Assalamualaikum,
Wah tahun baru dah 2 minggu menjelma.... aku baru nak up cerita. Almaklumle tahun ni start sistem baru satu malaysia. Sebulan sebelum start tahun 2017, dah sibuk dengan training dan user registration....huhuhu poning kepalo. Lepas tu bila dah tahun baru dah start gunakan sistem baru lagi poning kepalo.... aduhaiiiiii. Itu tak boleh ini tak boleh, itu salah ini salah. huhuhuhu deringan talipon bertali arus... aku juga kena jawab. Orang yang handle ketiga-tiganya cuti. Yang tak ada anak pun bercuti sama....huh tension aku. Melalak juga hari tu sebab dah tension sangat. Kesabaran dah tahap nak meletup dah.
Oklah kita up soroton tahun 2016 lah ya. Tahun 2016 tak banyak jenjalan. Ada takde pun sempat lah pi Desa Balqis santai trip ke melaka dengan geng UB. Lepas tu pi Padang Besar naik ETS sambil jalan sambil cari makan. Seronok pi Padang besar tu. Rasa nak pi lagi lah. Lepas tu pi Brunai lagi majlis perkahwinan anak saudara. Majlis di pihak perempuan pada bulan 11 dan selang 2 minggu lepas tu majlis pihak lelaki pula di Tangkak. Alhamdulillah kiranya itu penutup aktiviti keluarga yang berlangsung dengan gilang gemilangnya. Berkat kerjasama semua pihak , majlis berjalan dengan lancarnya. Lepas tu penutup tahun baru ada cuti 3 hari balik Muor pula sessi membersihkan rumah. Rumah di serang keluarga Mak Menti yang nak cari sarang untuk anak-anaknya. hehehehe Mek Menti tau apa.... ala tikus hutan lah. Cari rumah baru siap bawa anak-anak dia nyorok balik almari bilik Aruah mak aku.
Kak Jal letak racun keliling rumah.... hah bergelimpangan lah mana yang termakan tu. Jadi balik tu sessi membersihkan rumah dari Mak Menti. hehehehehe camtulah kalau rumah dah macam kena tinggal. Jadi bila sesekali balik memang kena basuh semua peralatan memasak takut kena kencing Mak Menti.
Sorotan tahun 2016
Demam Isteri Tuan Ihsan di Astro semasa pesta buku 1 Malaysia di PWTC.
Bersama Kak Mon dan Ryn, keluarga Brunai yang aku kenali sejak tahun 2005 yang bermula dari blog terus berjumpa di pesta buku PWTC dan seterusnya ukhwah kami berpanjangan. InsAllah. Di Majlis perkahwinan anak saudara aku di Brunai.
Tapai pulut untuk tetamu semasa majlis menyambut menantu di Tangkak
Buat lopes. Lopes style jawa makan cecah serunding kelapa.
Bunga telur buat tetamu.
Tahun 2017 bermula je emmm sistem baru punya banyak masalah huh poning. emmm maleh lah nak cerita bab kerja. Kalau cerita nanti lagi tension aku. Ok tahun ni nak pi mana ya? Tengok jepun best, tenguk jeju musim bunga pun best. Lepas tu tenguk jogja pun best eh lombok pun best. Sekali tenguk ada rakan blogger tu pi malang....huhuhu tenguk buah epal bergantungan lagi aku geram rasa dan dan tu juga nak pi Surabaya malang. Bromo tu memang nak pi lagi sebab yang dulu tak puas hati. Biarlah orang kata aiii dah pergi nak pergi lagi, pergilah tempat lain pula. Tapi impian teragung aku nak pi Mekah mengunjungi Kaabah buat Haji dan umrah itu lah impian aku dari dulu kini dan selamanya. Mudah-mudahan Allah memperkenankan impian aku. InsyAllah. Aamiin.
Tapai pulut tu.... Aduhhhh... merecikkk!
ReplyDeleteMasukkan dalam cendul makan panas-panas wuuuu walah beb
DeleteInsyallah... Semoga jejak mekah... SS kena tunggu umo 46 tahun.... huk huk hukk
ReplyDeleteKena cari mahram cepat tu.... Insya Allah kita semua dapat pergi. Aamiin
Delete46 x perlu mahram... insyallah...
Deletewah sudang merancang untuk travel pada tahun ni ya
ReplyDeleteala kak buat list je dulu lepas tu baru tenguk budget ke cuti ke apa ke. hehehehe berangan je dulu. Mana tahu ada rezeki
Deleteseronok dah plan nak pi travel..IQ nak kena tengok kewangan dulu baru dapat prgi travel
ReplyDeleteala IQ berangan je dulu. Lepas tu tenguk keadaan. Apa pun tabung gajah sentiasa kena on. hehehehe
DeleteAmiin..semoga tercapai impian ke Mekah, buat haji & umrah..
ReplyDeleteaamiin.... semuga Allah makbulkan doa nohas
Deleteammvoiii., rombongan cik kiah tuuu., ;p
ReplyDeleteamboi amboi amboiiii wak.... hehehehe cik kiah juga yang dapat nama
Deleteaamiin..semoga tercapai hajat...
ReplyDeleteSalam singgah dari bunda.
Aamin. Terima kasih doanya Bunda.
Deletetak pernah makan lopes macam tu.
ReplyDeleteJawa gersik yang ajor kita orang makan lopes ni. Sodapppp
Delete