>

Sunday, January 16, 2011

Penyanyi Irwansyah kahwin dengan pelakon sinetron



JAKARTA - Penyanyi yang terkenal dengan lagu Pencinta Wanita, Irwansyah, 25, berkahwin dengan artis Zaskia Sungkar, 21, kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.


Menurut akhbar Jawa Pos, Irwansyah melafazkan akad nikah di Masjid Al-Bina, Senayan Jakarta.

Penyanyi itu berkata, dia berasa gementar sebelum majlis akad nikah.

"Takut salah ucap," katanya.

Namun, selepas selesai majlis itu, akhbar KOMPAS.com melaporkan isterinya, Zaskia berkata, mereka akan berusaha untuk mendapatkan anak secepat mungkin.

Menurut Zaskia, dia tidak mahu menggunakan alasan sibuk berlakon sinetron untuk menangguhkan usaha bagi mendapatkan cahaya mata. - Agensi

Petikan daripada kosmo online.
 
Komen aku: Wah tahniah lah pada penyanyi Irwansyah yang sudah bernikah dengan pelakon sinetron, Zaskia Sungkar. Cuba jenguk di sini.  Kalau jenguk di  sini barulah tau sinetron apa si Zaskia tu berlakon. Huh tak penah dengar tajuk sinetron tersebut kut belum di tayangkan di malaysia kut. Kalau bawang putih bawang merah tu bukan sinetron femes di malaysia dulu. Tajuk sama tapi pelakonnya lain. Kalau marshanda ya aku suka. Dengarnya selepas Alisa habis sinetron baru dimana Marshanda dan Baim wong berlakon. Kata Nacha ceritanya sedih. Wah Kak jal dah ada sinetron terbaru nampaknya. hehehehe Nanti balik kampung nak suruh Kak Jal ulas cerita Alisa lah sebab manalah aku dapat tenguk sebab time kerja. Akak aku sejak dah pencen ni layan sinetron Indonesia je. Lepas tu regu baik punya ialah Kak ijah bagi update sikit cerita. hahahaha 
 
Dulu Irwansyah femes selain dari berlakon ialah menyanyi dan femes dengan  lagu pencinta wanita. Malahan anak saudara aku si Ajid tu cukup suka lagu tu. Teringat lagi masa rombongan cik kiah ke Kulim dulu naik bas, dia boleh duduk kat tangga depan, tempat duduk pemandu kedua sambil mengadap jalan sambil menyanyi lagu pencinta wanita tu berulang-kali tanpa jemu. Padahal masa tu umurnya baru 4 tahun. Hish hish Ajid dah ada gaya nak jadi playboy ke anak buah aku ni.
 
 
Amacam comel tak ajid?
 
Ok berbalik pada tajuk diatas  semuga berbahagia lah ye Irwansyah. Aku suka tenguk dia berlakon nampak cam baik sesangat. Lembut je pertuturannya.
 
Pelakon wanita yang aku suka sudah tentu Marshanda . Kalau pelakon lelaki em sapa ye yang aku suka? Dude Harlino. Ternampak gambar dia pada screen saver pc June. Sejak tu aku suka tenguk Dude Harlino yang femes dengan sinetron Cahaya, malahan dengar citer dah kahwin dengan pelakon perempuannya emm nama aku lupa le tapi aku tau anak pelakon popular Lydia Kandau. Buat masa ni yang sedang femes Baim Wong yang menjadi kesukaan Nacha dan Ila. Baru-baru ni ada Baim datang promosi sinetron baru di Astro yang di buat kat Mutiara Damansara. emm betul ke? erkkk tak pasti tapi rasanya ya lah kut sebab area sanun tu hah. Alahaiiiiii sinetron oooo sinetron.

No comments: