Ok kita cerita kisah perjalanan semasa nak pergi ya. Kembara Umrah Sdn Berhad ni banyak cawangannya dan yang kami ambil pakage ni disebabkan pejabatnya di JB jadilah nama Kembara Umrah JDT. Jadi kebanyakan pesertanya ramai dari JB dan ada dari area Batu Pahat, Kluang. Para peserta yang datang dari JB disediakan bas dimana ianya bertolak daripada JB pada pukul 1.30 pagi di Plaza Angsana. Lepas tu banyak juga pit stop yang bas berhenti untuk mengambil para peserta umrah yang lain.
Kak Nong pada mulanya nak transit daripada rumah julie dan naik Erl ke KLIA tapi tak jadi. Terus je lepas subuh baru bertolak ke KLIA. Manakala rombongan Kak Ijah di Parit Sulong pula bertolak pukul 4 pagi ke KLIA. Manakala aku dan Kak Jal mulanya nak naik Erl ke KLIA tapi Hafiz dan Hisham nak hantar ke airport jadi 2 kereta bertolak pukul 8 pagi . Kita orang kena ada kat KLIA pukul 9 pagi. Flight pukul 1.05 petang.
Sampai je kat KLIA terus cari Kak Ijah dan Kak Nong. Rupanya depa terus je daftar dengan admin Kembara Umrah JDT untuk dapatkan nametag, serta serahkan bagasi. Yang aku dan kak Jal tercari-cari depa yang masa tu sedang sedap pi sarapan. Tenguk gambar dalam washap kat old town Cafe bila kita orang pergi ke situ di suruh jumpa admin Kembara Umrah JDT. Rupanya Admin Kembara Umrah JDT dok dekat dengan tempat lif. Jenuh le aku sorong tarik bag akhirnya dapatlah jumpa dengan Ain petugas Kembara Umrah JDT. Bila dah serah bagasi terus cari yang lain.
Ada masa lepak lagi sebab ada taklimat pada pukul 10.30 pagi. Barule aku boleh whasap dengan Sue NB dan Rin yang datang ke KLIA khas nak hantar aku. Kita orang pun lepak lah kat Old Town Cafe pi sarapan dulu.
Hah nampak aku punya menu. Oleh kerana batuk aku masih tak baik lagi dah 2 minggu jadi pekena lah air lemon tea panas-panas. Tapi tak boleh tahan bila tenguk ada telur separuh masak....hah apa lagi orderlah.
Dapat makan telur separuh masak sampai 2 biji dah beri aku tenaga....chewahhh. Risau juga ni sebab batuk tak baik-baik. Dah jumpa Doktor, dah habis ubat , antibiotik pun dah habis, ubat batuk dah berbotol-botol. Tak rasi yang ini cuba yang itu. Dah macam-macam petua aku cuba, masih tak baik-baik juga. Hanya dapat berdoa sahaja semuga batuk ini sembuh masa di Madinah. Mudah-mudahan berkat minum air zam-zam ianya sembuh. Aamiin.
Petugas Kembara Umrah menyusun bagasi peserta. Tak payah susah-susah ke kaunter check in. Serah je beg lepas tu tunggu untuk tiket flight dan pasport. Pasal beg ni pun jadi isu. Masa perjumpaan akhir di JB kami di beri 3 beg. 1 beg bagasi, 1 beg tarik dan 1 beg sling. Masa aku tenguk beg bagasi tu rasa cuak je sebab macam kecil. Rasa macam nak tukar beg aku yang besar sikit yang aku guna masa pi UK dulu. Lagi pun naik Mas boleh dapat free 30 kilo. Sekali bila tanya dalam whasap group umrah katanya tak boleh. Nasib baik aku tak ikut degil aku bawa beg lain. Rupanya beg yang seragam memudahkan pihak TA menyusun beg peserta. Kalau tercicir jauh sikit boleh tau hah tu beg geng kita. Cuma nak membezakan dengan yang lain ikat lah reben ke, tag ke supaya kita kenal beg sendiri. Kalau tak jenuh le belek sana belek sini cari nama.
Sekeluarga sama-sama buat umrah dengan membawa mak dan ayah serta anak-anak.
