Tuesday, May 1, 2012

Pesta Buku 2012 yang ke 31

Meriah sungguh booth ini merah mak ngah sungguh

 Pesta Buku PWTC 2012 kembali lagi bermula pada 27hb April sehingga 6hb Mei dan pada kali ini yang ke 31 tahun. Wah kiranya dah lama juga ya pesta buku ni di langsungkan. Tapi masa tahun-tahun 1999 macam tak berapa meriah seperti sekarang. La ni masa tu lah yang di tunggu-tunggu supaya agenda memborong buku baru menjadi seronok disamping bertemu kawan-kawan yang kadang berjaman tak berjumpa. Apa yang aku ingat masa masih dok kat Bangunan Perkim time rehat je aku mesti cilok pi PWTC. Kadang saje je jenjalan tapi bila dah terjah tu 2-3 buku mesti aku beli. Huh kuat sungguh tarikannya. Tapi tu lah setelah berpindah Putrajaya agenda Pesta Buku semakin meriah lah pulak. Malahan dari setahun  ke setahun ianya bertambah membesar dan bertambah pengedar buku serta Booth yang disediakan.

 Tahun ni aku ingatkan nak pi le Hari Sabtu tapi sebab balik hari Jumaat ja selepas outstation di Temerloh aku dah rasa tak sihat. Kat hospital dengan aircondnya yang kuat lepas tu badan dah rasa sekejap sejuk sekejap panas jadi bila sampai rumah memang lepak lah dan badan rasa nak demam. Jadi hari sabtu aku tak jadilah pi PWTC. Teringat-ingat kat Kak Norash penulis dari Singapore yang datang untuk promosi buku barunya under Pustaka Islamiyah. Dia dah email awal nak datang dan aku dah jawab nak jumpa tapi last minit keadaan tak mengizinkan. Hari Ahad Kak Norash dah pi Oneutama dan seterusnya balik Singapore. Alahaiiiiiiii melepas nak jumpa dia.

Booth JS penulis Izzul Izati bersama wan (Promoter JS)

   Jadi pagi Ahad dah sihat dan lagi semangat nak beli berkobar-kobar jadi pukul 9 lebeh zoom terus ke parking Stesyen Putra. Malas lah nak letak kereta kat LRT Bdr Tasik Selatan sebab masih lagi under construction. Di Booth JS ada Nazurah, Syud dan Ika Madera. Nacha masih lagi sakit gigi jadi aku kali ni lone ranger sebab kaknoor pun tak leh datang.
 
NAzurah, Syud yang tak duty tapi menebeng je dan Ika madera dengan Dapur Wawa.

Perbincangan senget nampak

Lama sungguh tak jumpa Carrie agak-agak setahun kut.

Anis radha pun datang juga memborong buku.hehehe

  Geng Kicap pun ado tapi aku tak join mereka hunting booth lain sebab rasanya dah set nak beli buku JS, Alaf dan NB. Yang lain seperti Karnadya aku tak nampak boothnya. Tak pe hari akhir nanti ada 2 hari pi lagi jadi kali ni budget dalam ehem ehem je. hehehehe kalau bawa lebeh gerenti beli lebeh jadi tahan je hati.

Videoklip yang JS buat untuk novel-novel terbitan JS. Bestlah siap dengan lagu lagi.

Nazurah bersama novel-novelnya. Trade mark nazurah sediakan tissue berpaket2 ya. hehehe 

Bersama Iman Xara dengan buku barunya yang so sweet covernya. 

   Dapur wawa koleksi terbaru Ika Madera. Dulu novel dia tajuk Jet Jonah, aku sempat lah juga tanya pasal Jet la ni buat apa. Kata Ika pi lanjutkan pelajarannya malahan tengah jenjalan tour lagi kat US. Wah Ika siap jeles ngan Jet sebab Jet leh jenjalan makan angin.    

Gaya-gaya sarangheo sebab novel baru Nirrosette ni ada pi jenjalan ke korea.

Penulis baru JS Syasyaja - senyum sampai langit

  Masa dok menempel je kat booth JS rupanya depan booth JS adalah Berita Publishing dimana kebetulan pada pukul 12 tu ada pelancaran buku baru dan di lancarkan oleh Dato Mashitah. Alang-alang dah dok kat Booth JS tu tunggulah. Jadi dapatlah ambil gambar Dato Mashitah. Tapi nak bergambar berdua dengan Datuk kena beli buku baru dia jadi oleh kerana tak beli takdok le gambar berdua. Boleh dapat signature dia tau.

  Masa dok menyelit nak ambil gambar tu adalah seorang ni bawa mikrofon Alhijrah. Wah wartawan Alhijrah ke. Makhai comel beb tinggi lagi menawan pinggang ramping hehehehe jadi bila dah terhimpat sebelah dia tanyalah. Boleh tak ambil gambar berdua dengan dia. Bila dia free dia bagi can jadi tada.... sempat lagi promote suruh tenguk Berita alhijrah. hehehehe Rumah aku mane le ada Astro yang jadi aku angguk ajele. hehehehe

Acara menyign buku

Temuramah bersama TV Alhijrah

Mejar Faiz bersama adik-adik

Dah borong buku kat JS aku pun melilau le ke Booth Karangkraf. Dan kebetulan masa tu di pentas Karangkraf adalah pula Mejar Faiz angkasawan ke2 malaysia. Acara budak-budak ambil gambar lepas tu cari buku. Ambil punya ambil sekali nak bayar hah nasib masih dalam budget lagi.

Pi naik tingkat atas jenguk booth Adiwira terserempak kak su yang nak pegi makan. Jumpa nawwir sat lepas tu jenguk NB Kara Sebelah booth Adiwira nampak sue. Yati takde pergi makan dengan anaknya Teta. Penulis Zuraidah yang merupakan penulis lama malahan pernah menulis dalam Pilot Cafe bersama Penulis Ahadiat Akashah. Cerita tu best juga dimana satu cerita tetapi 2 penulis.

Bersama penulis Zuraidah

Booth NB Kara yang sweet macam pi taman bunga.

Eila bersama buku barunya Calun Jodoh Untuk Adik

  Balik terus singgah Kakinovel dimana masa tu eila sedang bertugas. Beli buku kiriman Mekjay dan juga buku Eila Calun Jodoh buat adik. Cari Karya seni masa datang nampak boothnya tapi bila nak balik tak jumpa. Jadi terus je balik lah setelah rasa cukuplah memborong buku pada hari tersebut.  Akan datang akan pergi pada minggu akhir dimana dengarnya Kak anis Ayuni akan keluar buku baru. Lagi satu mesti cari booth Karnadya minggu depan nak beli buku barunya.  

2 comments:

  1. 28 APRIL LALU ANAK2 AKU G KE PESTA BUKU IKUT ROMBONGA SEKOLAH..NYARIS TAK LEPAS SBB ADA PERHIMPUNAN BERSIH..TAPI ALHAMDULILLAH, SELAMAT PERGI DAN BALIK

    ReplyDelete
  2. Tu lah hari sabtu tu memang nak pegi juga tapi sebab hari jumaatnya aku baru balik out station dan rasa macam nak demam serta penat lepas tu dgn ada BERSIH lagi terus tak jadi dan pg hari ahadnya. Mesti Aina pi booth Ain Maisarah

    ReplyDelete