Assalamualaikum,
Dah lama tak buat masak-masak kat pejabat kan. Jadi hari ini sebelum nak menyambut ramadan besok kita buat tom yam ya. Kali ni idea nak buat tomyam ialah Matron siew. Chief datang dari Siam sebab memang Matron ada darah kacukan siam, jadi bahan-bahan masak memang siam mari lah ya. hehehehe
Tenguk tu satu periuk dia masak.
Mula-mula buat tomyam ayam sebab ada kawan tak makan seafood. Dapat satu periuk layan dengan meehoon dan mee kuning. Tenguk dia punya rencah....ada macam-macam jenis rupanya. Kalau aku senang je rempah tomyam buh takde lah bubuh sos ikan lah sos lada lah....patutlah sedap sebab bahannya macam-macam.
Hah penuh meja. Tengah prepare nak masak.
Rewang di dapur memang best. Tapi tak semeriah macam dulu masa hanis ada. Kalau tak lagi gempak.
Ni bahan-bahan untuk sea food pula. Udang dan sotong.
Apa lah cerita tu sampai tangan terangkat-angkat. Makcik bawang sedang bergosip
Tu dia satu mangkuk besar tomyam ayam. Panas-panas masak, makan memang sodap.
Jemput makan semua.
Sebelum kita menyambut ramadan esok aku memohon maaf jika ada terkasar bahasa. Selamat menyambut Ramadan buat semua. Semuga Allah menerima amal jariah dan ibadah kita di bulan yang mulia ini. Semuga kita di pertemukan dengan Lailaturqadar. Aamiin Semuga kita dapat pulang berhari raya di kampung. Nyah ko virus Covid 19 daripada muka bumi ini. Aamiin.
Muah muah muah buat semua.
perghh..sedapnya tomyam..
ReplyDeleteamiin2 utk doanya..selamat menyambut bulan Ramadhan..malam ni kita start tarawih..
selamat menyambut Ramadan mudahan allah terima amal ibadah kita semua. Aamiin
Deletesalam Ramadan al-mubarak dapnya tomyam
ReplyDeleteselamat menyambut Ramadan sis. Semuga Allah mempermudahkan urusan Sis
DeleteBaca ni on first day puasa, hanya mampu telan liur. Selamat berpuasa kak notie
ReplyDeleteAlahaiiiiii sori lah hehehehe selamat berpuasa sal
DeleteHahaha. Xpe, ini semua cobaan
Deletesalam ramadhan kareem cikkak notie tuuh.. 😅
ReplyDeleteSalam ramadan wak lat. Hati-hati di jalan raya. Njalok ngapuro seng akeh akeh yo wak.
Deletewaduh2 mbakyu ngomong jerman kok pinter banget.. 😅
DeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteSedap betul tomyam siam style ni.... Ss suka tomyam putih... apa pun, done follow sini. #96
Waalaikumusalam. Memang sodap sebab bahannya pun pelbagai. Terima kasih datang ke teratak buruk hamba.
DeleteKebanyakan makanan Siam memang tak tinggal sos ikam. Alamak! Teringat Hatyai yang meriah dengan macam-macam makanan tu.
ReplyDeleteHaah kan wajib ada sos ikan tu. Alaaa amie buat teringat je makanan kat hadyai.
DeleteTernampak gambar Tomyam, teringat semalam berbuka, isteri buat tomyam
ReplyDeleteMesti sedap tu air tangan isteri. selamat berpuasa
Deletekat office memang selalu kan buat makan2.. haaa ni masak terus siap kat situ..
ReplyDeletenanti pas raya pulak mesti ada jugak makan2..
Sesekali siti dah jemu makanan kat cafe buat masak-masak simple pun dah best bila makan beramai-ramai.
DeleteSedapnyer tom yam
ReplyDeleteSedap boleh buat untuk berbuka nanti
Delete