Tuesday, May 24, 2016

Konvensyen Rekod Perubatan Hari 3


Assalamualaikum,

Cerita hari semalam boleh jenguk di Sini 

Hari ini sambung lagi konvensyen ya. Hari ini juga adalah hari perasmian. Jadi sebelum datang dalam email peserta jemputan di maklumkan kena pakai baju batik warna merah ataupun order Batik yang khas untuk konvensyen ni dengan Tuan jualnya dari Kelantan. Alahaiiiii tak sempat dah nak order dan buat,  jadi pi le selak-selak kain opsss selak kain dalam almari lah ye... kut ada baju batik warna merah. Sekali rupanya ado walaupun sipi-sipi merah hah boleh lah. Nanti takde lah jadi warga orang asing pulak pakai baju warna lain. 




Pagi tu sebelum upacara perasmian dengar ceramah pasal casemix. Planning yang akan datang dimana nanti semua hospital akan menggunakan casemix. Jadi semua hospital kena bersedia bila casemix akan dijalankan di tempat mereka. Dan banyak input baru berkenaan casemix yang dapat aku ketahui.

Amboiiii Ivy tersenyum manis. Ni delegasi dari Sarawak.


Sedang menunggu Dr Azman masuk ke dalam dewan untuk acara perasmian.


Tu dia Datuk Dr Azman berjalan masuk dengan di iringi oleh pihak urusetia.


Pang pung pang pung majlis pun dirasmikan. hehehehehe  Maka dengan rasminya konvensyen Rekod Perubatan kali ke 2 dirasmikan. Setelah selesai acara perasmian maka beramai-ramai lah kami keluar dewan untuk bergambar beramai-ramai. 

Setelah selesai acara bergambar, semua peserta masuk ke dewan semula untuk mendengar ceramah yang seterusnya. Lepas ni boss aku bagi ceramah. Semalam dah datang, sempat pulak melihat Hospital Langkawi ditemani dengan opismate aku. Fuh siap ada dayang pengiring gitu. erkkk.

Selesai ceramah boss aku, diadakan acara sessi soal jawab bersama Datuk Dr Azman. Masa ni banyak isu-isu pasal masalah di Jabatan Rekod Perubatan di kemukakan. Pasal perjawatan lah, pasal sistem casemix lah, pasal sistem SMRP lah, pasal kekurangan kakitangan yang begitu meruncing lah, Pasal Doktor yang bermasalah dok kat Rekod buat koding lah dan macam-macam lagi isu. Masa ni lah segala permasalahan dikemukakan supaya pihak Kementerian dapat menjawap segala kemuskilan yang timbul. 

Masa isu sistem SMRP, tiba-tiba aku tenguk boss aku dah takde. Haittttt mana pulak tu. Belum lagi habis majlis. Rupanya kata member aku yang jadi urusetia, Boss aku balik cepat sebab Pak Mertua sakit. Tu yang tukar flight daripada petang jadi pukul 2. Oooo tinggal lah pengiring dia balik lambat.         


Macam biasa pukul 1 makan tengahari. Kali ini dia buka lebih pulak kawasannya. Hah nampak cantik kan. Siap ada gantungan pokok bunga dalam bekas kelapa.

Ni delegasi dari Hospital Kuala Lumpur dengan Hospital Sultanah Aminah. Amboiiiiiii tayang pinggan besar tu nak makan.

Petang tu sambung lagi konvensyen. Selesai acara petang apa lagi semua pun pi berjalan. Kesian kat KAk Jue belum pi shopping lagi apa lagi lah temankan dia pi Idaman Suri.

 
Posing dulu sementara menunggu van nak pi jenjalan.

Masa masuk Idaman suri wah ada bekas air baru lah. Cantik. Ingatkan kaca rupanya plastik je tapi bersinar-sinar ko. Warna purple tu cun. 

Kak Jue hah ko sekali dapat jalan kat Idaman Suri memborong pingggan mangkuk dengan periuk presure cooker. Lama ko menunggu dia shoppping. Dok tenguk sana tenguk sini. Aku dah tutup buku untuk shopping. Tinggal menunggu malam ni nak mengemas. Entah muat entah tidak beg baju. hehehehe.  

