Lokasi 21( Parlimen Korea)
Setelah selesai kat lokasi KBS, kami singgah sebentar di Parlimen Korea. Walaupun hanya jenguk kat depan pintu pagar je tapi sempat lah juga bergambar dengan polis korea yang sedang berkawal di pintu pagar tu. Mana boleh sembarangan nak masuk ke dalam. Polis tu pun macam suka je posing dengan pelancong luar. Tak pasal-pasal glemer jap depa. hahaha.
Terblur lah pulak gambarnya.
Ni dah menyeberang jalan berlatarbelakangkan parlimen korea.
Lokasi 22 ( Yeouido park)
Lepas tu baru terus ke taman Yeouido... Sambil menikmati pemandangan taman yang cantik dengan daun-daun berguguran berbagai warna memang indah. Taman ni luas sebenarnya tapi kita orang cuma menyelusuri sebahagian je. Apa lagi dengan cuaca yang beransur nak malam dan tiupan angin sesekali membelai menambahkan kesejukan pula. Kat korea ni persekitarannya memang best cuma tak tahan bila angin bertiup huhuhu daging yang berlemak berketul-ketul pun boleh rasa dingin. Hahaha
Berjalan santai menikmati pemandangan. Daun-daun dah banyak berguguran.
Bunga masih ada lagi yang berbunga tapi taklah sebanyak musim bunga kan
Suasana malam semakin menghampiri
Di tengah padang terpacak bendera begitu megah berkibar.
Ni nacha dan anak daranya berposing. Orang pun ada posing juga ala-ala meniarap atas tanah tapi malu sih mahu di pamerkan. Ala gaya golek-golek bollywood gitu sebab daun yang gugur tu dah macam permaidani. Mana tak syioknya nak bergolek. hehehe
Pokok ni memang comei tu yang tak menahan tu.
Hamparan daunan nan berguguran. Best golek-golek bollywood ni. oo meree bubaaa. Huh tersampuk bollywood lah pulak.
Lokasi 23 ( 63 Building)
Selesai berjalan santai di Yeouido park kami pun di bawa ke Bangunan tertinggi ataupun 63 Square. Bangunan ni femes sebab ada lokasi cerita dalam My girl. Oppa Gong Chan menunggu heroin datang.
Kat bawah ada macam-macam tempat nak pergi juga tapi kita orang terus je naik lif untuk ke atas melihat pemandangan bandar korea.
Ni dalam lif berasak-asak dengan nazmi, kita orang punya ketua agent jenjalan.
Kat atas selain daripada dapat melihat pemandangan seoul terdapat juga pameran.
Sky tunnel ni bertukar-tukar warna tau.
Dah puas melayan pemandangan kat atas, terus turun untuk pi dinner. Sambil berjalan keluar pintu sempat lagi tu skodeng kedai roti, tenguk roti macam-macam jenis. Hahahaha dah penat, dinner belum makan lagi tu yang dah rasa lapor le tu. Terus ke Itaewon untuk mangan.
Ni dinner kitaorang. Dah kesejukan berjalan, layan lauk berkuah panas-panas macam ni memang sedap. Nama opss minta maaf targeliat nak cakap. hahahaha. dah kebulur hentam saje labuuu.
Ok sambung hari esoknya ke Everland 1 hari dari pagi sampai petang. Oooo yeee
mengimbau kenangan..pose2 maut atas padang..autumn memang best..
ReplyDeletekan... tinggal nak pergi time musim bunga pulak leh berdansa ala-ala bollywood di padang yang penuh dengan bunga-bungaan. Entah bila dapat di penuhi. Nak cuti asyik tak kena masanya je. huhuhu
ReplyDelete