Thursday, September 1, 2022

Royal Floria 2022 di waktu malam

 


Assalamualaikum,

hah semalam dah tenguk yang di siang hari. Rupanya yang malam lagi cantik sebab berwarna-warni. Kalau seseiapa yang belum pergi jom lah. Tarikh dah di lanjutkan kepada 6hb September 2022 sebab cuti sekolah kan. Hah apa lagi jom lah jom lah jom lah.


                   
                    Apa hal le si model tu dok ngayat si kuda 2 ekor ni sedang berdataing. hehehe


Ni cantik kan....Macam masjid Kuala Kangsar je warna kuning Diraja.


               Oh air panjutnya ada cahaya.....emm cantik cantik bagaikan taman Diraja gitu. Rasa macam nak juntai kaki dalam kolam air panjut tu je.....hahahaha apa kes lah nak juntai-juntai kaki dalam kolam malam-malam hari... alahaiiiiii 



Bunga balung ayam ni bila banyak-banyak merah sangat Mak ngah


Bila ada asap macam tu di tengah malam emmm aku bayangkan cik ponti berayun ayun atas buaian......larikkkkk


Yang ni aku tak nampak pulak kat area mana.....warna warni sangkar burungnya.


Lampu kat tiang tu cantik bagaikan baju meliputi kulitnya....apa le aku punya umpamaan ni.


Petugas barisan hadapan....zaman covid ni mereka lah wira tak di dendang...nampak mata je 2 butir


Yang ni kat area spin wheel tapi kali ni dia tak letak benda tu semua. Tarikkannya ialah lampu yang berjuntai tu.  Macam titisan hujan berwarna biru kan....emmm terus biru mata hitam ku.....aiyakk



Suasana indah di malam hari



Macam nak bentuk bulat kereta kuda dalam citer Cinderella.....pukul 12 malam nanti ting tukar jadi buah labu....tapi tu le tak nampak tikus tukar jadi pengawal kuda....aku punya imaginasi bukan main. 


       Laluan pejalan kaki tu memang cantik bila siang...bunga-bunga kuning merimbun disebalik gerbang


Suasana malam sungguh indah dengan kerlipan lampu berwarna warni






Oleh kerana pada tahun ni tema Orkid....ada satu wall penuh dengan bunga orkid pelbagai jenis dan cantik kembang semuanya.

Rasanya kalau pergi malam suasana malam memang sungguh indah tertarik ko memang debom le Floria....hehehe meh meh meh apa lagi.


Kredit gambar tourism Malaysia



4 comments:

  1. mati-mati ingat gambar kak notie ambil sendiri. huwa..nak pergi jugak. nak ambil gambar naik buaian tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila tenguk gambar malam cantik-cantik rasa nak pergi tapi tiket dah mahal lah seorang dah RM15 kalau masuk malam kena bayar Rm15 lagi. Dulu pernah siang malam pergi tapi masa tu rasanya tiket masih murah dari sekarang. Ko jangan sal....nanti cik ponti ikut ko balik.....larikssss

      Delete
    2. patut tiket tu bagilah one day validity. pakai band ke so that dah keluar boleh masuk balik. aje lokek benor bak kata orang Muo

      Delete
    3. Sal dah boleh masuk free sampai Ahad ni. Jom pi ramai-ramai.

      Delete