Friday, July 30, 2010

Tayar keter pancit lagi yang ke 4 kali

    Pagi rabu semasa nak pergi kerja tayar kereta aku pancit lagi. aduhai.... Sebelum tu aku dah isi minyak. Sekali tenguk tayar belakang belah kiri macam lembek je. Jadi aku pun pam le tayar tu. Sekali masa keluar ke highway MR2 dah bunyi kelepek kelepek. Hah sudah tayar mana pulak pancit ni. Sejak dah 3 kali pancit ni memang sensitif sikit telinga ni dengan bunyi2 yg abnormal. Aku pun bagi signal untuk ke tepi. Rupanya tayar yang aku pam tadi.   Hah sudah napa pulak ni. Nak jadi citer pulak talipon habis time walaupun duitnya banyak lagi dlm tu. Hah sudah macam mana ni. Jadi dari pukul 7.00 pagi tu sampai le dekat pukul 8 lebeh aku dok dalam keter. Dah le kat tepi highway yang kenderaan semuanya berdesup-desup lari. Nak call pomen terpaksa le tunggu pagi tapi talipon tak boleh pakai. Aduhaiiii buntu kepala aku. Terpaksa le berdoa semuga ada orang yang simpati tapi sampai ke pukul 8 dak ada orang nak berhenti sebab memang tempat aku park tu memang bahaya.

  Aku pun jenguk le dan kebetulan sebelah tu kat bawah tu kawasan hospital ceras pantai dan kedai berhampiran aku nampak ada kedai tayar. Nampak gaya aku kena tinggal kete dan pergi ke bawah kedai yang berhampiran le gamaknya. Tapi kedai biasa buka pukul 9 atau pukul 10. Huhuhu kena tunggu le nampaknya. dah masa tu hujan gerimis nasib baik dah berhenti. Jadi cuaca mendung je.

 Pukul 9 aku pun tawakal je tinggal kan kete kat situ dan berjalan kaki ke bawah. Kedai yang aku nampak dari atas tu belum buka manakala ada satu kedai lagi aku tanya dia tak nak tenguk sebab dia tak buat lagi baiki keluar dari kedainya. Huh apa la kedai tu. Aku dah rasa nak nangis. Macam mana ni. Ada satu kedai cina tu aku minta tolong seorang pekerjanya tolong tukarkan tayar. Dia kata tak pandai. Nasib baik kedai yang aku nampak dari atas tu yang rupanya buka pukul 10 nak tolong aku. Tokehnya suruh pekerjanya menyusuri tepi jalan tolong tukarkan tayar dan bawa ke kedainya. Aduhaiiii nasib baik.

  Rupanya sportrim aku bengkok dan tayar pun terkeluarle. Tu yang jadi pancit tu. Huh terpaksa le makan masa nak ketuk. Jadi aku pun tinggal kan kat kedai dan pergi opis pakai tayar spare. Tayar spare aku ni kecil sikit dari tayar kereta jadi bunyi pun lain sikit bila berjalan. Sempat aku beli topup dan call jun. Ingatkan nak El sekali jun kata lambat sikit pun tak pa sebab takde orang pun. Semuanya pergi meeting dan ada yg kursus jadi aku terus ke opis le. Janji dengan tokeh kedai tu kalau tak dapat petang ni mungkin pagi atau petang esok aku datang semula. Alahaiiiiii tayar oh tayar

2 comments:

  1. lain kali bawak le ferrari, mesti ramai yang nak tolong tuh :D

    ReplyDelete
  2. hahahaha ryn aku nak bawak steamrool ada nak tolong tak? lari jauh2 adale gamaknya

    ReplyDelete