Thursday, September 2, 2021

Hari ke 10 photo challenge - Mount Bromo

 


 Today is Day 10 of my travel photos challenge.

I was nominated by my dearest friend Hida Hadi Hussin to post one travel photo for 10 consecutive days with no explanation needed.
That is 10 days, 10 photos to go with zero explaination.
Today I would like to nominate my dearest friend Ra Ya Nun to take up this travel photo challenge without any explanation.at Mount Bromo, East Java Province

Assalamualaikum,

Hah terobek aku dah sampai hari ke 10 dah.  Kali ni melihat keindahan di Gunung Bromo pulak. SubhanaAllah  begitu indahnya ciptaan Allah. 



Kat Bromo ni masa sampai malam jadi tak nampak lagi keindahannya. Jadi pagi subuh sapii lagi kami dah bangun sebab nak naik ke Gunung menunggu matahari terbit gitu kaedahnya. Tapi kami tak pergi ke tempat yang biasa di hantar tapi kat Bukit cinta namanya. Kat sini pun cantik dan tak ramai sangat orang tapi nak naik ke atas tu punya lah gelap jalannya. Dah le Mas Eko tu tak bagi tahu apa pandai-pandai le kita orang naik ke atas. Rupanya ada tukang bawa dengan lampu terang menyala barulah kami nampak jalan naik ke atas bukit. Tapi kena bayar lah bukan free ya. Gitu lah kaedahnya orang disana mencari duit.


    Suasana pagi Ya Allah cantiknya dan kebetulan masa tu kabus banyak bagaikan kapas melitupi kawasan.  Gunung Batok depannya dan Bromo belakangnya. Tapi aku memang kagum dengan kecantikan yang sedang kami saksikan. 


            Bergambar bersama rakan travel diatas Bukit Cinta...sepatutnya 6 orang tapi seorang lagi masa tu tak sesuai untuk memanjat Bukit. Jadi Nacha dok lah kat dalam jeep menunggu kita orang habis posing dan habis melihat keindahan ciptaan Tuhan. Yang bengang nya bila sampai bawah dia membebel marahkan kami lama sangat kat atas. Aduhaiiii sabor lah duhai hati dengan membawa orang sakit tapi nak jalan memang banyak sungguh kesabaran hati yang perlu di praktikkan.hehehehe 

Tak puas-puas mata memandang keindahan suasana Pergunungan Bromo. 




Laluan pejalan kaki  menaiki ke atas bukit Cinta. Kat bawah tu banyak jeep yang menunggu pelanggan yang sedang melihat keindahan Gunung Bromo. Kami tak sempat nak tenguk gerai dibawah kerana kesuntukan masa dan perlu ke tempat lain pula. kalau sesiapa yang sampai ke tempat macam ni hah beli lah frige magnet jika ada jual sebab masa ni kami silap strategi. Ingatkan ada di tempat lain tapi nan ado. Mas Eko tu tak mesra alam bila di suruh singgah mana-mana kedai dia buat dek je. emm sabor je lah kami. 


Selain daripada Penajakan 1 dan Penajakan 2 rupanya Bukit Cinta pun femes juga. Tapi laluan dia mencabar juga lah sebab takde jalan yang proper. Membelasak belasak semak orang kata. 


Ni kawasan Pasir Berbisik katanya. Jika cuaca baik boleh dengar pasir bagaikan berbisik-bisik emmm kalah makcik bawang dibuatnya kalau pasir semua berbisik. hehehehe Nak lawan bawang rangers Malaysia ka.  eh mana boleh lawan Bawang rangers Malaysia sampaikan pemenang dari Ukraine tu minta maaf sebab dah buat akaun dia kena hack oleh Bawang Rangers Malaysia disebabkan pingat emas yang di menangi. 


Tak lama selepas sampai di Pasir Berbisik kabus mula menerangi kawasan kami. Tebal juga kabus nya.


Memang aku suka dapat jeep warna biru. Memang sesuailah padanan dengan spek biru dan track suit biru. Mas Eko kat belakang tu hah apa pandang-pandang minta hutang ka. Bengang je kami bila teringat semua permintaan kami dia buat tak endah je. Hah siapa dapat menginap rumah Mas Eko tu hah jangan pergi . Tak mesra pelangan katanya. Ni kalau buat Audit pelancongan ni memang tak lulus le gamaknya. hahahahaha  pandai-pandai aku je buat audit le bagai. Padahal dia nak cari sesuap nasi apa lagi pandemik ni semua sektor pelancongan tutup kedai. 

Mudahan virus Covid 19 ni nyah dari muka bumi ini. Aamiin. Mudahan juga aku dapat repeat pi BRomo lagi dengan Malang. Kali ni dapat pi ladang epal yang boleh petik sepuasnya seperti yang amie pergi. Jeles aku dapat masuk ladang epal boleh petik sepuasnya tapi kena bayar tu tak pe lah janji dapat petik epal dan dapat panjat pokoknya. hahahahaha aku ni takde lain asyik le nak panjat pokok epal.

