Assalamualaikum
Hari Ahad semalam pagi-pagi lagi dah cari sarapan kat area Taman Melur. Sekali tenguk cuaca cantik jadi slow -slow le jalan keliling kawasan tersebut. Sekali bila tenguk taman permainan yang berhampiran wah banyaknya pokok bunga Tecoma berbunga. Terus je seberang jalan sambil menikmati keindahan bunga tersebut yang sedang mekar di sana sini. Awan pun mencorakkan langit dengan begitu indah sekali
Hamparan bunga bagaikan pemaidani indahnya. Melankolik lah pulak aku hehehe
Cantik kan corak awan di langit tu.
Deretan pokok berbunga lebat begitu cantik hamparan nya.
Nampak lah pulak rumah di taman tersebut pokok limau ko...tanah secoit pun dia boleh hidup
Suka melihat awan yang menghiasi dada langit yang membiru
Suka yang warna merah sebab dari jauh dah melambai-lambai
Cuci -cuci mata ya
Musim bunga..cantik suasana bila pokok Tecoma berbunga..
ReplyDeleteKan rasanya merata-rata pokok bunga ni berkembang. Bestnya kalau sepanjang highway di tanam pokok ni. Jadi bila semua berkembang wah dah rasa macam pi korea je hehehehe
DeleteIndahnya pemandangan :)
ReplyDeleteAgaknya musim panas jadi semua tecoma berkembang merata dari perlis sehingga ke johor.
Deletemeriah mekar tecoma cantik suasana
ReplyDeleteMencantikkan suasana kan sis bila semua berkembang. Bila berguguran cantik hamparan bawahnya
DeleteSakura Malaysia hahaha >.<
ReplyDeletejadilah berangan kunun dah sampai Jepun. hehehe
DeleteUit.. Cuaca cerah ye. Rumah saya hujan selebatnya. Habis luruh bunga sakura.hehe. layan bunga camni mesti teringat masa gi oversea kan.kan
ReplyDeleteAitt area mana tu. Kat ampang cerah bebenor cuaca. Tu lah belum sampai jepun berangan le dulu konon santai di bawah pohon sakura. Musim ala-ala cheery blosom ni rasa kat tanah air sendiri le dulu ya.
DeleteHaha. Saya confuse hari. Hujan lebat pagi Ahad, bukan pagi Isnin. Aduh ting tong
Deleteeh yang akak up ni pun pagi ahad lah yang oiiii. Cuaca cerah bebenor
DeleteTengok ting tong lagi. Hujan lebat pagi isnin la. Baru saya ingat pagi tu duduk depan pc sbb wfh
DeleteMemang cantik bunga² dari pokok ni. Dengar cerita pokok ni berbunga 2 tahun sekali.. kan?
ReplyDeleteKalau banyak dan berderet memang cantik. eh ya ka. Selalunya bila musim panas berdentum hah sat lagi berkembang le dia. entah bila dia berputik tenguk2 dah mekar berkembang
Deletebunga sakura jatuh beguguran.. rasa nyaman je tgk langit membiru
ReplyDeletelangit terang memang cantik warna biru
Deletetengok gambar2 ni ada vibe2 di luar negara.. cantikkk dengan awan membiru tu tambah lawa..
ReplyDeleteRasa macam kat obersea je kan. Dengan bunga dengan awan.
DeleteArtikel ni bagus, dapat banyak info. Terima kasih! :D
ReplyDelete- Perkhidmatan Seo
- Servis Seo Malaysia