Assalamualaikum,
Kat putrajaya parcel E ni ada macam-macam jualan produk iks. Bagus jualan ni sebab dapat membantu peniaga kecil-kecilan meniaga dan bagus pada kami sebab banyak pilihan makanan. Kadang macam-macam ado. Ko nak apa. Tudung macam-macam jenis. Seluar kecik pun ado ye. Makanan western ado, pantai timur ado, selera siam pun ado. Kebab dari turki pun ado eh bukan resepi dia je. Dulu memang ori sebab makcik tu kahwin dengan orang turki. Suami dia yang turki tu yang tolong bungkuskan kebab. Tapi lepas PKP tenguk dah orang lain. Kebab dia pun dah kureng sedap daripada dulu.
Kalau kat opis aku ni setiap isnin kat coridor pejalan kaki di E2. Setiap hari Rabu pulak kat area corridor cafe di E 7 dan E 6 serta di E2. Hari Jumaat pula coridor cafe E7 dan E6. Malahan kalau hari Jumaat aku suka sebab ada juga jualan dari kampung macam pisang tanduk, ubi keledek hah macam-macam le. Kalau hari jumaat boleh beli untuk masakan hari minggu. Buah-buahan pun ado. Kalau musim buah perghhhh. Kalau durian ado pun ado yang jual. Semerbak bau durian wanginya. Kalau beli tak boleh bawak masuk pejabat sebab orang semua tahu kita beli durian walaupun dah tutup dengan plastik. Tak boleh bawak bincang sungguh le kalau beli durian.
Di antara banyak-banyak jenis makanan terdapat donut Viral. Mula-mula aku tak paham apasal panjang benor barisan orang menunggu nak beli. Rupanya nak beli donut. Kita orang perasan mula-mula penjual donut tu biasa-biasa je jualannya takde le baris panjang. Sekali dia buat macam-macam jenis donut hah tu dia berderet-deret orang nak beli. Kiranya bila dia tukar strategi je tu dia bersusun orang beratur.
Tenguk le gambar atas tu... berderet dari atas tangga.....orang beratur.
pernah gi yg kat KBS & KDN...meriah, mcm2 jualan....perghh, donutnya...meriah topping nya..
ReplyDeleteBelah-belah sanun tu lagi meriah. Jarang dapat ke belah sana. Jadi pi yang dekat2 je
DeleteKalau Aini duk Putrajaya mau Aini sewa tapak.. Sebab sana mmg happening waktu lunch orang duk beli.. kadang2 kul 10am lbh org dah turun beli kan..hehe
ReplyDeleteBoleh meniaga hari-hari. Hari ni parcel E, sok parcel D sok parcel C khamis area PICC jumaat kat bhg kewangan pulak
Deletemeniaga macam gitulah, kena kreatif supaya orang notice jualan kita. seronok orang Putrajaya, banyak pilihan
ReplyDeleteKalau nak raya lagi macam-macam jualan. Sedia duit je.
Deletewaduhhh donut manisan potong kaki nih., huhuhu
ReplyDeleteBeli untuk cuba rasa je wak. Tapi donutnya memang lembut.
Deletekreatifnya donut toping berbeza
ReplyDeleteYe sis rasa macam nak rasa satu demi satu sebab banyak jenis
DeleteItulah selalu tgk member yg keja kat sana... mmg akn shopping mcm² kalau ada jualan mcm ni... bestttt.... x payah ke mana² dh boleh mkn mcm²
ReplyDeleteKalau raya lagi le banyak gerai muncul bagaikan cendawan. Macam-macam ado
DeleteSedap ni donut dengan macam-macam toping. Dulu pernah ikut kelas donut dengan chef dari KL, buat 14 jenis toping. Sedap sangat, tapi sampai rumah malas pula nak buat.
ReplyDeletewah sekali 14 toping belajar. Buat le kut boleh jual kat sekolah. Ni ada jual emm beli je sonang.
Deleteblog akak cerita pasal donut...tp otak saya dok pikir pulut panggang. acaner ni?
ReplyDeleteLorrrrr donut dengan pulut panggan jauh bezanya ammi. Donut bulat-bulat. Pulut panggang panjang-panjang. aduhaiiiii dengan inti serunding yang banyak sedapnya. hish ammi buat orang ngaidam pulak pulut panggang
DeleteKalau macam nie punya topping, berbaloi sangat bayar RM2.50 tu.. Meriah dna tak kedekut.. Ohsem betul donut dia..
ReplyDeleteDah naik harga Rm 3 sha. Baru je naik. Ingatkan dah laku takde le naik harga. emmm sabo je lah
Delete