Wednesday, May 22, 2019

Jeju 2018 - Hari ke 4 Bhg 6 (Yongmeori Coast)




Assalamualaikum,

  Dah kenyang lunch jom sambung lagi tempat lain. Kali ni pergi tepi pantai lagi. Jeju ni tepi pantai dia memang banyak je tarikannya. Macam-macam bentuk mukabuminya yang kita dapat jumpa dan tenguk. Kali ni ke Yongmeori Coast pula. Di tempat parking dia yang luas sebelum masuk ke tepi laut ada theme park. Tapi kita orang lalu je lah.


          Ada merry go around. Tapi tak tahu lah pulak kenapa masa ni dia tak berjalan. Ke tak ada budak-budak nak naik...emmm padahal ramai je yang datang menziarah. hehehehe





      Gunung sanbangsan nun di sana. Kalau musim bunga memang cantik sebab banyak bunga canola di sekeliling kawasan ini. Memang cun lah.


    Menyusuri tepian melihat rekabentuk tebing yang beranika corak.



         Ada laluan pejalan kaki di tepi tebing. Jadi ikut je laluan tersebut.






        Laluan tersebut tidak rata. Jadi slow-slow jalan. Nampak juga ahjuma menjual makanan lautnya.



    Tenguk tu sotong hidup-hidup lagi. Macam sotong kurita je. Tapi bila meliang liuk tu emm geli pulak tenguk.hehehe maklumle fresh dari laut. Patutle kalau orang lembut dikata macam sotong.


                                      Pasangan suami isteri yang ideal.


          Tebing tinggi yang bercorak-corak. SubhanaAllah ciptaan tuhan. Macamana ya boleh jadi macam tu.



  Hah tenguk tu tinggi rendah tinggi rendah permukaan tebing, manalah aku tak seriau nak jalan. Takut terkucil je masuk laut. hehehehe imaginasi aku ni tinggi bebenor padahal ramai je orang yang lalu.




     Aku sampai kat sini je. Melihat keadaan jalan yang tidak rata  buat aku cuak. Maklumlah kaki yang sakit nak jalan dengan keadaan yang tidak rata takut terpeleot pulaknya. Orang lain semua laju je jalan, dah tak nampak bayang mereka. Aku masih lagi terhegeh-hegeh kat sini. Jadi ambil keputusan balik semula ke pangkal jalan. hehehehe. Takut jalan dan laluan yang di hadapan lebih mencabar jadi aku pun mengundur diri. hehehehe 




            Seronok pulak tenguk ahjuma-ahjuma piknik kat tepi tebing. Rasa nak join sama je. hehehe






 Bila tenguk gambar ni emm memang jauh juga perjalanan mengelilingi tebing. Nasib baik surender lebih awal. Kalau tak entah-entah aku yang last sampai.

          Ada replika kapal. Agaknya ni kapal lanun zaman dulu-dulu kut yang digunakan. hehehehe. aku ni main hentam saje lah, nak baca dia history dia  tulis bahasa korea da...... Naik kang aku kena culik pulak...hehehehe


      Ada banyak juga kedai menjual pelbagai macam dan jenis jualan di sebelah luar sebelum sampai parking. Macam biasa tak sah kalau tak nampak patung hitam ni. Mana-mana kat jeju mesti ada. Kalau tak silap kata wawa ia macam ikon penjaga pulau Jeju. Itu ikut kepercayaan orang jeju lah.


 Geram ja tenguk buah limau dia. Sebakul tu besar-besar pulak tu. emmm Mesti manis kan. emm telan air liur je tenguk.


                  Ada juga jual air kelapa laut. Bila minum rasa bagai di Hawai pulak. hehe berangan je.


      Lepas kedai souvenir slow-slow jalan menyelusuri jalan ni. Suka tenguk pokok-pokok di tepi ni.





           Eh ada kapal selam juga ke. Musykil ni. Nak tanya wawa...tak nampak bayang. eh Zati lagi le tak nampak muka.


Tu dia naik kapal viking..... tapi tak ramai orang naik.  Berayun le dia sendiri.  Lama juga aku slow-slow sambil duduk menunggu yang lain.

Akhirnya nampak bayang mereka sorang-sorang. Kata Dr dia jumpa bunga canola baru berkembang tapi tak banyak le. Tu lah aku pun teringat sakinah ada bergambar hamparan bunga canola dengan latar belakang gunung Sanbang. Agaknya masa musim bunga mesti penuh bunga canola di kawasan ni.

Bila semua dah ada, perjalanan pun di teruskan ke tempat lain lagi.




6 comments:

  1. ahjuma tu jual kupang,sotong kurita hidup..depa suruh makan mentah2...Yongmeori Coast cantik semulajadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hish tak tertelan nak makan mentah macam tu. Ciptaan Tuhan begitu indahnya.

      Delete
  2. Replies
    1. Ni sikit je sis...kalau keliling dari mula sampai akhir laluannya lagi banyak gambar sis. Ni sebab surender awal tu yang sikit je.

      Delete
  3. kenapa x beli limau tu...5000 won?? mcm mahal kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah ek napa pulak tak beli. 1 bekas banyak tu dalam Rm18. emm mahal kut.

      Delete