Assalamualaikum,
Selepas dok merembat novel kat Jualan Gudang Karangkraf, Shah Alam, kitaorang pun balik lah dan pada masa tu dah tengahari dalam pukul 12 lebeh. Sekali teringat yang Halal Fest masih berlangsung di Mines, Seri Kembangan jadi ajak le nacha dan rin pi terjah ke situ pulak. Tapi teringat hari sabtu mesti jem nak masuk ke Mines tu jadi aku ambil jalan lain tak payah masuk ke Mines pun tapi masuk jalan sebelum sampai stesyen Keretapi Serdang ala yang ada Hotel Tunes tu. Parking kat tepi jalan je sebab kata CC Roseni ada jalan mudah nak ke seberang Mines tu. Oleh kerana masa tu sedang panas rembang pukul 1 tengahari jadi jalanlah slow-slow. Sebelum tu tanya orang yang park kat situ nak ke Mines lalu mana? Dia kata seberang je, kat depan tu ada traffik light. Kita orang gigih lah juga nak cari jalan lain ke Mines. Rasanya ada trowong bawahnya dan ada jalan bawah tapi bila di tenguk jalan tu dah ditutup. Nampak gaya kena seberang jalan juga lah. Bayangkan nak melintas dengan jalan penuh dengan kereta dan lori simpang siur. Huhuhu. yang kelakor tu aku dan rin pakai spek hitam kunun-kununnya Nacha bawa orang buta. Tapi tak menahan yang pakai spek menciut dulu jalan. Tak ke haru kitaorang.
Banyak kereta bersusun paku nak masuk tempat Halalfest berlangsung. Ni ambil daripada FB Rin.
Masuk Mines masing-masing dah lapar, kununnya nak cari makan dulu lah. Sekali ternampak ada Seoul Garden kat situ apa lagi gigih mencari. Tapi ramai orang jadinya kami terpaksa melilau dululah sehingga dapat tempat kosong. Pi solat dulu lepas tu balik semula. Huwaaa orang sebelum kita dah masuk dulu. Mana aci... jom jom masuk.
Masing-masing dah tak sabar ni nak melantak
Macam-macam ada, pelbagai jenis daging perapan, udang, sayur, sushi pelbagai jenis, meehoon, nasi goreng. Rupanya bukan hanya makanan korea seperti kimchi malahan makanan jepun seperti sushi pun ada juga.
Hah tenguk tu punyalah banyak makanan. Mangkuk yang ditengah ni kuah Tomyam . Kitaorang letak lah macam-macam dalamnya fish ball, bebola ketam, filet ,udang. Fuh sedap layan kuah tomyam dia memang merbeles. Sedap menghirup kuahnya panas-panas
.
Yang keliling mangkuk tu kita orang panggang macam-macam jenis perapan baik daging, ayam, ikan, sotong. Tapi yang sedap ayam ada yang perasa biasalah, karilah, huh macam-macam sampaikan nacha ambil sampai 5 jenis perapan ayam. Memang sedap. Lepas tu air boleh top up sebanyak mana kita nak. Ais lemon tea, juice epal, white kopi, mocha. ABC pun ado. Aiskrim macam-macam jenis perasa. Walahweiiii
Hampir habis ayam kita orang panggang... emmmm dap dap dap
Ni ABC yang nacha buatkan untuk kita orang ber3. Untuk pencuci mulut. Macam-macam dia letak sampaikan banjir. hehe
Fuh Rin siap jempol lagi... hah tenguklah bertingkat-tingkat makanan yang dah habis.
Masa mula-mula makan tu aku tak tahu nak ambil apa. Nacha dah biasa, jadi dia yang ambil apa saja untuk di masak. Nampak ada meehoon dan nasi goreng aku pun ambil lah sikit nak rasa. Oklah juga bukan hanya makan korea ja.Sambil tu letak macam2 fishball dalam kuah tomyam. Daging perapan sedikit demi sediki kita orang panggang. Ya Allah sedap sungguh ayam perapan dia malahan ada pelbagai jenis. Yang mula-mula nacha ambil aku tak pasti perasa apa tapi memang sedap. Daging sikit je sebab Nacha tak makan daging. Kita orang layan makan sampai rasa puas. Dah rasa semuanya sambil menghabiskan mana yang ada sebab sayanglah dah ambil tak rasa dah lah bayar mahal jadi kena rasa semuanya. Tapi yang kelakar tu bila dah hampir 2 jam layan makan kat Seoul Garden tu kita orang dah rasa kenyang sangat malahan rasa malam ni tak payah makan dah. Lepas tu aku tanya nak pergi Halal Fest juga ke? hehehehe masing-masing pun dah rasa kenyang dengan mata pun rasa nak mengantuk. Jadi akhirnya kita orang sepakat tak payah pergi Halal Fest sebab dah layan festival melantak makan. hahahahaha.
