Tuesday, September 6, 2022

Balik Kampung yeh yeh balik kampung

 


Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur dapat balik kampung lagi. Patutnya awal bulan 8 hari tu dah dapat kumpul bersama keluarga tapi aku kena covid lagi   Dah habis kurantin dan dah sihat masuk kerja, jadi hujung bulan 8 plan semula percutian  balik kampung. Kak Ijah excited sangat bila kata kami nak balik kampung tak sabar nak jumpa adik beradik dia. Tapi tu lah aku pun cuak sebab tenguk Pit up status makan malam bersama adik beradiknya. Jadi bila call kak Ijah rupanya anak-anak dia  semuanya  balik. emm tak jadi lah nak ajak Kak Ijah balik muo bila semua anak beranak dia balik.  


Tapi bila dah lama tak balik emm paham-paham saje lah ya. Memang kena berkemas semuanya sebelum boleh lepak-lepak santai. Jadi pagi sabtu tu terus ambil Kak Jal dan Kak Limah terus kita orang balik Bakri. Kak limah anak-anak dia sporting. Bila kita orang minta izin ambil kak Limah bawa balik Bakri depa suka je  supaya mak mereka gembira berkumpul adik beradik. 

Sampai je tenguk adik pun ada balik juga. Adik selalunya balik sorang je. Senang dia kata nak buat kerja. Adik sesekali balik sebab nak racun rumput yang semak samun. 

Tu dia baru sampai hah memang banyak le barang kena angkut. Kali ni percutian sampai hari Selasa sebab lepas tu nak pi Putrajaya homestay pulak sebab nak tenguk Floria.

Hari Sabtu kemas rumah tapi sebab cuaca mendung je jadi tak banyak buat kerja kat luar.

Pada  hari Ahadnya pulak Kak Nong dengan Bang berahim sampai. Jol pun balik dengan anaknya. Si Faris pun ikut walaupun Johor hari Ahad sekolah tapi katanya kelas cuti sebab budak darjah enam periksa. Apa lagi lah jom pi kebun.....ala belakang rumah je pun....macam le jauh benor. 

Tu le tanah sekakang kera yang bila di bersihkan manjang je tak sampai ke hujung. Baru bersihkan separuh je lepas tu tinggal....nak buat lagu mana ikut kudrat masing-masing je ni. Ajak anak buah yang muda-muda...emm bila plan buat sukaneka baru semua nak nampak muka tapi bila ajak bersihkan kebun emm semua sibuk.....takpe lah kita buat mana yang mampu je. 

                Hah apa lagi misi membersihkan kebun belakang.  Bila lama tak balik dengan hujan selalu apa lagi rumput pun naik bagai cendawan. Kalau racun jenuh juga tu nak matikan rumput. 



Ni pokok Jambu Bol tapi pokoknya dah tua jadi jarang dapat buahnya yang elok dan cantik.



Sebelah tu dulu cina nursery sewa tanah dan tanam pokok macam-macam. entah kali ni balik tenguk bersih tempatnya. Dah habis kontrak sewa kut.


          Sambil menebang pokok yang dah tua, sambil cari kelapa tua. Kalau rajin boleh raut daun kelapa ni buat lidi penyapu. Susah nak dapat penyapu lidi ni.



Dah penat hah apa lagi duduk le jap sambil menyembang. Biasa le kan bila jumpa macam-macam nak cerita. Baru buat kerja sikit lepak lepas tu sambung lagi lepas tu lepak sambil membawang. hahahaha

Banyak pokok kelapa je sebab ada yang tumbuh sendiri. Tu pun mana yang agak rapat kita orang tebang. Banyak juga anak pokok buah kami tanam tapi tu lah tanah tak subur....banyak mati. Kadang ada tu baru nak hidup tapi bila bersihkan daun kering terbakar sekali pokok nya. Yang teruk baru hidup sikit tiba-tiba bila check dah tinggal tunggul....mati rupanya.  



Ni pokok buah jentik. Ada sapa pernah makan. Buah rare ni. Dolu2 masa aku kecik pernah makan jadi bila nampak kat FB nursery jual hah sampai 4 pokok aku beli online. Tapi yang hidup ni hah sepokok. 2 pokok mati yang sepokok lagi Kak Jal bagi kawan dia. Mudahan ada rezeki rasa buah jentik. Tapi camne nak buat dia berbuah ye. Sapa tak pernah rasa buah jentik....hah belah utara banyak. Kalau musim dia ada jual kat tepi-tepi jalan. Ni aku tahu sebab kawan balik kedah tiba-tiba dia bawak segugus buah jentik kat aku sebab aku pernah tanya sapa pernah makan buah jentik. Jadi kiranya buah tu masih ada lagi lah sebab belah selatan memang tak pernah jumpa dah orang pun tak tahu macamana buahnya.



Buah jentik --gambar dari pakcik google

Jentik je kulitnya terus terbuka buahnya. Kiranya ni suku sakat buah rambai lah. Tapi ni rare sebab memang jarang orang tanam pokok dia. Aku suka sebab teringat masa kecik-kecik pernah makan tu yang bila dah tua teringat-ingat. 



