Wednesday, April 29, 2020

Terkonang semasa dolu sambut Ramadan


Assalamualaikum,

Apa khabar semua. Semalam dah start PKP Fasa ke 4. Jadual kerja baru naik jadi aku kena kerja 2 hari untuk minggu ini. Tapi dalam bulan mei ni ada 3 hari cuti iaitu Cuti Hari Pekerja, cuti Wesak dan cuti Nuzul Ouran. Banyak cuti pun sejak PKP ni rasadah bercuti walaupun kerja kat rumah. 

Ok lah.... kita masih dalam bulan ramadan ni tiba tiba terkonang semasa dulu lah pulak. haiiiii  Dolu-dolu zaman belum ada peti esbok merasa lah air batu bersalut dengan serbuk kayu. Ni zaman 70an masa tu kecik lagi jadi memori tu ingat-ingat lupa. Tapi ingat lah Aruah bapak bawa bungkusan surat khabar kat belakang basikalnya. Yang kita orang pelik napa ada air berceceran. Sekali bila di buka rupanya air batu ketul. Nak tahan lama salut dengan serbuk kayu lepas tu di balut dengan kertas surat khabar. Unik kan. Sekarang dah tak jumpa dah beli air batu macam tu sebab masing-masing ada peti sejuk sendiri untu buat air batu sendiri. 


Budak -budak kan seronok lah bila tenguk ada air batu.  Air batu tu kami ketuk jadikan kecil-kecil air batu . Lepas tu aruah mak aku pulak buat cendul sendiri. Ada gula merah buat air gula. Santan pulak petik kelapa depan rumah hah parut sendiri untuk di jadikan santan. Lepas tu semua bergabung jadilah  menu berbuka kami cendul ais... masa tu dah rasa sedap sangat.  Bukannya selalu dapat makan sedap macam tu.  Tapi kami tak ada mesin buat hancurkan air batu tu. Kalau ada emmmm lagi best. Ala mesin yang orang jual cendul tepi jalan tu. Air batu seketul macam tu sesuai lah buat ais lagi best buat ais kepal. emmmm terbayang-bayang je. hehehehehe



Hah macam tu lah rupanya air batu yang di jual.  di gergaji lepas tu salut serbuk kayu dan di bungkus dengan kertas surat khabar. Murah je masa tu 10 sen ke 20 sen tak ingat dah.


Sebelum masuk Ramadan selalunya Aruah mak lah yang paling sibuk sekali. Dia akan buat persediaan membuat telur masin sendiri.  Hah satu balang pasu dia buat. Beli telur itik dan letak garam didalamnya. Masukkan juga air. Lepas tu sorok kan bawah pangkin. hehehe   Telur asin ni adalah juadah kami bersahur setiap pagi. 

Jadi selalunya setiap pagi untuk sahur, menu kami adalah ringkas je. Telur masin yang telah di rebus lawan dengan sambal udang kering dengan sayur bening samada kentang atau kobis yang ada soohoon di dalamnya. Kadang sedap sikit ada lauk ikan. Ikan masak kicap atau masak taucu. Kalau tak ada ikan goreng telur pun sodap. 

Sambal udang kering tu senang je buatnya. Udang kering di rendam. lepas tu tumbuk dengan lada merah. Kalau nak pedas lada lebihkan lah. Hah tu je. Lepas tu dalam pinggan perahkan air limau nipis lawan dengan ulam timun. perghhhhh sedap sekali. hehehehe Masa tu walaupun hidangan simple tapi nikmat dan keberkatan sahur tu begitu terasa. Lauk ayam dapat makan masa raya je. Tu pun guna ayam bela sendiri. 

Kalau nak makan ayam hah kejor lah ayam keliling rumah. Dapat tangkap bagi aruah bapak sembelih.  Lepas tu aruah mak aku sedia kan periuk air panas untuk rendam ayam yang nak di masak tu untuk lembutkan bulu ayam. Hah lepas tu bergotong royong membersihkan bulu ayam sampai togel. Memori mencabut bulu ayam tu memang seronok. Cabut bulu ayam di balik-balik banir pokok kat tepi parit. Nanti kalau lambat sangat cabut bulu ayam maklum le budak-budak buat kerja sambil main-main.....hah apa lagi kena leter le.  

Bila dah tua-tua ni teringat aruah mak dan aruah bapak. Al fatihah buat kedua orang tua aku. Kata orang tua-tua masa bulan Ramadan lah roh mereka balik menjenguk anak-anaknya. Betul ke tidak wallahualam. 

Selamat berpuasa semua.

26 comments:

  1. Alfatihah buat arwah parents kak Notie. Seronok baca pengalaman orang dulu2 berpuasa. Orang tua dulu walau x sekolah tinggi tau konsep sains macam balut ais dengan serbuk kayu supaya lambat cair n proses buat telur asin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sal. Ala sesekali terkonang semasa dulu lah pulak. hehehehe. Orang dulu kreatif dengan cara mereka sendiri.

      Delete
  2. Assalamualaikum. Singgah sini.
    Seronok baca pengalaman saudari dengan arwah ibu ayah masa kecil waktu puasa.
    Moga arwah ibu dan ayah dicucuri rahmat. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. Terima kasih singgah maaf lah bulan puasa tak boleh nak keluarkan kuih muih. hehehehe

      Delete
  3. nostalgia sangat kan kenangan menyambut ramadan zaman dulu..wahh baru tahu air batu disalut serbuk kayu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenangan zaman dolu-dolu tak sama dengan sekarang. Walaupun serba kekurangan kami bahagia dengan apa yang Allah kurniakan.

      Delete
  4. telur masin tuuu layan kot buat naik selera makan..
    sedap tapi saya makan yang kuning ja eheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telur masin tu buat pemangkin semangat nak makan pagi-pagi sahur. Samalah kita suka yang warna kuning...berebut-rebut bila makan.

      Delete
  5. MENGIMBAU KENANGAN LALU MENGALIR AIR MATA KAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengenang zaman dulu sis. Bila rindu terbayang-bayang orang yang kita sayang yang telah tiada.

      Delete
  6. memori masa kecik2 dulu sangat dirindukan. oh telur masin tu saya pasti akan tinggalkan yang putih dia. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memori yang hanya boleh di kenang dan tak mungkin berulang semula. Eh kita gang lah

      Delete
  7. salam ramadan n alfatihah utk arwah2 yg terdahulu., aminn

    ReplyDelete
  8. Zaman remaja Bunda dalam tahun 70an.. Bunda mersa banyak benda diera itu. Dapur minyak tanah, lampu gasoline, penyagat kelapa yg sekeping tajam2 tu. Kukur kelapa..dan macam2 lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah banyak tu benda nostalgia. Terkonang semasa dolu

      Delete
  9. menarik air batu zaman2 dulu tu kan? baru tahu tentangnya.

    ReplyDelete
  10. Zaman serba kekurangan semuanya itu memori silam

    ReplyDelete
  11. SELAMAT HARI RAYA!! Bagus entry ini.. done follow u, follow me back.. tq
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya acuyuhan. Terima kasih singgah.

      Delete
  12. Replies
    1. Terkonang semasa dolu le katakan. hehehehe

      Delete
  13. Watch Bade Achhe Lagte Hain Season 2 All New Episodes Online in High Quality Videos, Bade Achhe Lagte Hain 2 Latest Complete Episodes and Free Download.

    badeachhelagtehain2.com

    ReplyDelete