Kebetulan pulak anak lelaki dia pun ada kursus kat langkawi. Datang bawa anak dan isteri. Sempat lah menunggu anak Kak jue datang menolong bawa barang. Berkenalan dengan cucunya yang begitu keletah. 


Malam ni pula kita orang buat malam special. Jadi makan malam kat Dewan. Ada acara atas pentas dengan cabutan nombor bertuah.

Bersama member dari Kedah.

Ni dari Hospital Sultanah Bahiyah. Ex opismate yang dah berpindah ke Hospital Sultanah Bahiyah.

Acara bermula dengan makan-makan dulu. 

Lepas dah kenyang kita berhibur lah pula ya.

Ni dari negeri Sabah. Tema malam tu adalah zaman 60puluhan. Yeh retro beb.

Sambil makan sambil melihat persembahan pentas. Selepas persembahan cabutan no bertuah.


Ni campur-campur entah negeri mana lupa pulak . Tapi best sebab Kandeepan jadi Shah Rukh Khan joget lagu Hindustan. Yeahhhh bollywood beb.  Seronok tenguk bila Si kang kononnya jadi Kajol lah pulak. 


Ni dari negeri Kedah. Joget lambak gitu.


Alhamdulillah. Mula-mula meja kami tiada naik nombor bertuah. Sekali bila dah start seorang dapat hah sekali nombor aku pun naik. Yeahhh. Set teko yang aku aim dari negeri Sembilan dah ada orang lain dapat. Aku dapat bekas kaca boleh buat kuih bakar. Emm buat kuih pun boleh ni. hehehehe


Akhir sekali daripada Ibu pejabat membuat persembahan. Cheh masing-masing dengan spek hitamnya. Kita orang nyanyi Bila Larut malam.... tara kuca tara kuca tara kuca. Apa lagi gelek beb. 



           Pakai spek hitam kan jadi tak nampak orang,  apa lagi gelek sambil twist gitu. hentam saje labu.

Majlis habis agak lambat juga tapi semua happy. Dapat makan, dapat hadiah semua pun seronok. Ada juga hadiah untuk best male and female yang mengikut tema majlis. Apa pun seronok dapat berjumpa. Tak lupa juga jemputan akak-akak senior yang dah pencen. Meja depan khas untuk mereka dan juga di jemput menerima cenderahati dari pihak Kesatuan. Haiiii seronok tenguk akak-akak yang baru pencen. Berseri-seri muka maklumlah dah tak stress dengan kerja. Macam Kak yus baru ja pencen bulan 3, dan baru ja balik dari berjalan ke Jepun. Huh seronoknya. Rasa macam nak pencen awal je lah. Hahahahaha

Tapi bila balik bilik hah terus je keluarkan barang hasil tuaian. Pusing sana pusing sini. Keluar barang tu masuk barang ni. Hah akhirnya dapat juga aku sumbat semua barang. Tinggal baju besok aku ketepikan. Baju busyuk dah masuk beg Pack.  Ok siap semua besok dah nak balik. Yeahhh.





12 comments:

  1. Perghhhh hijauuuunya karpet tu... he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha Dah amcam carpet rumput je kan. Boleh tu nak golek-golek

      Delete
  2. Nombor berapa yg bertuah tu? mana taw esok boleh beli magnum... he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak nampak tu ada nombor 7. Aikrim magnum nak lerrrrrrr

      Delete
  3. kita nampak kak notie tgh gelek lahh..bukan main lagi ehhh heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha kononnya bertwist bagai tapi pinggang bukan makin ramping makin mengembang je.... hohohoho

      Delete
  4. nampak nya kalau nak set teko tu kena g cari sendiri lah yek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah set teko hadiah cabutan tu dapat kat meja sebelah.... huhuhu jeling jeling jelah. Tapi tetap syukur dapat hadiah juga.

      Delete
  5. MERIAH MAJLIS PENUTUPNYA..HAPPY NOTIE BERGELEK TARA KUCA2 MCM aLLAHYARHARMA BIDUANITA SALOMA..BERBAKAT TU.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboiiiii kak Allahyarham Saloma pinggang bak kerengga kak... ni dah macam tong drum kak.

      Delete