Assalamualaikum,
hai apa khabar... tenguk kaknoor Brunei pi berangan dan gembur balik gambar lama eh aku pun nak juga lah. hahahaha Kaknoor sori terikut pulak nak berangan jap. Jom gembur balik gambar lama. Ada 2- 3 trip aku tak up lagi dalam blog.
Entry surabaya nanti lah ya. Penat aku nak berceloteh. hehehe Kita up pulak cerita pi Brisbane. Ini masa aku pergi short course Kat Brisbane selama 2 minggu tahun 2008. Kali pertama pergi kerja selama 2 minggu nun kat obersea. Memang best dan satu pengalaman yang indah bagi aku. Selepas kelas seminggu bermula hari sabtu free kita orang pi carik Koala dan kanggaru. hah nampak atas tu... Aku peluk koala ko. hahahaha masa tu hujan jadi best je lah koala tu peluk aku. Asyik tidur je koala tu. Buka mata sikit lepas tu eh syiok je tidur atas body aku yang empuk nk hehehehe. Aku pun syiok juga peluk koala tu panas sikit hahaha.
Lepas tu pi cari kanggaro. hah suka dia makan atas tapak tangan aku. Ada satu gambar tu entah macamana aku tersnap. Rupanya dia tengah buat projek ko.
Hah nampak tak... hahahaha hujan hujan pun jadi ye. Sori lah kita orang kacau.
Geramnya tenguk bulu biri-biri ni. Rasa nak ramas-ramas je tapi nanti aiyakkkk bau kambing ko.
Ni lah tempat kita orang pergi ngendap kanggaro dan peluk koala.
Masa ni kat tempat parking University ada lah pulak ko benda alah ni. apa lagi le tumpang posing je. Nasib baik tuannya tak nampak.
Sessi lawatan sambil belajar ke Jabatan Perangkaan. Tenguk macamana data diaorang collect.
Ni lah kudap-kudapan masa time minum pagi dan petang semasa time kelas. Manis-manis ko tapi sedap. Buah-buahannya pun besar-besar.
Ni masa lepas habis kelas pi merayau kat bandar Brisbane.
Pelajar-pelajar yang mengikuti short course bersama kami. Ada dari India, afrika, thailand, filipina, Indonesia. Yang di tengah tu teacher kami.
Sempat jengah night market dia.
Sebelum balik malaysia pi jengah Movie world dan Seaworld.
Dalam movieworld, tak berani naik rides dia, terjebak naik scobbydo ride pun rasa nak terkeluar jantung aku so dah taubat ya, tumpang tenguk member je layan rides yang banyak dalam tu.
Ni kat seaworld. Best tenguk ikan, dan haiwan yang berkaitanlah. hahaha
Hah jambatan tu ada aktiviti naik atas nun tau. Sebab bila cari apa yang best kat Brisbane dia tunjukkanlah aktiviti naik jambatan. huhuhu gayat aku tapi dalam hati teringin. Berangan je lah yo bayangkan kat atas jambatan bosi tu sambil melambai-lambai.... yeh aku dah sampai atas...lepas tu eh eh tali terputus lah pulak... eh eh aku nak jatuh lah tiba-tiba berdebuk jatuh eh rupanya jatuh dari atas katil, mimpi ko. Nasib baik le tak basah jatuh atas kolam air ke kang naya je.. hahahahaha
wah ke brisbane pula notie menimba ilmu sambil jalan2 best tu..
ReplyDeletemacam biskut raya
ReplyDeleteSis PI.. rezeki Allah beri dapat peluang ke Brisbane. Alhamdulillah kak.
ReplyDeleteNieda.. haah kan cookies dia macam biskut raya... macam-macam bentuk ada tapi manis lah.
wahh Ciktie dah sampai ke Brisbane.. seronok dpt bermanja dgn koala tu..haha..
ReplyDeleteohh aktiviti kt sana ramai yg naik jambatan tu ker? klu sy pun idak lah mau naik..gayatt cheq... siap jatuh katill tu mimpi... hahaha
SS ada gambo kamgaroo tengah dot dot dot... Keh keh keh...
ReplyDeleteAtie.. rezeki yang tidak di sangka-sangka. Alhamdulillah.
ReplyDeleteSs... amboiii ss meh le tayang tang mana dot dot dot nya.
assalamualaikum notie
ReplyDeletesorrry lmbt kaknoor singgah sini rupanya nak flash back jugak ya, eh sama lah kaknoor pun pernah jugak ke brisbane tahun 2013 dan sempt jugak melawat kanggarรฒo dan kaola nnt kaknoor buat entry brisbane best kan entry verangan2 ni
Waalaikumusalam kaknoor... wah jemput masuk meh kita berangan-angan lagi... free je tak kena bayar. sesekali buat entry berangan-angan best juga.
ReplyDeletewahh..jinaknya kanggaru tu, makan di tapak tangan...bestkan berkursus di oversea, sambil2 tu boleh jalan2 makan angin..yg paling penting $$$ tak banyak keluar..
ReplyDeleteSS takot kangaroo... Kang di lompat atas badan... Ahaksss...
ReplyDeleteNohas... mula-mula tu takut le juga tapi bila nampak dia jinak eh serononya. Rezeki yang Allah beri memang tak sangka dapat berpeluang berkursus ke oversea. Hahaha tang $$$ tu keluar untuk oleh-oleh je.
ReplyDeleteSS hahaha kanggaro lompat kita ... kita lompat atas dia... boleh? hahaha
Nape Kak Notie tak nonggek kat motor besau tu? Kalu tak mesti posing dah macam Erra Fazira... Ha Ha Ha...
ReplyDeletehi sis ☺
ReplyDeleteI'm newbie and please support me
hv a nice day~♥~
smartiesmoo.blogsport.kr
hi sis ☺
ReplyDeleteI'm newbie and please support me
hv a nice day~♥~
smartiesmoo.blogsport.kr
utglah . kata org sambil menyelam sambil minum air . dapat gak pegang koala ... kanggaru itu ... hahahaaa
ReplyDeleteSs kalau akak nonggek kat motor tu huh tak boleh carik makan le Erra fazira ko...
ReplyDeleteAmy Jung have a nice day to u to.
Qaseh .. alhamdulillah rezeki Allah beri dapat lah juga kejor kanggaru dan peluk koala.
Akkkkaaaaak Notie !! oh noooo.. akak hug Koala ??? im so jelly !!
ReplyDeleteim so gonna go to Australia again !! nak hug Koala jugak.. T.T
Siti... pi le. Best woo hug koala... enak banget.. hahahaha. Tapi dia suka ngorok jo lah... adeh.. nak gomol-gomol pun takut
ReplyDelete