Ni kak Nong buat semai pokok pisang nak tanam kat belakang.  Pokok pisang kat kebun banyak dah mati sebab dah tua. Kalau dulu banyak pisang nipah lah ni dah pupus anaknya. Pokok pisang asam pun belum sempat buah nak masak dah mati. Tinggal pisang kapas je sebelah bilik air. Dulu kalau takde sarapan hah nampak pisang asam dah masak terus tebang buat cekodok.  

             Bila bersih macam ni memang suka tenguk tapi tu lah nanti balik mesti rumput naik balik. 


Cuaca mendung je macam nak hujan lagi

   Kepulan asap boleh menghalau nyamuk-nyamuk yang seronok makan darah kita orang. Pokok jambu gelas tu banyak anaknya kat bawah pokok sebab kadang dia tumbuh sendiri.  


Kak nong buat Laksa nyonya makan dengan mee hoon


Dah penat jom makan


Suka le Faris dapat makan piza. Kat Pekan Batu 6 Bakri dah ada kedai pizza hut tapi hanya untuk tapau je sebab dia cuma kaunter kecil untuk ambil order dan dapur masak piza. Jadi tak boleh makan kat situ. Order je terus bawak balik rumah. Tak payah dah aku kena pi bando nak beli pizza hut lagi. 


Beli sarapan kat kedai wak tubee. Dulu femes dengan mee goreng dia . Teringat kalau hari jumaat aruah bapak aku pi solat jumaat kat masjid Batu 5. Hah nanti balik dari solat dia mesti beli mee goreng wak tubee. Mee goreng dia simple je tapi sebab baru goreng panas-panas, lepas tu bungkus dengan daun pisang di letak sambal kicap atasnya.......emmm memang berebut-rebut le aku dengan adik-adik aku makan. Kadang tak cukup 1 bungkus makan , kalau anak buah aku ramai lagi le banyak bungkus. Eh tiber teringat kenangan lalu. Sekarang tukang masaknya lain orang dan rasanya dah tak sama macam dulu tapi sesekali balik kampung kalau teringin hah singgah le kat kedai wak tubee tu kedainya depan sekolah Batu 5.

Percutian kami berakhir pada hari Selasa. Kita orang hantar Kak Limah balik tapi sempat singgah kat warung jualan makanan. Jalan laluan belakang menghala ke Kesang Laut....hah belakang tu macam-macam ada jualannya. Air potong kaki pun ada...sebab manis leting kata Kak limah.


Hah tenguk le sendiri macam-macam jenis kuih ada. Aku yang tenguk pun jadi rambang mata. Tu nak ni nak hish. Tuan kedai tu jual pisang goreng dengan air. Kuih-kuih yang macam-macam ni rasanya ada orang hantar.


Nasi ayam ado...mee goreng dalam plastik..cekodok pun ado....aku nampak macam ada tahu sumbat.
Kak jal ambil nasi ayam dia....nampak sedap.


aku nampak nasi ambeng hah apa lagi terus rembat. Ayam amsak kicap ado ayam masak sambal pun ado. Nasi ambeng dia sedap sebab serunding dia memang terasa rempah dia. Ada pulut diselaputi serunding hah tu aku ambil. Pulut inti kelapa manis kak Jal yang beli. 


Gunung Ledang di selaputi awan. Teguh berdiri. 

Kita orang hantar Kak jal balik rumah dia kat Tangkak dulu sebab nak kemas baju dan kemudian baru kami balik ke Putrajaya.


Sementara menunggu Kak Jal kita orang lunch dulu. Pulut dengan serunding dia sedap. Pulutnya lembut dan serunding dia sedap. Rasanya orang yang sama buat nasi ambeng kut sebab serunding dia sama.  Bingka ubi dia pun sedap. 


Hah aku nampak ubi rebus dengan sambal dan ikan kering. Ubi dia lembut benyek memang sedap. Cuma sambal tumis dia pedas sikit.

Petang tu apa lagi terus zoom ke Putrajaya homestay sebelum warga putrajaya balik kerja. Nak pi Floria pula.

Alhamdulillah berakhir percutian 4 Hari 3 malam kami bersama kakak-kakak. Insya Allah hari Malaysia nanti berkumpul lagi sebab Mak Itam  aku ada singgah bila tenguk kami ramai-ramai balik. Ada usul yang di bentang dan kena bincang adik beradik lagi ni. hehehe  

6 comments:

  1. seronoknya dia cuti-cuti adik-beradik. aktiviti berkebun je pun happy dah. bestlah hang out sisters di Floria nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu je agenda yang kena selalu kami buat supaya dapat jumpa adik beradik sambil mengemas rumah pusaka

      Delete
  2. gitulah bila rumah lama ditinggal...
    rumah arwah mama pun mujur juga adik lelaki duduk disitu..jadi adalah yg menjaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayang rumah tu sebab dah cantik. Tu yang kena selalu rancang balik kampung

      Delete
  3. luas tanah rumah notie kalau nk bercucuk tanam kena ulang balik selalu..tanam tinggal ni biasala nasib nk hidup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebun belakang tu dulu bekas kebun getah. Bila dah takde yang nak menoreh pokok getah di tebang. Aruah mak campak pokok kelapa supaya pokok kelapa yang naik. Tu pun ada yang tumbuh sendiri bila banyak sangat gugur. Jadi kalau agak-agak dekat sangat pokoknya kita orang tebang.

      Delete