Monday, June 13, 2011

Gegaran di putrajaya ekoran gempa bumi di sumatera


 Wah suspen sungguh sebab sedang tekun buat kerja tiba-tiba pengumuman di buat. Masa tu dalam pukul 9 lebeh rasanya. Semua pejawat awam di perintahkan turun dari semua bangunan kementerian kesihatan iaitu Blok E2, E6, E7 dan E10. Masa turun tu tak tahu kalau ada gegaran di rasai. Ingatkan ada kecemasan kebakaran. Sekali sampai kat bawah katanya ada gegaran gempa bumi. Ada member kat E6 tingkat 9 bercerita tempat kerjanya rasa bergoyang. Jadi semua berkumpul di dataran kementerian kesihatan menunggu sehingga semuanya selamat. Dalam pukul 10 gitu barulah kami boleh balik semula ke pejabat masing-masing.

 Cuba search kat internet rupanya ada gegaran gempa berskala richter 5.5 di sumatera. Boleh Jenguk di jabatan meterologi Indonesia . Tapi dia kata tak ada tsunami.

 Dan semasa sedang menaip cerita gempa ni di waktu pukul 11.15 pagi gitu saya terasa tiba-tiba bangunan bergoyang dalam beberapa minit. Maklum pejabat terletak di tingkat 6. Tapi memang betul terasa goyangannya. Aduhai mesti lagi teruk gempa kat Indonesia ni. Tak tahu pulak kali ni berapa skala richternya . Dan baru je sebentar tadi pengumuman di buat memaklumkan belum ada arahan untuk semua pejawat awam untuk turun ke bawah. Jadi sekarang tunggu sahaja apa tindakan susulan akan dibuat. Adakah hanya duduk sahaja di pejabat atau kena turun ke bawah seperti pagi tadi. Tapi semasa goyangan tadi rasa le pening sikit kepala dan bila duduk tegak ja terasa " eh napa rasa bergoyang ek".  Apa pun semuga tiada bencana teruk yang berlaku.

2 comments:

  1. ngerinya dengo..
    psssttt nanti bila dah rileks2 pasti ada sesuatu yg mencuit hati, lepas tu kita ketawa golek2. Hahaha tingat taim dahulu kala, juga bangunan tempat keja kita bergoyang, sampai ada yg jatuh turun tangga nak selamatkan diri :D

    salam angin timur monsun xoxo

    ReplyDelete
  2. Salam angin selat melaka....wah teruk sih org yg jatuh turun tangga tu. Kat sini pulak boleh pulak jenguk sana jenguk sini tanya member eh rasa goyang tak? Bukannya pi terjah pintu keselamatan melarikan diri. hehehehe tapi tenguk kat tv semalam ada bangunan Parcel C yang nampak retak dek gegaran itu.

    Semuga aman saje ye.

    ReplyDelete