Sunday, May 14, 2023

Jamuan Raya Pejabat Tahun 2023

 

            Bergambar ramai-ramai semua staff di pintu masuk pejabat. Tu pun rasanya ada yang tercicir.


Assalamualaikum,

Alhamdulillah majlis jamuan raya opis yang di buat pada hari jumaat yang lepas berjalan lancar dan meriah. Bab posing tu memang meriah. Kalau dah ramai tu emmm macam-macam gayo ada.



Cik ani tunjuk skill ketuk serai dengan pisau pada ayu. Hah nampak siapa biasa ke dapur dengan jarang-jarang masak. Ada ke pulak ketuk serai terkial-kial hah cik ani buat. Terus setel. Matron pulak tengah prepare cendul buatan sendiiri. 


Ni deko meja VIP dalam bilik boss aka TP



Cocktail satu balang. Belum letak ais ni. Memang padu rasanya.

     Cendul suci murni sebab matron lupa nak buat air gula merah. Sedap rasanya sebab buat sendiri. Lain rasa dari yang jual.

Kita orang gunakan meja tepi dinding tu dari sana hingga ke sini untuk menu raya. Meja depan sekali pelbagai air. Air cendul buatan matron, air soda herbs....yang ni memang laris. Panas-panas minum soda herbs perghhhh sodap. Lepas tu ada teh madu. Satu balang ko. Memang sodap. Pekat dan melekat rasanya.   

Kita orang ada 3 team. Team depan , team statistik dan team belakang.

Team depan buat rendang ayam dan daging, roti jala dengan nasi impit   

Team statistik buat soto. Sedap sekali. Kuah sotonya ayam sampai hancur relai tulang dia.
 
Team belakang pulak kuih muih dan cocktail.

Satay di sponsor oleh staf yang  dapat APC dimana pada tahun ini 4 orang staf dapat APC termasuk boss kita orang. Nak order satay willy, satay willy dah naik harga. Entah mana Anne order satay...katanya artis-artis selalu order dengan orang tu. Aku pun lupa nama tokey satay tu. Tapi memang sedap sataynya. Satay kambing yang anne belanja pun sedap sebab tak bau sangat kambingnya. Masa satay sampai sempat le makan secucuk 2 satay daging dia. Nak rasa.....memang sedap. Tapi lepas tu bila teringat nak ulang lagi bila tenguk eh dah habis. Nasib dah testing rasa sebelum di keluarkan ke depan lepas tu emm tak merasa le lagi sebab dah habis. Dapat le juga merasa masa kat pantry lagi. Kalau dah di keluarkan emm memang tak rasa lagi le sebab satay adalah juadah yang terlaris sekali. 
 


Set nasi minyak order luar. Kiranya yang ni main dish lah. 



Pulut kuning dengan rendang daging. 


Bilik GIS memang jadi tempat masak sup soto.
 



Karipap yang matron order sedap walaupun intinya pedas sikit. 


                                         Tu dia operasi buat air. Matron dengan cendulnya dan cocktail. Rosli dengan soda herbs dan orang yang buat teh madu. Order dari luar. 


Memang sedap....padu rasanya. Tapi dia kalah dengan soda herbs. 


                                             Sambil sibuk arrange meja jamuan sempat lagi posing


Team Rekod Perubatan


Aku dengan Dr Noriza


Geng belakang


Geng Rekod Perubatan 2.0. 

Yang mula zarimah tak ada sebab pergi meeting. Pagi-pagi ada meeting. Tu yang majlis tertunda. Habis meeting ada perbincanagan pulak. Kesian jemputan dah sampai tapi majlis bermula lambat. Boss lambat datang sebab ada perbincangan lain. Jadi kami mulakan majlis dulu. Sian tetamu dah datang


Geng Depan


Tenguk tu bekas sup soto. Pn Sabby yang pinjamkan bekas macam kat hotel tu.


Majlis dimulakan dengan doa.


Sambut birthday juga buat staff bagi bulan April dan Mei


Kek ada 2 buku. Tak rasa pun sebab dah macam-macam makan. 


Tetamu dari MNHA. 


Ni dalam bilik Statistik


Tetamu dari MIMOS


Tetamu VIP.


Geng Statistik




Team Kelab Kebajikan di bawah Presiden baru Dr Hammad. Tahun ni memang nampak meriah di bawah kelab kebajikan yang baru. PA Hanim yang pandai deko hiasan pejabat. AJK Agama yang ada je idea nak buat peraduan di bulan puasa. AJK makan yang ada je idea menu baru. 


Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin dari warga PIK

10 comments:

  1. Replies
    1. Memang meriah semuanya. Selamat hari raya

      Delete
  2. meriah majlisnya gabungan staff semua bhgian jabatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah ramai macam-macam je sis. Ni satu bahagian belum lagi semua bahagian

      Delete
  3. Replies
    1. Staff ramai wak tahu je lah kalau dah ramai.....macam-macam gayo

      Delete
  4. Replies
    1. Staff ramai apa lagi lah semua lupa donia. hehehe

      Delete
  5. Meriahnya majlis. food memacam lak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Majlis raya kena banyak menu baru syiok. hehehe

      Delete