Sedang sedap bersembang dan makan...tiba-tiba nampak group yang ramai sedang baca doa. Eh group aku ke? Rupanya masa sampai di KLIA, aku nampak group dari Indonesia dengan pelbagai warna baju ala boria dengan beg pelbagai warna yang sama. Ramai sungguh rupanya group yang akan menunaikan umrah selain daripada group aku. Nampak hujung satu satu group warna lain lepas tu belah sini 1 group warna lain. Ramai pulak orang Indonesia nak pergi Umrah. Kenapa pulak naik dari KLIA. Rupanya mereka transit di KLIA. Malahan kapal terbang yang kami akan naiki khas hantar jemaah umrah ke Madinah sahaja. Naik Airbus A380 tau...tiba-tiba aku teringat novel Evelyn Rose 13 jam A380. Dek kerana baca novel tu aku pun teruja bila kata naik Airbus A380. Macam best je. Kapal terbang 2 tingkat ko. Jakun sungguh lah tenguk kapalterbang 2 tingkat lah, bas 2 tingkat lah padahal pemandunya 1 je. hehehehe
Dengar ada orang dah baca doa, aku pun cepat-cepat habiskan sarapan, Rin yang belanja aku, pergilah group yang sedang baca doa tu. Tapi aku pelik apasal beg tarik dia lain warna, kita orang punya warna hijau, lepas tu aku cari adik beradik aku, sorang pun takde. Eh ni bukan group aku, melilau le cari... alahaiiii jangan tinggal daku ... ke sana ke sini, sekali rupanya belah kiri Old Town tu dekat dengan Menara Tinjau depa berkumpul. Aduhaiiii ingatkan dah kena tinggal...huhuhuhu padahal masa terbang lama lagi beb....aku yang gabra...bila tercicir dari adik beradik aku. Ayoyo ama.
Rupanya yang baca doa tu kumpulan lain. Malahan group kami yang dah duduk kat situ pun kena halau ke tempat lain. Dan tempat yang kosong ialah sebelah kiri Old Town. Bila nampak mereka semua huh lega....carik balik Rin dan Sue yang aku tinggalkan tadi....hehehehe
Group kami lah yang paling ramai mendaftar bersama kembara Umrah JDT seramai 16 orang. Semuanya ada kaitan saudara kecuali seorang rakan kenalan adik Kak Endon. Aku yang seronok sebab dapat berumrah bersama Kak Ijah, Kak Jal dan Kak Nong. Dah booking 1 bilik.
Sebelah kanan tu lah tempat menara tinjau. Boleh tenguk kapal terbang naik ke turun. Didalamnya memang klasik sungguh lukisan wall dia. Dah macam pergi kedai lama-lama zaman dolu-dolu.
Tenguk tu Mee Bandung Muor pun ada. Klasik sungguh lukisan di wall dia.
Selesai taklimat bacaan doa pun dibacakan. Sedih dan sayu dengar doa Ustaz Tuan Syed...yalah kan nak ke Tanah Suci Mekah...nak tinggalkan family...macam-macam perasaan masa ni. Semuga Allah mempermudahkan perjalanan kami.
Sebahagian keluarga yang menghantar serta jemaah yang akan mengerjakan umrah.
Ni jemaah dari Indonesia yang berjalan meninjau Menara Tinjau. Ada macam-macam warna dan patern baju depa. Cantik pulak bila ramai-ramai pakai sedondon.
Sebelum sessi taklimat dan doa, kami diberi pasport dan tiket kapalterbang. Jadi bila dah selesai taklimat dan doa semua pun bersalam-salaman dengan keluarga yang menghantar. Seterusnya kami pun beramai-ramai menuju tempat pelepasan antarabangsa sambil membalas lambaian saudara-mara yang menghantar. Part ni aku cepat-cepat jalan sebab nanti kalau lama-lama mahu banjir airport dibuatnya. Tu pun mata dah masuk habuk....huhuhuhu. Time ni sedih nak meninggalkan keluarga tapi gembira sebab menjadi tetamu Allah.
Tenguk tu kapal terbang kami sudah menunggu. Memang aku jakun ni nak naik kapalterbang 2 tingkat padahal sama je. hehehehe ni teruja sebab dah baca novel Evelyn Rose le ni... aje....
Alhamdulillah, kak...seronok dpt buat umrah sesama adik-beradik, saudara-mara...
ReplyDeletelepas ni pi haji pulak..in shaa Allah..
Ya nohas...seronok sangat..masih teringat-teringat kejadian manis semasa di sana. Mudahan Allah beri umur yang panjang agar dapat menunaikan ibadah Haji pula. Aamiin.
DeleteWAH DH BALIK UMRAH YA NOTIE ALHAMDULILLAH
ReplyDeleteAlhamdulillah sis Paridah......seronok sangat. Mudahan Allah beri rezeki umur, tenaga, wang ringgit agar dapat berkunjung lagi. Kalau boleh macam nak pergi tiap-tiap tahun. Aamiiin.
Deletekita nampak telor masak separuh tu dulu. Memang sedap. Tu wajib bagi kakmon setiap pagi bila di rumah :D
ReplyDeleteWah kak mon bestnya. Saya memang suka telur separuh masak tu tapi tak pandai nak buat. Kalau buat samada masih mentah atau terus dah masak....huhuhuhu tak bestlah. Dia yang best tu cair-cair macam atas tu. Fuh setiap pagi 2 biji memang bagi tenaga tu....fuyoooo
Delete