Ni buah tangan JS bagi pembeli 3 buah novelnya.
Sedondon dgn banner... huwaaaa
Sabtu semalam pi pesta buku Selangor di PKNS. Janji dgn Kaknoor pukul 10 pg di port biasak le iaitu stesyen LRT Bdr Tasik selatan. Tapi hari jumaat aku dah bengang dgn Encik Din sebab janji order kek dgn dia. Oleh kerana hari sabtu dia tak ada kat rumah aku terus nak ambil hari jumaat. Lepas kerja janji pukul 7 dia balik. Tapi dari pukul 7 sampai ke 8.15 mlm aku cuba call suara pompuan je jawab aduhaiiiii aku dah bengang. Kalau tak buat cakap le tak boleh buat. Aku siap call beberapa kali lepas tu sms lagi haram pun dia nak jawab. Sampai sudah dia senyap je. Hanget juga aku sebab dah janji kalau tak boleh buat cakap le tak bleh takde le aku jadi patung cendana 1 jam lebeh dok terpacak depan rumahnya menanti dia menjawab call aku. Lepas tu bila tenguk bateri dah weak aku pun chau le balik rumah. Dah malam tu nasib aku off kalau tak emmm ada juga yg aku bakar rumah DBKL tu hehehehe terutamanya blok 4 tu. Hishh sabor je aku. Rupanya bila call nacha dia memang dah problem bila orde kek. Hai macam manalah org melayu nak maju berniaga. Walau hanya kecil-kecilan dan perusahaan di rumah kalau betul sedap dan promosi bagus dari mulut ke mulut boleh laku apa. Tapi masalahnya tuan punya kek yg problem membuatkan customer lari. Huh berasap lagi ni aku bila teringat janji orde kek dgn Encik Din tu.
Ok berbalik kisah jenjalan carik buku tu sepatutnya Rin pun nak tumpang kete aku tapi kata kaknoor dia tak jadi sebab join aktiviti membaca di tasik shah alam. Kununnya nak buat acara membaca buku di tasik terbesar. Aku dah cuak juga ni kut nanti takde parking kat PKNS jadi bila kaknoor sampai je terus le kami zoom ke shah alam. Dlm pukul 11 kami sampai dan alhamdulillah masa masuk parking di basement ada satu kereta baru keluar dan nasib baik kete depan aku tak nak tempat tu jadi aku terus je le masuk park tersebut. Beres dong.
Sampai di booth JS syud dan nazurah dah setia menanti untuk menandatangani novel terbaru mereka. Aku pun terus je lah beli 3 novel terbaru JS dan dapatle mug yg comei dgn bunga-bungaan. Dapat tandatangan syud dan naz cepat-cepat sementara orang belum ramai. Tapi setelah 3 tahun nampak lah yang booth JS orang dah kenal. Masa 3 tahun lepas lengang tapi kali ni ramai yg serbu. Dah le aircond tak kuat huh panas membahang dok lepak kat situ. Aku pun dok melangu ke booth lain. Sekali kat booth Alaf 21 nampak wardina kat situ. Wah ayunya, pipi dia halusnya. Fuh memang lawa lah. Aku beli 3 novel dgn majalan Laman yg terbaru. Sekali balik kat booth JS wan dan aisyah sampai. Baru habis acara membaca di tasik. Wan dan nacha pi jenjalan kat booth sambil carik makan aku dok lepak le dgn rin. Terjumpa juga along anak saudara kak kamsiah yang pergi rombongan ke Padang bersama mak dan ayahnya. Tak sangka la kak ros pun rajin juga pergi pesta buku. Bila wan dan nacha dah balik dari ronda2 dia tunjukan gambar dia dgn wardina. Huh tak leh tahan aku. tadi malu lagi pun aku sorang je. Jadi aku ajak rin ke booth Alaf. Lagi pun dia nak sign otograph beberapa org penulis. Sampai je kat booth Alaf21 aku nampak wardina masih ada lagi. Sekali kata dia dah nak balik. Laaaa aku pun apa lagi le terus je bagi kamera kat rin dan terus tuju ke tempatnya. Wardina begitu baik hati sekali bila aku kata nak bergambar dgnnya. huhu siap peluk aku lagi maklum le dia tinggi. Huh seronoknya aku. Sampaikan habis kerusi sebelah tu rebah dek kerana terujanya aku nak bergambar dgn wardina. Syioknya. Wardina balik sambil melambai-lambai tangan pada semua yang ada. Selepas selesai sign novel dgn Emma maizura kami ke booth lain. Semasa kat booth di hujung tu aku nampak mcm suami maziyah. Dah tentu maziyah ada berhampiran. Jadi aku terus tegur maziyah. Huhu maziyah tak kenal aku lagi aduhaiiiii maklum le aku kan dah berkoyan-koyan mengembang bagai di pam-pam, mane le dia nak kenal aku lagi. Huh bertahun juga tu tak jumpa. Kali terakhir aku jumpa masa dia kahwin lepas tu terus lost contact. Sampai le dah berfb-fb ni baru jumpa balik di alam maya. Sebelum berpisah kami bergambar buat kenangan. Aku lupa lah kalau Mas abrizah pun kat area shah alam juga. Malahan azah dan jah pun sama. Rupanya maziyah, azah, jah dan as dah selalu berjumpa masa open house rumah mereka.
Bersama wardina Saffiyah
Dapat jumpa maziyah yang dah berkurun tak jumpa.
Bersama penulis Jemari seni yang bertugas pada hari tersebut.
YM Sultan Selangor melihat booth
Bersama penulis Emma Maizura
Kak uda rupanya datang juga dengan kawannya. Oleh kerana dia org balik putrajaya jadi rin pun terus tumpang kereta kawan kak uda sebab ada kosong. Mula-mula dia nak tumpang aku tapi sebab kawan kakuda ada terus tumpang mereka lah. Jadi dalam pukul 4 kami bertiga pun balik. Dalam kete wah sempat lagi tu tenguk video tapi aku tak leh nak menjeling sebab tgh bawa kete. Jem di highway persekutuan rupanya ada accident. Lepas kawasan accident jalan clear je kami pun terus tuju ke Minerva Jalan TAR sebab nak beli novel KN dan Sarnia. Kaknoor contact kawan kat minerva tu rupanya novel KN yang baru iaitu Ad + Izz dah ada jadi aku beli 2 tu je lah. Berhenti di tepi jalan sambil menunggu kaknoor dan ancha. Sekali tengah sedap menunggu nampak Pak DBKL dgn motornya dah mengapai2 tangan di belakang. Ala... mane kaknoor ni. Sekali dia berhenti kat dpn keter vios depan aku dan suruh kete depan jalan. Aku pun apa lagi terus call kaknoor sekali toleh kaknoor dah kuar dari kedai. Rupanya nak bagi mug pada kak lin. Huh kelang-kelibut le kami cepat-cepat jalan. Huh adegan charlie chaplin le gamaknya kami bertiga. Lepas tu dok gelak beramai-ramai. Huh kalau kami ber3 memang ada je adegan yg berbagai-bagai berlaku. hahahahaha.
Sampai rumah singgah pasar malam dan seterusnya agenda membaca Ad + Izz. Dan semalam aku dah khatam baca novel tu walaupun di selang-selikan dengan adegan taik mata sebab aku ngantuk sangat. huhuhuhu teruk sungguh agenda buat taik mata ni.
No comments:
Post a Comment