Rupa-rupanya kat Seoul garden tu tidak semestinya semua makanan korea seperti yang kami dah pergi dan makan kat Sweetree kat ampang tu. Kat sini walaupun macam stlye makan di korea masih ada rasa makanan malaysia. Jadi kalau tak biasa dengan makanan korea, kat Seoul garden ni masih boleh layan lah makanan malaysia. Macam Tomyam tu dah macam pi Thailand. Abc pun macam makan Abc kat melaka. Sushi macam pi jepun. Kimchi ada juga tapi nacha ambil sikit buat rasa. Kalau kat Sweetree tu pemiliknya memang orang korea dan memang makanannya yang di order semuanya makanan korea yang halal dan tekak kami masih boleh masuk. Tapi kat Seoul Garden emmm memang tak payah risau semuanya boleh layan.
Akhirnya Halal fest entah kemana kita orang pun entah kemana. Akhirnya dah kenyang kena cari jalan nak seberang ke sana. Rupanya kat bawah tu ada trowong yang menyambungkan Mines di kedua-dua jalan. Patutlah tak nampak rupanya melalui Hotel Heritage tu ada jalan short cut ke parking di sebelah sini.
Tu pun singgah juga kunun-kununnya nak naik cruise. Dulu aku naik Rm 10 masa baru-baru ianya wujud tapi lah ni dah mahal wei siap ada belah south dan north rupanya. emmmm zaman bila aku naik weiiii dah berkurun tu.
Bercruise sambil makan-makan pun ado
Hah tenguk tu Discovery Cruise dulu aku naik Rm 10 je. Lah ni dah Rm 27. Tapi kita orang dah plan nak naik yang wa wa splash Tour tu hah. Lain kali datang nak ajak geng ulat buku, datang awal makan lagi kat Seoul Garden lepas tu baru naik cruise. Depa semua meroyan bila tenguk gambar kat facebook masa kita orang melantak kat seoul garden selama 2 jam tu. hahahahaha Apa pun memang kelakor lah bila diingatkan sessi jalan-jalan cari makan ni. Apa pun memang konyang beb. Alhamdulillah.
wah,wah.........seronoknya dpt jln2 cari makan ye not...lagi seronok kalau ada geng yg sama2 suka makan. bagusla ko ni, semua tpt boleh redah. tabik kat ko..kata org banyak berjalan luas pemandangan......luaslah juga pengetahuan. Jadi kalau org ckp pasal tpt2 tu semua kita dah tau.. banyak makan pulak, banyakla juga kelebihannya..semua jenis makanan dah rasa, so tak de la jakun sgt kalau pegi tpt org, kan, kan...jeles aku!
ReplyDeletehahaha takdelah semuanya secara kebetulan je. Sebab masa tu macam teringin nak makan makanan korea, nak pergi kat ampang rasa macam jauh sangat, lepas tu nampak Seoul garden tu yang teruja nak makan. Selalunya kita orang ingat Seoul Garden kat Midvalley je sekali bila nampak ada rupanya kat Mines lagilah seronok sebab dekat.
ReplyDeleteMember-member aku Geng Ulat Buku ramai yang peminat Kpop kdrama jadi makanan dia pun depa suka tu yang rasa macam banyak geng.
Aku pun sebenarnya tak tahu sangat port makanan yang best-best tapi member aku Nacha rajin jenjalan cari makan jadi sedikit sebanyak ada dictionary gormet bergerak ni tahulah.
Kat melaka pun aku tenguk kat JJCM TV3 banyak tempat makan daripada yang asli melaka ke antarabangsa pun ado. Tak percaya tenguk JJCM kat Tv 3 tu hah. Cuma alamat je yang aku tak ingat.
Masa mula-mula makan kimchi memang le tekak tak leh terima tapi bila dah selalu suap, tekak pun jadi ala bisa tegal biasa. Jadi la ni dah boleh pulun la. Cuma bab makanan Mat Saleh ni je yg kadang aku kureng ataupun makanan Itali pun aku kureng macam spageti tu semua.
Masih lagi tekak org melayu malahan makanan Indonesia pun ada yang aku tak boleh masuk walaupun aku keturunan Jawa terutamanya masa pi Jogjakarta dulu. Hah kalau makanan Minang ok sikit sebab dia macam makanan nogori sembilan.
Seoul Garden..??? menarik.. kenapa saya tak tahu?? hahahaaa.. nanti boleh try nie..
ReplyDeleteSalam Kenal.. :D
Time Traveller... banyak cawangannya bukan hanya di Mines je... je cuba google mesti jumpa. Salam kenal juga
ReplyDeleteSelamat Hari Raya AidilAdha :D
ReplyDeleteInsyallah akan try google.. but mines pun dah dekat ngan rumah..