Ciptaan tuhan begitu indahnya dan betapa besarnya Kekuasaan NYA. Hanya insan biasa yang tidak sempurna namun punya hati dan perasaan. Hanya saje suka-suka di samping sentiasa bersyukur dengan kurniaan NYA.
Sunday, August 3, 2014
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Assalamualaikum,
Dah hampir seminggu kita seronok berhariraya dan dah naik kerja pun, aku baru nak ucap Selamat Hari Raya. Alahaiii mood nak menulis sekarang memang ke laut sungguh. Apa lagi sejak memangku kerja baru huhuhu dengan penganti kerja lama belum ada... huhuhu memang agak pening... tapi sebenornya bulan puasa baru ni memang kureng le nak berceloteh... idea pun macam kering kontang je... hish hish ada lah pulak puasa jadi alasan... sebenornya tuan tanah kedawung ni yang mood ke longkang semedang je. Nak buat lagu mana idea nak menulis manjang je takdak idea. Selalu tu merapu meraban banyak pulak idea... hehehe
Tahun ni dah 2 kali sambut raya tanpa aruah mak...*sob sob sob* tu yang kadang rasa sedih je bila sambut Ramadan dan Syawal. Tapi alhamdulillah adik beradik ramai, kaum kerabat pun boleh tahan ramainya, hilang juga rasa sedih tapi sedih bila tabir Ramadan habis, sebelum takbir raya, bagaikan terbayang-bayang aruah mak dan bapa menjenguk kita orang yang sedang sibuk menyediakan juadah raya sebelum mereka kembali semula ke kubur. Al fatihah buat kedua orang tua ku dan juga sanak saudara yang telah kembali ke rahmatullah.
Sempena bulan yang mulia ni aku memohon 10 jari memohon ampun dan maaf andai ada tulisan aku yang menyentuh perasaan, tersinggung dan marah tanpa aku sedari. Maaf ya saya bukannya insan sempurna. Ada banyak kekhilafan dalam menerajui kehidupan namun sedang cuba untuk menjadi insan yang lebeh baik dalam apa juga yang di lakukan. Kosong-kosong ye.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam idilfitri notie maaf zahir batin...ingatan kita terhadap yg tersayang yg telah meninggalkan kita mengharukan perasaan kita setiap kali syawal menjelang..bersabarlah...alfatihah..
ReplyDeleteAlahaiiii ampun lambat balas salam aidil fitri akak... betul tu bila malam raya mesti tangkap syahdu... teringat Aruah ibu dan bapa.. Apa pun kehidupan kena diteruskan. Hanya doa dan fatihah sahaja yang dapat di doakan setiap kali solat. Terima kasih kak
ReplyDelete