Tuesday, November 20, 2018

Yeh jejak kaki di jeju akhirnya


Kebun lalang pun boleh buat posing ko. hehehehe 


Assalamualaikum,

Anyeong heseyo.....chewah...tergeliat lidah nak menyebut. Sikit punya lama nak penuhi impian ke jeju akhirnya dapat juga jejak ke Jeju padahal dah berjaman kata nak ke jeju lah, nak ke jeju lah tapi tak jejak-jejak kaki juga. 


Akhirnya bila tenguk blog  Cik CT yang menaip wah tak boleh jadi ni. Hati tak boleh tahan bila tenguk cantiknya pemandangannya, yang buat teruja tu bila tenguk ladang oren wahhhh lagi lah tak leh tahan. Sebelum ni aku dok usha je FB Jeju Muslim Tour.  Tenguk gambar-gambar dia emm memang hati tertarik ko memang debum lah Sakinah. Kak chik pun kadang selalu highlight kan kat Facebook dia bila dia pergi menjenguk anak dia kat jeju. Sakinah ni merupakan anak senior aku masa sekolah dahulu sewaktu aku satu dorm dengan Kak chik. Masa reunion dulu pernah jumpa Sakinah tapi masa tu dia belum study kat Jeju lagi.

Dek godaan Siti yang menaip dalam blognya aku pun terus berwhasap booking tarikh dan terus bayar deposit. Bagus nya JMT ni sebab dia buat pembayaran sikit-sikit. Jadi kalau tabung gajah tak cukup boleh budget bulan ni berapa nak buat bayaran. Dan akhirnya tada...... 1hb Nov hingga 5 Nov 2018 aku jejak tapak kaki aku kat Jeju Island.

Yeh jeju aku datang.....hahahahaha jakun sungguh aku kan....padahal orang lain dah berjaman pergi....aku juga lah ketinggalan ETS. Takpe lah kita bukan orang kaya yang boleh tiap tahun pi travel.....kita kayuh sikit demi sikit penuhkan tabung gajah. Apa pun syukur Ya Allah beri rezeki diatas segalanya.   


Ni gambar belas ihsan dari ahli  jemaah group. Pakai handphone mahal beb gambor pun cun. Tapi bagus Dr Fauziah ni. Tak lokek nak pose pakai phone dia. Walaupun pertama kali jumpa, mula-mula semuanya senyap je tapi bila sampai part daun berwarna- warni semuanya terus wawawawawa sampaikan tourist guide kita dah memang namanya wawa pun tersengeh je sebab kita orang dok sebut nama dia. Dek kerana semua teruja  melihat pemandangan cantik. hehehehehe 


Macam-macam gaya posing.....hahahaha si kumbang se ekor pun layan je lah semua yang dah gedik sebab dek daun warna-warni ni. Aduhaiiiiiiii



Banyak sebenarnya gambar dalam phone tapi belum dapat keluarkan. Jadi ni aku selitkan dulu yang dapat dalam group whasap. Entah bila nak berceloteh asyik malas tahap gaban je aku kan. Insya Allah nanti aku cuba juga cerita  mana yang aku terdaya lah. Manjang ja ayat aku macam tu kan. Bertabahlah pengunjung setia blog aku ni. Tuan tanah kedaung ni asyik manjang je kelaut bila nak berceloteh. Tapi bila tenguk gambar cantik hati menderu-deru nak berceloteh. Jadi sabar ya semua. Cerita banyak sungguh yang tak habis cerita. Sikit sana sikit situ hadap je lah ya. hehehehehe


                                            Posing dalam lalang pun jadilah ya. hahahahaha

Boleh dikatakan pulau Jeju ni pantai dan persekitarannya  memang cantik. Kalau pergi musim bunga emmm dapat pi yang ada bunga canola merata-rata emmmm mesti lagi cun kan. Bila aku tayang gambar pada geng....wah semua pun teruja nak pergi Jeju. Kali ni kita orang rancang nak pergi musim bunga pulak. Bila emmmm kita berangan dulu ya. Kalau Allah beri rezeki insya Allah sampailah. Berangan kan tak keluar duit. OK chau chin chau.  Tayang sikit dulu gambo ya. hehehehe








34 comments:

  1. WAH CANTIKNYA DAUN2 WARNAWARNI SEMUA KAT JEJU YA

    ReplyDelete
  2. Cantiknya .. saya pun belum pernah sampai ke sana lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom Pak Ngah....saya nak repeat balik ni....tak puas rasanya

      Delete
  3. Dah jejak Jeju ye.... Alhamdulillah! Seronoknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok amir rasa nak pergi lagi sebab banyak tempat lagi boleh jelajah

      Delete
  4. Allahuakbar tangerine tu.. kurrrrr semangat. Lepas ni nak kena buat tabung JEJU pulak xoxo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom kak Mon lepas ni suruh makcik raja buat rombongan cik kiah mencari limau hallabong plak

      Delete
  5. Replies
    1. Kalau gandum boleh terus tuai wak buat tepung

      Delete
  6. woww dlm dendiam pegi jeju..jelesnya...itew lom sampai sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eleh dia tu dendiam ja zoom sana zoom sini bikin orang jeles tahap gaban

      Delete
  7. tggi betul pokok lalang tu..pokok lalang Jeju lawo...leh la posing gitew..ce tgk pokok lalang kat Msia..org marah lagi ado..menyemak jo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawasan lalang tu besar tapi cantik nampak ja rendah sekali masuk tengelam tak nampak orang

      Delete
  8. akhirnya impian jadi kenyataan eh...JM lom jejak Jeju..nak pegi juga nanti in shaa Allah tp jenjala cuti mata kat blog kak Notie lue

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi hangpa be round 1 pulau Dengan sewa kereta lagi berbalui2

      Delete
  9. berapa harga pakej utk tempoh 1-5 Nov tu kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula2 Rm2999 tapi lepas tu dapat diskaun rm200 jadi rm2799 all in

      Delete
  10. aduhh..tgk gambar2 ni Jay Emm lak jadi tak sabo

    ReplyDelete
  11. Ladang tengerine...masuk ladang ni kena bayo tak? ke kalau petik baru kena bayo..ehh byk plak soalan..cepat sambung..JM ni kalau story pasal travel mmg minat sgt nak follow hhihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala lupa Tanya. Dah teruja dibawa kebun limau semua pun lupa.

      Delete
  12. sorry kak notie..JM ni kurang jenjalan kat blog..tapi bila dah start baca n komen..x leh komen sikit hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jm tu kuat bom komen tapi takpe no hal punya

      Delete
  13. ehee rasa kena seru disini. seronok kan ? cantik2 gambar kak..
    daun2 tu lawa. haih mengundang rasa nak pegi jalan kesana lagi. tapi tamo Jeju da.
    cukup sekali kot oo kalo pegi lagi sehari dua ja hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe memang menyeru ct comel. Bila belek gambar rasa nak terobang jeju lagi

      Delete