Friday, January 3, 2020

Selamat tinggal 2019 dan selamat datang 2020




Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur Allah masih memanjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik dan dapat juga menikmati kedatangan tahun 2020.   Dulu-dulu sibuk dengan wawasan 2020. Tak sangka pula akhirnya 2020 hadir.  Siapa yang lahir tahun 70an dan 80an memang selalu di pasak dengan wawasan 2020.  Wawasan untuk malaysia menjadi negara maju.  Apa pun semuga Malaysia aman sentosa dijauhi dari segala musibah dan rakyatnya bersatu hati menghadapi apa jua ombak dan ranjau kehidupan. Amiin. 

Tahun ni apa cerita? Apa perancangan dan harapan bila masuk tahun 2020 ni ya. Hah aku siap dah tepek lagi kalendar tahun 2020 ni supaya senang nak ambil cuti dan senang nak JJCM dan senang nak target melancung kemana.  Cuti sekolah pun ado cuti-cuti pun ado.  Set je tarikh mana yang sesuai. 

Tahun lepas cuma dapat pergi ke Kashmir je. Tapi banyak juga aktiviti JJCM dan sessi bertemu makan-makan kat Alamanda. Orang kata nak awet muda kena selalu keluar dengan teman wanita.  Asyik sibuk je dengan rutin seharian bersama keluarga tersayang. Sesekali kena enjoy menikmati kehidupan. Jadi itulah yang aku dan geng selalu praktikkan. hehehehe. Alhamdulillah syukur atas nikmat yang Allah beri.  Syukur juga dapat jalan bersama kakak-kakak tersayang.

Apa pun buat semua, aku doakan semuga Allah limpahi keberkatan dan rahmati kehidupan kita semua. Aamiin. Semuga Allah mempermudahkan segala urusan dan kehidupan kita. Aamiin.

Cayang uolsss semua. muah muah muah 1000 kali. 





14 comments:

  1. amiin..selamat tahun baru 2020..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru nohas....semuga Allah mempermudahkan urusan kita. Aamiin

      Delete
  2. Selamat tahun baru kak. Semoga terus ceria dan bahagia di samping keluarga dan rakan2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru juga buat Sal. Semuga tahun 2020 membawa kebahagiaan buat sal. Aamiin

      Delete
  3. salam 2020 notie.. wawasan Brunei 2035 masih jauh lagi.. harap kita sempat melihat wawasan 2035 Brunei tercapai dengan gemilang. Dan moga rakyat Malaysia aman damai <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah orang brunei datang menjenguk. Insya Allah semuga wawasan 2035 Brunei tercapai. Aamiin doanya. Semuga Allah makbulkan. Aamiin

      Delete
  4. selamat tahun baru 2020 cik notie tuuhh..

    semua org nk awet muda.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha amboiiiii wak. Ikut petua aruah penyanyi nasier wahab selalu ambil air sembahyang...jernih je muka. Selamat tahun baru wak tapi kita tetap jadi orang lama huhuhu.

      Delete
  5. Happy new year.. even dah masuk minggu ke dua ye..
    tahun lepas langsung tak ke mana2.. so tahun ni dah je Hatyai minggu lepas.
    kembang kepak i rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sekali tak cop pasport tak sah kan rasanya. hehehehe selamat tahun baru. Kita pun rasa nak repeat lagi pi hadyai....syiok le syurga makanan.

      Delete
  6. alhamdulillah. masa memang cepat sangat berlalu.
    salam tahun baru.. semoga kita sentiasa sihat dimurahkan rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Allah masih panjangkan usia kita. Aamiin begitu juga untuk ct dan famili.

      Delete
  7. masih sempat rasanya nak ucapkan selamat tahun baru 2020 untuk akak... Semoga tahun 2020 membawa 1000 kenangan bahagia buat akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah bulan berapa yang.... masih boleh je nak ucapkan selamat tahun 2020 semuga bumi Malaysia tetap aman damai sejahtera. Yang penting duit ringgit naik ekonomi naik. hahahahaha

      Delete