Assalamualaikum,
Aduhaiiiii, aku ingatkan dah boster tak kena hinggap lagi oleh virus covid almaklumle dah geng sana sini hehehehe tapi emm kena juga.
Patutnya aku nak cuti 2 minggu lepas dengan kakak-kakak aku kat muo tapi lain yang jadi.
Dulu dah pernah kena tahun lepas masa covid sedang menganas. Terus terkedu bila kata positif covid-19
Kali ni kena lagi. Tapi yang aku tak paham dapat dari mana tah emm mungkin kat jualan Hari Jumaat kut sebab Jumaat tu ok je takde pun simptom apa-apa yang timbul.
Pagi sabtu tu bangun pagi dah mula selsema. Asyik le sok sek sok sek sambil kesat hingus. Tu pun aku cucuk juga hidung dengan vicks inhaler sebab hidung tersumbat tapi tak baik juga. Bila sedut vicks tu lega le hidung tapi lepas tu berair lagi. Jenuh juga sambil memandu nak sumbat vicks sambil kesat dengan tisu. Jadi sepanjang perjalanan tak berhenti mana-mana.
Aku terus ke Tangkak sebab nak singgah rumah Kak Jal nak pergi pasar sabtunya. Hari Ahad baru balik muar ramai-ramai. Sampai je kat rumah Kak jal...dah rasa lain macam. Sempat lagi makan tengahari untuk makan ubat. Lepas tu tidur le. Sekali petangnya terus demam. Hah sudah.
Test kit tak bawak. Nasib baik Kak Jal ada. Test yang awal dah kuar 2 line. Aduhaiiiiii takan le aku positif pulak ni. Buat lagi sekali test dan memang confirm aku positif. Dah 2 kali test jawapan yang sama takkan le aku nak buat dek aje kan.
Terus tunjuk kat Kak jal result aku. Terusle kena cancel percutian 3h2m di muar. Agenda nak berjumpa adik beradik esoknya terpaksa lah cancel sebab kakak-kakak aku ramai warga emas. Terutamanya Kak Ijah akak yang tua....memang tak sihat selepas abang ipar meninggal dunia tapi dia yang paling semangat nak jumpa adik-adiknya malahan pagi tu sempat lagi talipon samada jadi atau tidak percutian kami. hehehehe percutian balik kampung je pun dah macam apa kan. Yalah pada aku paling seronok jumpa adik beradik sambil mengemas rumah pusaka sambil bercerita. Jumpa pun bukannya selalu.
Petang tu juga kena maklum MySejahtera sebab nanti pengarah nak result HSO aku dan date kurantine. Dah lama tak masuk MySejahtera.....kena jenguk juga. hehehe
Bila dah report MySejahtera selalu warna biru terus naik warna merah. Bila kata tiada sakit apa-apa dia naik kategori 1 tapi bila aku maklum dah ada darah tinggi terus naik kategori 2A.
Akhirnya kurantine le aku dalam bilik kecil kat rumah Kak Jal. Dah selesai semua maklum kat MySejahtera....sambung balik tidur sebab tengah demam pula. huhuhu kurantine 7 hari. Cuti nampaknya burn le. Alahaiiiii kasim
Aduhaiiii Covid 19 bila lah nak nyah dari mukabumi Malaysia ni.
Allahu Akbar! Syukurlah sudah sembuh. Kobit ni memang tak kenal ampun rupanya. Menyelit sana sini ikut suka dia. Nampaknya memang kena sentiasa ambil langkah berjaga-jagalah kita semua. Moga ada rezeki lain untuk berkumpul bersama keluarga.
ReplyDeleteDah sembuh dah terima kasih tapi tu lah kadang dah jaga eh menyinggah juga. Kena hadapi lah kobit ni dalam persekitaran kita. Tengah nak mohon cuti balik.....hehehe
DeleteSedih bila kene kali kedua..Suami Aini pernah ken tahun lepas..masa tu Aini takde dengan dia..dia kt Perak..
ReplyDeleteAini so far tak kene dan harap tak kene lah..huhu atutttt...
Semoga cepat sembuh ya..take care
Dah cuba elak eh dia kena juga...habih camno. Semuga yang belum kena take care semua ya.
DeleteAllahu kesiannya. Tapi bagus lah akak ambil langkah bijak dengan buat test. Kalau terjangkit kat adik beradik lain lagi naya. Semoga kak Notie cepat sembuh
ReplyDeleteBila dah demam tu dah seriau takut positif. Tak berani nak ambil risiko jumpa famili bila tak buat test. Kita dah dalam line kesihatan ni walaupun orang awam dah terbiasa supaya ikut prosedur kesihatan. Kalau ikut hati nak jumpa adik beradik tapi kang risau jadi apa-apa kat kakak-kakak .....menangis tak berlagu nanti. Jadi ikut le SOP
DeleteYup. Kena prektis what u preach kan. Barulah orang respect staf gomen
DeleteMestilah kalau tak rasa bersalah dengan orang sekeliling apalagi akak sendiri warga KKM.
DeleteAllahu..syafakillah, kak...take care! nanti dah sihat apply cuti semula..
ReplyDeleteTerima kasih nohas. Jaga diri juga buat nohas. Haah memang tengah apply cuti balik ni sebab burn dek kena kurantine. Leceh tu sebab kena kurantine lepas tu kena report kat opis pulak dari big boss ke pengarah. Dah report nak kena ada bukti dari Mysejahtera lagi. emmm memang leceh lah tapi nak buat camno dah SOPnya gitu. Redho je lah
Delete