Thursday, December 6, 2012

Korea 2011 Day 2 Bhg 2



Day 2 - 10.11.2011- Lokasi 3 - City Hall
 
 Assalamualaikum,
Ok sambung lagi hari kedua. Ada 4 lokasi yang kami pergi sebelum lunch di Itawon. Selepas pergi Blue House dan Istana Gyeongbok kami telah dibawa ke City Hall. City Hall ni cuma lalu je sebelum kami di bawa ke Sungai Gwanghamun. Sungai ni dulu aku dah tunjukan juga masa pergi tahun 2008. Kiranya lokasi yang mesti singgah seperti Blue House dan Istana Gyeongbok. Sebab sungai ni special kerana di tengah-tengah kotaraya Seoul terdapat sungai yang begitu bersih dan jernih.
 
 Comelkan gerai tepi jalan ni. Tak pasti pulak dia jual apa?

 Di tepi jalan daun pokok dah berubah warna almaklumlah musim gugur kan. Cantik sangat.

Roundabout penuh bunga

Tepi penjalan kaki ada pameran

Geramnya tenguk bunga kat traffik light tu


Dari City Hall kita orang berjalan ke mercutanda yang berwarna merah tu. Kiranya disitu permulaan melihat sungai dimana ada tangga menuruni ke bawah.

Lokasi 4- Sungai  Gwanghamun


Di kiri dan kanan  adalah tangga ke bawah untuk melihat sungai dibawahnya. Cantik buih-buih air yang membusar-busar keluar.
Di belakang aku dan kak zah tu lah sungainya. Masa ni ada pelbagai model dan hiasan di tengah-tengah sungai tersebut. Aku takde lah nak turun melihatnya sebab dah pernah tenguk jadi melepak je kat atas sementara menunggu kengkawan berposing di bawah.
Semasa menunggu tu terdengar lah bunyi gendang berbunyi. Rupa-rupanya ada perarakan yang dihadapan membawa bendera. manakala di belakang tu tak pasti pulak apa yang dibawa. Nampak macam perarakan je. Berwarna-warni pakaian depa.
Sebahagian daripada perarakan

Dari atas nampak kengkawan sedang berjalan-jalan santai melihat air sungai mengalir.
Ni rupanya mereka sedang mogok. Yang anihnya tu siap pasang khemah lagi dan diwaktu ini mereka sedang rehat untuk makan tengahari. Mogok yang tidak membahayakan orang lain. Protes tetap protes tapi secara aman.

Lunch di Itawon

 Itawon merupakan kawasan dimana banyak kedai halal dan juga orang Islam terdapat. Dan ada satu masjid yang merupakan satu-satunya masjid di korea. Tapi jalan masuk ke masjid ni kecil. Oleh kerana pada hari pertama kami menaiki bas yang agak besar juga jadi kami terpaksaberhenti di jalan besar sebelum jalan kaki melalui jalan kecil ke tempat makan. Agak jauh juga lah sebab jalan mendaki bukit. Korea kan banyak kawasan yang berbukit seperti kita tenguk didalam dramanya.


Ni lunch kitaorang. Masa ni memang semuanya dah lapar sangat setelah banyak berjalan. Bagi yang pertama kali makan kimchi ada yang tak boleh telan. Manakala aku dah kali kedua rasanya boleh lah. Nak kata suka dan tak tertelan boleh lagi lah makan.
Ni muka-muka ngantuk dan penat. Ngantuk sebab tak cukup tidur, tahu je lah tidur dalam kapalterbang makcik Asiah kan kecik tempatnya jadi tidur pun tak nyenyak le. Kedai makan ni merupakan kedai India yang telah berkahwin dengan Orang korea. Dan pembantu dia pula perempuan Indonesia yang berkahwin dengan lelaki korea. Kak uda pandai cakap jawa rajin melayan bibik Indon tu bercakap. Kedai makannya kecil bila group kami masuk je terus penuh. Dan ramai juga pelajar Malaysia datang ke Itawon mencari tempat makan yang halal.
 Ni lah kedai makan yang Nazmi dah booking buat kitaorang selama jenjalan di Korea.

Selesai lunch kitaorang terus ke masjid Itawon yang berdekatan dengan kedai makan tersebut. Tapi tempatnya nun atas bukit. Ramai juga lah kami bertemu dengan orang Malaysia yang datang melancung yang singgah solat di situ.

 Lokasi 5 - War Memorial

Perjalanan di teruskan lagi. Kali ni kami di bawa melawat Muzium Peperangan. Macam-macam peralatan dan kenderaan yang telah digunakan semasa berperang malahan kapalterbang pejuang pun ada.
Ni sebenarnya ada tertulis sejarah silam korea. Tapi gambar yang di letakan cantik juga. Kiranya history bergambar semasa zaman perang korea dahulu. Malahan ada juga gambar tentera semasa dalam latihan. Kita sedia maklum rakyat korea diwajibkan menjalani latihan ketenteraan, dan masa kita orang pergi ni pelakon korea Hyun Bin sedang menjadi kegilaan ramai dan kami juga meminati lakonannya. Masa ni kecuh Hyun Bin nak masuk kem nak jalani latihan ketenteraan setelah habis berlakon dalam secret garden. 
Keluar ja dari muzium kami bertemu dengan askar yang dalam latihan. Sempat lagi tu minta dia orang posing bersama kitaorang semua. Semua muka-muka excited ni sebab baru hari ke 2.

Sambung bahagian ke 3

2 comments:

  1. hmmm... aku tak nak komen apa2 sebab aku jeles sangat kat ko... asyik berjalan je.... makan angin, melancong.. bukan calang2 tempat lak tu... ha, aku nak citer ni.. hari tu aku gi Nmai Island... ko mesti tak caya kan? Nami Island tu kat langkawi je... hihi.. tak caya gak? iye, kat Langkawi hari tu ada promosi dan event tentang pulau nami... ada pameran je... jadile..

    ReplyDelete
  2. Wah jadi lah ko pergi jenjalan ke langkawi satu family... hah aku lagi jeles tahap gaban kat ko tapi ye lah kan bahagian ko tang tu bahagian aku tang ni so 50-50 tau. Ala relaks le kan aku dah rasuah kat ko ole-olenya jadi fair and square le. hehehehe

    ReplyDelete