Assalamualaikum,
Alkisahnya kes ini sebenarnya masa raya hari tu tapi baru hari ini dapat cerita betapa berharganya pembaca blog amie....hehehehe macam nak puji melambung-lambung je kan aku ni...padahal sebenarnya nak ucapkan terima kasih daun keladi buat Amie yang begitu bermurah hati berbagi-bagi rezeki dengan pembaca blognya. Aku ni kadang ober je kan tapi sebenarnya aku sayang kawan-kawan maya yang tak kenal tapi macam saudara gitu. cheh cheh cheh.....mudahan Allah temukan kami di alam realiti Insya Allah.
Siapa dapat duit raya mesti seronok kan. Apa lagi bila dah tua-tua ni selalunya kita yang bagi pada budak-budak atau anak-anak duit raya tapi tiba-tiba dapat berita kita sendiri yang dapat duit raya yahoooo ya beda bedu...hehehehe rasa nak lompat bintang gitu tapi eh ko ni dah tua dah macam budak-budak pulak nak terlompat lompat gembira....hah nampak tak macamana nak ceritakan betapa seronoknya dan gembiranya dapat duit raya.....hehehehe over nau aku ni hehe
Alkisahnya masa raya hari tu bila dah start cuti raya aku tak berkesempatan nak tenguk blog sebab line tenet slow walaupun PKP sambutlah raya seadanya tapi bila dah bdr ni kenalah hadap line slow atau tidak. Jadi aku tak tahu pun kalau aku dapat rezeki di bulan syawal. Jadi bila naik kerja lepas cuti raya barulah aku nampak Amie kata dia bagi duit raya. Barulah aku jawap dan email pada dia.
Oh lupa aku dapat duit raya sebab jadi pengomen bertuah bulan April. Dan bila dah dapat balasan akhirnya dapat lah duit raya sebagai pengomen bertuah daripada blog Amie. Alhamdulillah mudahan murah rezeki yang Amie bagi-bagikan kepada pengunjung blog dia. Ya Allah limpahkan lah rezeki yang melimpah ruah buat cikgu Amie. Aamiin
Aku suka pergi rumah dia sebab macam-macam resepi masakan yang unik dan jarang kita dengar dan rasa. Bestnya lah kalau berjiran dengan Amie di Lahad Datu nun ....napa aku cakap macam tu sebab bila dia masak sedap-sedap boleh lah aku ni jadi ahli mesyuarat tingkap ni pi mengendeng masakan dia. hahaha Dah dia hidang pun cantik dekonya, masakannya pun nampak sedap je tau. Selalu aku telan air liur dan kadang-kadang boleh ngences tau tenguk masakan dia yang sedap-sedap. Hah kalau rajin boleh lah cuba masakan dia. Aku ni tak pandai masak tapi suka tenguk orang lain masak. Jadi siapa yang tak pandai masak boleh lah menuntut ilmu masakan Amie yang tidak kedekut dengan ilmu memasaknya.
Jadi sesiapa boleh lah terjah blog Amie. Macam-macam ado tau. Kisah masakan dan resepi, kisah anak-anak dia, kisah travel dia, kisah ikan-ikan yang macam-macam jenis dan macam-macam lagi lah. Jangan segan-segan pi je rumah Amie. Jom jom jom jom heboh heboh..
Kalau dah namanya rezeki tenet slow pun akhirnya sampai juga ke tangan tuannya heheheee.
ReplyDeleteWah! Analogi sampai nak lompat bintang nak ceritakan keseronokan itu memang begitulah 'normal' kalau dapat sesuatu yang menggembirakan. Terima kasih sudi terima dengan ikhlas pemberian kecil dari sahabat maya. Mudah-mudahan sampai jodoh kita bertemu juga.
hahaha kita memang ober sikit padahal isu nya sikit je tapi disebabkan dah tua-tua orang tak pernah bagi duit raya tu yang seronok sakan. Apa pun teima kasih lah ya amie. Insya Allah ada jodhoh kita nanti
DeleteALHAMDULILLAH TAHNIAH..SETUJU DGN NOTIE..AMIE BLOGGER YG SANGAT MENGHARGAI UKHUWAH SESAMA BLOGGER MOGA TAMBAH MURAH REZKI AMIE N KITA SEMUA
ReplyDeleteKan sis... semuga silaturahim kita berpanjangan dan Allah makbulkan doa Sis PI
DeleteAlhamdulillah, tahniah...moga murah rezeki Amie & famili..
ReplyDeleteTerima kasih. Mudahan murah rezeki amie. Aamiin
DeleteWah.. Dapat duit raya walaupun dah habis raya. Hihi. Tahniah, rezeki
ReplyDeleteTu lah rezeki hari raya. Terima kasih sal
DeleteAlhamdulillah.. Rezeki duit raya.. seronok kan dapat duit raya.. hehehe
ReplyDeleteTahniah..
Thanks sha. Rezeki Allah beri melalui Amie
Delete