Assalamualaikum,
Wah dah hampir sebulan bulan Januari hampir melabuhkan tirainya tapi aku belum sekali pun mencoret rasa di sini. Sejak peristiwa aku di hina, hati aku hampir saja merundum perasaan dan jiwa menghadapi setiap hari yang mendatang. Apa lagi ianya kena sehari sebelum 1 Januari 2013 membuka tirai, aku terus tak ada semangat nak mencoret di sini. Sedih yang teramat sedih aku bila mengenang perkataan yang keluarnya dari mulut seseorang yang boleh di kira seorang yang profesional kerjanya. Huh nasib memang tak menyebelahi aku pada hari tersebut. Memang kira hari malang aku pada hari tersebut. Bad day lah katakan.
Selama aku berkerja yang dah kira berpuluh tahun berkhidmat ni malahan dah pelbagai tempat aku jejaki tapi tak pernah seumur hidup aku orang mengeluarkan perkataan itu untuk menghina aku. Apa besar sangat ke kesalahan ku sehingga di hina begitu. Kalau nak marah pun patut-patut lah jangan sampai menghina orang lain. Engkau dan aku sama je di sisi Allah SWT iaitu hamba Allah. Jika kau menghina aku sama seperti kau menghina ciptaan Tuhan juga sebab kita sama di sisi Allah yang membezakannya hanya amal ibadah masing-masing sahaja. Masa kena hina tu sedih lah juga setelah di marah bertalu-talu. Kalau marah tu aku terima lah sebab memang kesalahan ku tapi aku ada sebab musabab kenapa tidak mengikut arahan mu tapi jangan lah sampai menghina aku. Mentang-mentang lah kau ada kuasa, kau rasa kau boleh menghina orang lain sesuka hati kau sahaja hanya kerana marah. Jangan lupa Allah yang lebih berkuasa bukannya engkau. Kau rasa kau yang menentukan rezeki orang lain ke hanya kerana kau berkuasa tapi jangan lupa Allah yang memberi rezeki kepada umatNYA.
"Ya Allah kau berilah aku kekuatan menghadapi dugaan ini. Perkuatkan hati dan perkukuhkan jiwaku supaya aku tabah menghadapi dugaan ini. SesungguhNya hanya Engkau yang mengetahui segala-gala Nya. Semuga suatu hari nanti orang tersebut insaf dan tidak sesuka hatinya menganiaya dan menghina lagi orang lain. Amin"
Masa dalam bilik meeting tu setelah di hina memang rasa nak menangis tapi air mata aku tak keluar cuma aku rasa sedih je dan masih terdengar -dengar perkataan yang dia sebut itu. Selepas habis meeting aku cerita dengan member aku yang aku kena marah dan aku sebutlah perkataan tersebut yang telah terkeluar dari mulut orang tu. Tak tergamak aku nak tulis disini perkataan tersebut. Tapi kata member aku macam perkataan tu ulu sangat dan tersangat teruknya. Aku senyum sinis je mendengar kata kawan aku. Lepas tu masa tengahari dia datang kat meja aku semasa aku sedang berbual dengan kawan. Dia tegur aku dan tanya " Marah?" Aku jawab "tak!" "Habis tu suka lah?" Aku jawab pun tak juga! Kawan aku sengeh je bila mendengar jawapan aku. Dah hina orang begitu sekali baru nak tegur. Huh kirim salam lah ya. Hati yang dah terguris ni akan tetap ingat sampai bila-bila perkataan itu.
Seharian tu aku rasa perasaan aku seolah-olah terhimpit dengan sesuatu bebanan yang aku tak boleh huraikan apa dia setelah aku menerima penghinaan tersebut. Sehinggalah aku dah balik rumah dan semasa selesai solat magrib dan semasa aku berdoa, airmata aku mencurah-curah mengalir sampaikan aku tersedu-sedan. Aku mengadu pada Dia dan hanya Dia sahaja yang dapat meringankan bebanan perasaan aku yang terhimpit sejak siang hari. Apa pun aku maafkan orang tersebut yang telah menghina aku walaupun hati aku pedih menerima penghinaannya itu. Semuga Allah jua yang maha mengetahui segala-galanya. Semuga Allah melindungi aku daripada manusia-manusia yang bongkak, dengan kuasa yang dia ada, yang rasa dia boleh menentukan rezeki dan kehidupan orang lain. Semuga suatu hari nanti dia insaf dan tahu bahawa kuasa yang dia ada sebenarnya hanya sementara dan kalau Allah nak tarik bila-bila masa sahaja dia boleh hilang semua kuasa yang dia ada. Insaf lah dan janganlah nak aniaya orang lain lagi. Cukup-cukup sudah.
Laa.............. siannye ko notie... aku dah rindu kat blog engkau yg dah lama cuti ni..tetiba bila ko muncul, ada citer sedih lak.. hmmmm, itulah lumrah kehidupan. Manusia ni kalau Allah beri pangkat dan kuasa sikit je pun kdg2 dah mula pandang ke langit je.. kita ni dia pandang sebelah mata je... dia ingat dia tu besar sgt, lebih besar dr kuasa Allah... rileks notie.. aku pun dah pernah kena hina juga tahun lepas, masa keputusan peksa merudum... org salahkan aku... dah tu bukan dia ckp tu kat mesyuarat guru je, kat mesyuarat pibg, kat perjumpaan ibu bapa pun dia sebut lagi.. terguris hati aku, kalau ye pun aku salah, jgn malukan aku depan mak bpk budak... lepas peristiwa2 tu adalah dua tiga org kwn yg marahkan dia. ko tau dia jwb apa? dia kata dia cuma ckp yg betul...... yelah, kalau betul pun cukpla ckp kt bilik guru je kan.. tp kan notie, dia ni mmg org tak suka pun sbb lagak dia tu lah... dah ramai yg terkena, siap gaduh beso lagi.. pastu dia guna lak 'power' dia yg sikit tu utk tukarkan org yg dia tak suka... org yg dia tukarkan tu bukan main happy lg gi tpt lain....bahagia yg amat kata diorang.. yg pelik tu setiap kali bos baru dtg, bos baru tu akan ikut ckp dia... tu yg kdg2 kitorg bengkek juga tu... ckp kita tak laku langsung.. hmm, sabo jelah notie... betul kata ko, bukan da yg bg rezeki, semuanya ALLAH yg maha kuasa... tunggu je la sampai bila org2 mcm tu nak mendongak ke langit, satu hari nanti pasti tersandung juga..
ReplyDeleteTerima kasih lah banyak2 ko dah upkan sikit semangat aku. Lumrahlah kan kakitangan bawahan ni kena marah tapi janganlah hina orang hanya kerana nak naikkan prestasi depa. Kalau takde orang sokongan ni siapa yang nak buat kojo. Depa tahu mengarah je tapi kadang tak fikir perasaan orang lain.
ReplyDeleteKalau tak ngenangkan nak cari rezeki huh dah lama dah pencen copek tapi kalau aku pencen siapa nak beri makan kat aku ni hah emm sabor jelah. Semuga satu hari nanti Allah tunjukkan pada dia siapa yang berkuasa dia ke ataupun Allah SWT. Aku nak tunggu masa tersebut muncul baru dia tahu besar tahap gaban mana kuasa dia tu. *urut dada banyak2 menyabarkan hati*