Thursday, May 7, 2015

Buah-buahan sedang berputik


Assalamualaikum,

  Wah seronoknya cuti panjang hari Pekerja hari tu. Highway pun asyik jem je sebab ramai yang balik kampung disebabkan cuti yang bersambung-sambung. Aku pun balik juga lah petang Jumaat sebab Akak yang sulong buat kenduri sikit sesama adik-beradik. Gambar tak ambil sebab masa sampai rumahnya dah Magrib dan kebetulan blackout sepanjang jalan nak masuk ke rumah Akak kat Parit Sulong Batu Pahat. Tapi nak cerita ni adalah pokok buah-buahan rumah Aruah Mak kat kampung di Muar. Selesai majlis makan kat rumah akak, balik lah ke rumah mak. Dan pagi tu emm teruja nya tenguk pokok rambutan semuanya sedang berputik.  Nampak gayanya Hari raya nanti semuanya masak kut. Ala dah tinggal sebulan lebih je nak mula berpuasa. 

Suka bila tenguk Pokok pulasan banyak berbuah. yeh

Pokok rambutan gading ada, budak sekolah ada, gula batu ada. Emmm tak sabarnya menunggu masak.


Tapi yang menjadi kesukaan akak aku Nora ialah jambu Gelas sedang melebat berbuah. Ada 3 pokok yang sedang masak.

Ni kat belakang rumah, Melacak je jatuh apalagi kalau hujan memang cepat habis le tak sempat masak ranum.

Ni jambu Ball tapi buahnya tak menjadi sangat. Cuma ada yang ni je. Yang lain baru nak berputik.

Nilah jambu Gelas atau orang kata jambu susu lah. Kalau masak memang besar... ni dah jatuh berdebuk jadi terpecah sikit hujungnya.

Buah yang masak sedang merimbun dan nak jatuh tapi putik buah baru sedang berkembang. Maknanya yang ada tak habis lagi dia dah berputik semula. Kalau ikut agakkan aku yang sedang masak ni berputik raya cina hari tu dan mungkin agak-agak raya masak kut. Emm tapi kalau hujan je susahlah nak lekat putik buah tu.  


  Ni hasil kutipan akak aku. Dia tak tahan bila tenguk banyak sangat. Ada yang masih hijau dah jatuh sebab kena hujan. Sepagi tu dia kutip dan kopek dapatlah 2 balang bekas kuih buah jambu yang dah bersih dan di hiris dibuat jeruk. Memang sedap. Jadi sebelum balik KL sempat lah juga jolok buah yang dah agak tua untuk dibawa balik. Lepas tu adik Faizan pun ada balik juga. Dia terus cari tangga dan panjat petik buah yang dah agak putih. Sebab jiran kat taman dia sangat suka buah Jambu ni.   

Selain dari buah jambu rupanya buah asam epal pun banyak berbuah. Oleh kerana pokok tinggi akak aku tak sempat pun nak jolok. Dan kebetulan selepas je akak aku balik KL,  adik aku faizol yang di Batu Pahat pun balik. Huh apa lagi di goyangnya pokok asam epal ni. Yang tak tahan tu kerengga banyak.  
Ni hasil kutipan dibahagi sesiapa yang nak. 

Ni yang pokok sebelah parit pun banyak tapi buahnya banyak jatuh ke parit.


  Ni adik aku sedang memanjat. Ikutkan buah ni kalau masak baru jatuh tapi sebab minggu tu sahaja yang kami adik-beradik balik jadi terus je petik yang dah agak putih. Kiranya minggu ni jalah yang banyak kalau tunggu minggu depan mesti dah habis luruh. Kalau dah masak memang sedap terus di gigit tapi sebab ada yang masih kehijauan lebih sedap dibuat jeruk. Hiris nipis-nipis masuk dalam bekas, letak gula dan simpan dalam petisejuk.  Sedap wa cakap beb.Walah. Aku bawak ke pejabat, semua pun suka sebab dia orang kata susah nak dapat buah tersebut. Ada yang tak pernah jumpa pun. Yang Doktor Imam lagi best dia kata buah ni dia rasa masa dia kecik-kecik lagi. Wah macam tu sekali. 

Ni lah pokoknya memang besar. Buah Jambu gelas dan jambu ball ni sebenarnya adalah adik beradik speciesnya. Sebab pokok dan daunnya serta bunga putik semasa berkembang adalah sama. Yang membezakannya apabila dari putik dia membesar jadi apa. Samada jambu gelas atau jambu ball.  

 

19 comments:

  1. banyaknya hasil tuaian buah2an...jambu susu ni besar buahnya kalau msk ranum manis rasanya.

    ReplyDelete
  2. Salam Kak PI. Alhamdulillah... rezeki.. haah memang kalau betuk2 masak tak payah buat jeruk sedap je ngonges... mencecer air dia... hehehee

    ReplyDelete
  3. wahh..mewah buah2an segar dr ladang... bestnya... :)

    ReplyDelete
  4. Atie... alhamdulillah. rezeki...

    ReplyDelete
  5. singgah melawat di petang Selasa:)

    ReplyDelete
  6. sdpnye jambu susu..tgh mengidam nk mkn buah nii..ade musim lg x..kalau ade nk beli.. :)

    ReplyDelete
  7. Alisya... alahaiiii siannya. Dah habis dah. Musim dia tak dapat nak agak. Kalau dia nak berbuah.. hah berputik lah. Akak pula jarang dah balik kampung. Jadi kalau sesekali balik buah tu tengah berbuah lebat hah ada lah rezeki kadang dah licin pun.

    ReplyDelete
  8. yeke..alahaii..pyh nk cri skang buah ni..meleleh air liur la nmpknye..hehe..

    ReplyDelete
  9. Alisya duduk mana? Kalau area melaka bagilah nombor phone kalau akak balik kampung dan buah sedang berputik akak cuba call. Kalau ada rezekilah ya.

    ReplyDelete
  10. tq kak.. dok selangor..nnt kalau ade buah akak bgtau ye

    ReplyDelete
  11. Kak.saya mengidam nk jambu susu..skrg peknen 3 bln. Please klu ada musim saya nk skit jambu tu..beli pon takpe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. No tel saya. 0192798910.trima kasih

      Delete
    2. Alahaiiii siannya akak dengar. Insha Allah kalau balik dan ada buahnya akak akan cuba simpankan.

      Delete
  12. Saya tengah mengidam jambu susu... ada tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahaiii maaflah tak tahu sedang berbuah ke tidak. Krismas nanti abru nak balik kampung. Tinggallah no phone kat email akak notie.bakrian@gmail.com. Kalau ada nanti akak call. Kalau senyap maknay tak berbuah lah. Musim dia tak dapat agak.

      Delete
  13. salam,dah musim buah jambu susu ke,org rumah mengidam pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam encik joe.... pokok sedang berputik...tak pasti bila masaknya. Apa pun tinggal lah no phone nanti bila saya balik kampung bulan 3 cuti sekolah nanti saya tenguk. Duduk area mana?

      Delete
  14. salam.
    sy tgh mengidam buah ni. bole jual kt saya x?
    dh berbuah ke? 016 967 3760

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam. Ala hai kesiannya... akak tak jual buah ni tapi nanti akak cuba tanya akak yang kat kampung. Baru-baru ni balik sedang berputik tak pastilah dah masak ke belum. Nanti bila ada inshAllah akak cuba call ya. Sekarang ni asyik hujan je takut buah tak lekat.Mudahan ada rezeki.

      Delete