Ok dah habis 10 challenge gambar travel yang aku buat base on kat facebook.  Kat FB takde cerita apa-apa tapi kat blog aku cerita lah pengalaman yang aku dah lalui. Terimbau-imbau kenangan gitu.
Ada sesiapa nak suruh aku up lagi selepas habis 10 challenge ni. 

Walaupun sedikit sekurang-kurangnya dapat mengubati hati aku yang lara tak boleh travel. Hah kalau  ada juga species orang seperti aku  ....hah angkat tangan. Kita Geng. Geng kaki travel. Geng kaki jalan. Geng cari makan hah apa lagi yang sesuai nama geng. hehehe
  


28 comments:

  1. Subhanallah cantiknya view kat situ.
    Tak dapat travel sekarang ni terobek pun jadilah hehehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. View kat situ memang cantik. Hahahaha betul tu

      Delete
  2. Wah.. Terer kak notie panjat gunung. Tak bestnya tour guide tak mesra alam. Apa lah khabar tempat yang penduduknya menyara hidup dengan pelancongan. Harap mereka dapat survive

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukit cinta tu rendah je bukan Gunung BRomo tinggi mencanak. hehehe

      Delete
    2. Oh.. Ingat panjat gunung bromo tadi

      Delete
    3. Panjat gunung bromo entah sampai pukul berapa lah haiiii nak sampai ke puncak takut sampai separuh jalan je dah tak larat....bertangga ko

      Delete
  3. Brono. One of my ultimate wish list. Punya wish list tu smpai buat assignment pasai Bromo ni. Terpikat since tengokk movie indonesia. 5 sekawan ka apa tajuk dia. Cantiknyaaa dalm gambaq. Kalau depan2 taktau la mcm mna tepegun tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh citer Indon ada buat kat situ ke. Orang mesia pun ada buat video nyanyi kat pasir berbisik tu lupa sapa. Insya Allah Ain dapat pergi nanti. Memang cantik

      Delete
  4. Dua kali saya ke sini. Kali kedua pada tahun 2019. Kemarau panjang. Penanjakan sudah tidak sedingin kali pertama sampai. Bukit Teletubbies dan Padang Savannah gersang, rumput kering di sana sini. Tapi kenangan sepanjang berada di sini tetap indah dalam memori!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah jeles tenguk amie pi malang banyak tempat cantik di terjah. Kita orang pergi banyak tempat skip sebab tak sesuai dengan orang sakit. huhuhu sedihnya datang jauh-jauh banyak tempat skip

      Delete
  5. antiknya view Bromo Subhanallah lps pandemik n endemik bolehla ke sana lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik sis. Tu lah tapi takut juga sebab kat sana masih banyak kes Covid dan tinggi pula tu.

      Delete
  6. kenangan mengusik jiwa...sejuk gedi, sabar menunggu sunrise kat Bromo..tapi berbaloi, view yg sgt cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi memang berbaloi kan bila melihat keindahan tersaji depan mata. SubhanAllah indah sungguh ciptaan Tuhan.

      Delete
  7. Belum berpeluang lagi ke Mount Bromo.....cantik bentuk gunung nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keindahan ciptaan Tuhan. Insya Allah satu hari nanti sampailah.

      Delete
  8. Replies
    1. Ad memang cantik apa lagi bila kabus tebal meliputi alam sekeliling

      Delete
  9. SubhanaAllah.. cantiknya kak pemandangan dia..
    Teringin pula nak dengar pasir berbisik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik sha. Pasir berbisik tu kalau ada angin rasanya baru dengar dia berbisik bergosip mak jemah lagaknya pasir tersebut. hahahahaha Pasir pun ada bawang rangers

      Delete
    2. hahaha.. tak boleh bayang pasir bergosip..

      Delete
    3. kalau depa berbisik lagi gempak sha...hahahahaha tak terjangkau dek akal

      Delete
  10. Mas Eko tu nak masuk dalam foto pula tepi jeep tu dah la tak mesra ye dia hehe. SubhanAllah keindahan tersangat tanpa kata, untung dapat ke sana, kesian pula kawan kena tinggal kat bawah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan tu sebenarnya tak fit untu travel sebab baru di serang sakit stroke tapi dia nak ikut juga jadi banyak lah lari itinari kita orang lepas tu banyak pulak merungut..kita travel nak enjoy2 tapi bila member merungut je rosak le halwa telinga. hehehehe kena banyak sabo bawa kawan yang sakit tapi tak sedar sebenernya dirinya yang sakit bukat orang lain.

      Mas eko ni memang emmm menyampah gue...eh tersasul lah plak. hehehe

      Delete
  11. Wak konpius kjap, tgk gmbr ada cop 2014 tp tetibe cerita pandemik covid pulakk.. oo rupanya kenangan bromo la nihh ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wak ni citer terobek....mengimbau kenangan hehe

      Delete