Thursday, April 14, 2022

GIVE AWAY SR X MITCH MEMOIR KAMPUNG BOY

 



Assalamualaikum,

Alahaiiiii hari ni dah penutup....agak-agak sempat lagi tak. Oh tutup pukul 5 petang emm aku cuba lah. Aku ni ada tertunggak n3 GA yang lepas walaupun tak menang tapi ada hadiah khas dari SR yang aku dapat sebab mencuit hati SR. Terima kasih banyak ye. Nanti akak buat citer khas dan tayang hadiah yang SR beri. Terimas ye SR. Mudahan Allah tambahkan rezeki SR melimpah ruah. Aamiin.

 

Ok lah kita try test dulu GA yang SR buat ni. Novel tu memang buat ahkak tertarik ko memang debom lah SR. 


Jom kita cuba ikut ssyarat-syaratnya. 

Syarat-syarat GIVE AWAY SR X MITCH MEMOIR KAMPUNG BOY adalah seperti berikut:

1. Buat satu post entri bertajuk : GIVE AWAY SR X MITCH MEMOIR KAMPUNG BOY

     aku - Sedang menukang....gaya nak buat rumah je kan SR padahal join GA je. yelah kan menukang cari idea. 


2. Follow Blog Syazni Rahim.

   aku -  Dah follow lama nian....dia kena ada gimik I follow U (teringat iklan Digi dolu-dolu yang warna kuning tu) 


3. Letak banner giveaway di atas dan backlink kan ke entri giveaway ini. 

    aku - Ingat-ingat lupa tapi bila try test hah jadi....aduhaiiii cpu ahkak ni slow yang amat..kena tukar power kut bior laju cam pelesit


4. Copy blurb ini (wajib):

Blurb Memoir Kampung Boy - Ia mengisahkan tentang cerita kanak-kanak di zaman 1970 dan 1980-an di mana watak aku (Kenit) memaparkan aktiviti serta apa yang dialaminya ketika itu. Ketika zaman tiada gajet yang canggih, ‘aku’ dan rakan-rakannya bermain apa sahaja yang dapat menghiburkan hati mereka. Kisah ini bermula perpindahan dari Pekan, Pahang ke Johor Bahru (JB). Di JB, ‘aku’ mendapat sahabat karibnya bernama Rais dan Kajid yang memperkenalkan banyak permainan sewaktu zaman dulu, seperti main ‘gundu’, baling selipar, tarik upih pinang, permainan ‘cakar ayam’ dan sebagainya. Namun masa amat mencemburui persahabatan mereka.

aku - ahkak nak tambah lah sikit sebab bila tenguk main baling selipar, tarik upih pinang emm cam mengimbau kenangan lalu zaman kecik-kecik gitu. Itu kenangan yang tidak boleh di lupakan. Tapi main gundu dengan cakar ayam ni aku tak pernah dengor. 

Tapi seronok kalau main chapteh, tiang galah, main ting-ting, main cheper botol minuman.hah apa lagi banyak tau....hish rasa macam balik jadi budak je lagi padahal....umur dah kertu. Budak-budak sekarang mana tahu main benda tu semua....balik balik gadget.....hah tenung le handphone tu main game dalamnya..eh aku pun terjebak alahaiiiii pecah rahsia aku....ye lah kan nak main ganas macam budak-budak otot kaki dah longgar tu yang terjebak main game tanam-tanam dalam phone....bukannya dapat makan. hish hish aku ni.  

Rasanya patut di bukukan permainan tradisional melayu zaman dolu-dolu buat tatapan generasi sekarang. Kalau tidak emm memang budak sekarang tak tahu dan tak pernah main permainan tersebut. Nak main pun camno takdok orang nak ajor. Tapi tu lah macam aku yang ada kenangan zaman kecil-kecil pun ingat-ingat lupa camno nak main. Tapi bila teringat emmm seronok tau bila mengimbau kenangan lalu. Zaman dolu-dolu apa lagi kalau balik kampung emmm memang orang kata Terkonang semasa dulu hati ku merasa rindu... ni kalau ada sountrack R Azmi ni best hehehehe dah ala-ala radio klasik gitu. 


hah siap dengan sound track lagu lagi ni aku selitkandah ala-ala radio klasik gitu.....hehehehe


4. Copy ayat beserta link pada dua kenyataan di bawah:

Kenali Mitch! 

Shopee Menara Seni

aku - bila pergi link penulis dia wah macam best je kena singgah ni tenguk apa ada lagi kat rumah dia. 


5. Letak link penyertaan di ruangan komen pada entri ini.


hah amacam SR.....lulus tak....chehwah mudahan ada rezeki aku. Ammiin


13 comments:

  1. Sentiasa lucu kalau Kak Notie punya post hahaha! Terima kasih sebab sudi turut serta!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala Sr saje je suka-suka. TQ lah kalau suka

      Delete
  2. Entry GA kak Notie sentiasa menghiburkan. Good luck!Eh, dah announce pemenang belum ni?

    ReplyDelete
  3. kalau tak kelakar takleh ye kak notie? notti nau u ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaaa ammi ni. Saje je idea merapu. hehehehe

      Delete
  4. moga berjaya dpt duit raya 👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde rezeki wak. Tapi hari ni PM dah bagi duit raya. Alhamdulillah

      Delete