tu ada nursery orkid...ooooo patutle kakak-kakak aku sudah lesap rupanya pi jenguk kat belakang.  



Geram je tenguk himpunan pisang yang macam-macam ni.



Pisang Nipah dia besar sisirnya. Beli sesisir. Mangga ada macam-macam jenis. Beli 3 kilo rm20 rasanya, Campur-campur jenisnya. 


Pisang 40 hari. Geram aku tenguk. Beli setandan. Beli yang dalam mangkuk 1 boleh buat cekodok nanti. Pisang dia dah masak sangat tersenggul sikit je terus dia lerai jatuh.



Kedai Jualan dia tepi jalan je tapi tandan pisang dia banyak. Rupanya selain daripada kami ada juga orang lain berhenti sama macam kami sebab terpesona melihat pisang bergantungan dengan banyaknya.


Bonet sudah penuh dengan macam-macam belian. hahahahaha mendak bonetnya. Tu bunga orked Kak jal beli. Kata Kak jal orkednya murah. Ni pakkal le bonet sudah penuh kalau tak emm lagi banyak dia borong. Nanti beli banyak pokok rosak sayang le duit oiiiii. Dapat sepokok cukup le. Sudah ada ura-ura nak pergi lagi lain kali. Aduhaiiiiii kakak-kakak aku niiiiii.


Seat belakang pun sama. Tak cukup kat bonet hah atas pangkuan Kak Limah. Kak Limah borong kerepek pisang dia sampai 5 paket.  Tapi sedap kerepeknya. Nipis je kerepeknya. 



Beli setandan pisang 40 hari. Yang kelakornya letak je dalam kereta atas pangkuan Kak Limah terus pisangnya lerai semuanya dari tandannya. Dah masak kan bila kena sentuh je terus berderai dari tandan.


Kak jal beli pokok orkid.


Hah tu dia. Seorang sepokok orkednya. Muka sudah senyum dapat bunga orked.


Hah tenguk mangga dia. Cantik-cantik warnanya. Buah pisang nipah atau abu tenguk le besar sisirnya.



Hah tenguk le pasenger belakang. Penuh. Bunga lagi ,pisang lagi , kerepek pisang lagi. hahahahahaha

Hah dah jom balik Muo. eh hantar Kak nong kat rumah dia . Sampai rumah kak nong semuanya udah lapar. Kak nong masak maggi tomyam. Itu lunch kami tengahari tersebut. Duit udah habis borong bunga. hehehehe 

3 comments:

  1. Wahhh..Meriah ni..Smp ke seat depan pun ada pokok =D

    ReplyDelete
  2. Banyak pitstop nursery tu. Senyum lebar dapat pokok yang dihajati.

    ReplyDelete
  3. PEMINAT BUNGA TENGOK BUNGA MMG XLEPAS NK JALAN SELAGI XBELI

    ReplyDelete