Assalamualaikum,
Alahaiiii pesta buku dah habis pun, aku baru nak update cerita. hehehe Orang lain dah habis dah belek novel aku baru nak mukadimah. Apa pun aku tetap seronok bila ke pesta buku. Suka dengan bau buku yang baru di keluar dari oven. Macam harum je bau kertas. hahaha macam tu sekali dia punya ketagih. Pesta kali ni start hari khamis 24hb, selalunya hari Jumaat rupanya tambahan 1 hari daripada tahun lepas yang hanya sempat sampai 9 hari je sebab dek pilihanraya. Oleh kerana hanya free Hari Sabtu je, apa lagi aku dan kaknoor pagi-pagi lagi dah berkampung kat LRT Bdr Tasik Selatan. Sebab selepas pesta buku tu kami ada projek ke jalan TAR. Pukul 9.30pagi dah sampai kat PWTC, jadi terus je menuju ke booth Karangkraf. Pagi ni penulis Anis Ayuni dan Puteri Andalas ada di booth dengan buku baru mereka.
Masih awal pagi jadi masih tak ramai orang. Kita orang cepat-cepat rembat buku yang dah kami listkan dan terus bayar. Nun di hujung tu booth para penulis untuk sessi tandatangan.
Kak Anis Ayuni dengan novel terbarunya Pandora buat Insyirah.. 50 pertama dapat oleh-oleh tau. Jauh dari Guilin.
Ni pula Kak Puteri Andalas, novel baru dia warna biru beb...Cinta di Blue Mountain, Australia.. saya suka saya suka.... hahahaha
Seronok melihat susunan novel pelbagai jenis.
Selepas tu kami menuju ke Idea kreatif pula. Kat Idea kreatif ni rembat pula novel Sarnia Yahya dan Hani Fazura. Hani Fazura ni dulu merupakan penulis Alaf. Sekarang dia buka penerbitan sendiri pula.
Semasa mencari booth Jemari Seni ternampak Penulis kak Aina Emir. Kak Aina ni walaupun jarang dapat berjumpa tapi tetap kenal dan ingat geng UB. Malahan sekarang dengan penampilan yang berbeza. Rahsianya ialah berzumba, dia dapat turunkan berat badan dalam 15 kilo. Fuyooo tabik spring-spring ni. Ini macam kena cari CD zumba lah ya 15 minit setiap pagi sebelum memulakan aktiviti lain. Itu petuanya.
Belakang booth Karnadya ada pula delegasi dari Arab. Set deko dia emmm memang gempak, rasa nak lepak-lepak je. Tenguk lah budak sekolah tu relaks je lepak berjemaah.
Berhenti di booth Jemari Seni, beli novel Naurah Iman, Ika Madera yang terkini sambil menitipkan mee Siput untuk Ika yang akan datang minggu depannya iaitu 3 dan 4 Mei. Ika Madera ni penulis dari Singapura. Tempat signature penulis gaya bagai di cafe, santai sambil menulis.
Semasa menunggu kak noor nampaklah buku ni. Almaklumlah masih lagi hangat dengan misteri kehilangan MH370 aku pun belilah. Nak baca apa-apa cerita lain yang berkaitan dengannya.
Lepas tu pi Booth Kaki Novel. Ni Penulis Rose Harissa, lama sungguh tak jumpa. Novel terbaru dia Guy Next Door dah beli awal dah, siap dapat tandabuku cun dari dia. Lama sungguh buku barunya dikeluarkan. Merajuk ke Rose. Apa pun novel Rose dari Alaf semuanya aku suka. Tulisan dia lain daripada penulis yang lain. Lepas tu Rose ni pandai lukis. Kalau dia lukis hero novelnya emm bila kita baca novelnya kita boleh bayangkan heronya macam seperti gambar yang dilukis tu. Jadi lebih penghayatanlah. hahahaha
Masa kat booth Kakinovel ni nyaris aku kehilangan kamera aku. Dah le kamera tu penting untuk misi-misi jenjalan aku, tiba-tiba bila seluk beg takde, seluk poket pun takde. Huwaaaa. Masa tu aku join kaknoor sembang dengan Nad staf kakinovel sambil menunggu Rose free untuk jumpa dia. Mengelabah aku bila tenguk kamera aku takde. Wah kat mane ni terjatuh. Balik semula kat booth sebelah yang aku jenguk sebelum aku pi ke booth Kakinovel. Lepas tu pusing balik kat tempat casier. Sekali kat bawah meja tu nampak le kamera biru aku. Alhamdulillah ada je dia terjelepuk kat kaki meja. Baru aku teringat, lepas beli buku tu aku kemas dan satukan buku dalam satu beg, lepas tu terus jumpa kaknoor. Agaknya masa tu aku letak atas lantai, lupa nak ambil balik. Apa pun syukur dia tak hilang kalau tak huwaaaaa kena beli baru, dah le duit nak guna buat misi jenjalan lepas tu.
Selesai kat booth Kakinovel, kita orang ke booth JS Adiwarna pula. Jumpa nawwir dan rembat Cowoknya Jawa Pacarnya Minang. Macam best je. Tu pun rembat 3 sebab nak beg free. Siap dapat sampul duit lagi.
Selesai kat booth JS Adiwarna kami pun beransur ke Jalan TAR, huhuhu berat juga beg. Ingatkan nak beli sikit je namun terjebak juga sampai sakit tangan dek bawa beg kiri dan kanan.
Ni hasil rembatan di Booth Kakinovel
Ni pula rembatan di Booth Karnadya
Ni pula oleh-oleh dari Kak Puteri Andalas... comel je kan kanggaru tu.
Oleh-oleh dari Guilin dari Kak Anis Ayuni
banyaknya beli novel...kakak saya pun beli novel Mungkinkah tu, dapat fridge magnet KN..
ReplyDelete*jom kita berzumba..hihi..
Nohas, hahaha kadang dalam hati nak beli sikit je tapi tergoda bila tenguk novel baru2 banyak hah tu dia... tu yang lepas tu penuh kiri kanan tangan.
ReplyDeleteJom jom jom kita berzumba.... zaz