Sunday, February 16, 2014

Petua mengurangkan penyakit DarahTinggi





Assalamualaikum,

Aduhaiii sejak semenjak ni memang stress je kerja. Nak siapkan report lagi. Nak tenguk data tally ke tidak. huhuhuhu memang terasa tension sangat. Member-member dah ramai yang join the club darah tinggi. Orang kalau boleh sedaya upaya tak nak terjebak sebab nanti terikat dengan makan pill darah tinggi seumur hidup. huhuhu seboleh-boleh kawal je perasaan tension ni dari sampai meletup. Kalau di fikirkan kerja banyak memang setiap awal tahun memang kerja banyak, nak siapkan report tahunan tapi masih boleh tahan lagi. Yang tak tahan tu asyik kena presure dari pegawai atasan je setiap hari tu yang tak tahan. Depa ingat kita ni robot ke nak je data terus siap. Kita ni manusia lah ada hati dan perasaan. Lambat je kena marah. Aduhaiiiii cubalah untuk memahami kerja staf bawahan ua tuan besar. Jangan ko fikir ko ada kuasa suka-suka hati je nak tekan orang bawahan. Ingat Kuasa ko besar sangat sehingga mengatasi kuasa Allah. Hah kan dah mula lah aku nak membebel ni.... aduhaiii

Oklah nak share untuk diri sendiri dan juga kengkawan semua. Apa pun sedang cuba mengawal perasaan dari pada meletup. huwaaaaaaa    


Petua Untuk Mengurangkan Penyakit Darah Tinggi

Pilihan 1: Ramas asam jawa dengan segelas air panas. Kemudian campurkan 1 sudu gula merah ke dalam air asam jawa. Minum sehari sekali.

Pilihan 2: Tumbuk secekak daun bunga raya hingga lumat. Bancuh dengan segelas air. Tapis dan minum setiap hari.

Pilihan 3: Campurkan isi kelapa muda dengan air limau nipis. Minum 2 kali sehari. Amalkan selalu.

Pilihan 4: Amalkan memakan belimbing besi setiap hari.

Pilihan 5: Minum air rebusan pokok ‘Hempedu Bumi Pokok Cerita’. Amalkan selalu.

Pilihan 6: Amalkan untuk meminum air rebusan daun Pokok ‘Ati-Ati’.

Pilihan 7: Makan biji buah Peria.

Pilihan 8: Amalkan untuk memakan pucuk Pokok Pala sebagai ulam.

Pilihan 9: Minum air rebusan pokok 'Dukung Anak'.

Pilihan 10: Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya.

Pilihan 11: Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan 2 gelas air. Biarkan hingga tinggal 1/2 gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang.

Pilihan 12: Makan 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, anda juga boleh merebusnya.

Pilihan 13: Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah 2 sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.

Pilihan 14: Ambil segenggam daun kucai dan basuh bersih. Seterusnya, masukkan ke dalam mesin bersama dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan. Mesin ramuan ini sehingga lumat atau hancur (jangan campur dengan air) bagi mendapatkan patinya sahaja. Masukkan ke dalam bekas mangkuk atau cawan. Selepas itu, anda embunkan sehingga pagi. Amalkan selama 3 hari.


Pss. ni aku ambil dari Info sihat wanita.

7 comments:

  1. pilihan saya no. 3 & 4..no. 1 pun boleh jg..nak yg best2 je..yg pahit tu lg mujarab sebenarnya..

    ReplyDelete
  2. Nieda alahaiiii panas2 ni dapat air kelapa sejuk huwaaaa sedapnya.


    Nohas, hah pilihan yang tak pahit sangat dan senang je. Betul tu yang pahit lagi mujarab tapi masalahnya tekak tak leh masuk.

    ReplyDelete
  3. banyak petua yg notie beri n mudah didapati disekitar kita cuma kena rajin mengamalkannya...kak dulu amal minum jus petawali yg pahit sgt tu...in sya Allah sampai harini ok..

    ReplyDelete
  4. wah sis jus petawali tu huh pahit tu. Pokoknya yang panjang menjalar ke?

    ReplyDelete
  5. salam kenal dan follow
    torascool(dot)blogspot(dot)com

    ReplyDelete