Monday, March 4, 2024

Majlis Perkahwinan Muaimin dan Farah

 


Assalamualaikum,

2hb March yang lalu kita orang geng Ulat buku telah menghadiri majlis perkahwinan anak Anim.  Kiranya ini pertama kali Anim dapat menantu. Walau pun sibuk baru balik dari Jordan lepas tu Mak pula tak sihat tapi bila dah tenguk majlis kahwin anaknya fuh...grand juga tu.

Kata anim anaknya yang selesaikan semua, dia ikut je. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Bila tenguk pengantin dah macam tenguk pasangan korea je. Muaimin tu memang ikut rupa Anim sungguh.  tapi tulah kurang tinggi. Kalau tinggi sikit lagi wow. Sara pulak lagi lawa.  



Kita orang datang majlis awal sebab nak chop tempat. Kak Su dan Yah yang baru balik dari Chengmai akan datang juga. Nasib baik ada Nawwir.  



Mak pengantin anggun berwarna grey. Kak Su, Yah , Nawwir dan aku. Ada juga rakan penulis 2 orang datang atas jemputan Anim.

Kak su novel dia Panggil aku Dahlia akan di adaptasikan ke drama. Tak sangga pulak anim salah seorang penulis skrip dia. KAk su jangan tanya le dah dia penulis novelnya. Bila tenguk Sara anak anim rasa macam sesuai je nak jadi Dahlia tapi Sara kata tak nak jadi artis. Tak sesuai dengan jiwanya padahal dia pernah berkawan dengan Raja Iddin anak Raja Kamarul Bahrin iaitu Kerabat  Diraja Terengganu.  Femes tu Raja Iddin.    


Aku juga terperanjat rupanya Bunga dan kakaknya Mbak Rini juga hadir. Baru teringat kalau masa majlis perkahwinan anak Mbak Rini dulu , Anim dan Wan ada pergi ke Jakarta. Kita orang geng Ulat buku yang lain tak di jemput takde le dapat tenguk perkahwinan orang Indonesia. Cuma geng-geng rapat Bunga je yang hadir. Kita orang geng jauh-jauh. hehehehe   



Tak pasti lah pulak budak di tengah tu anak saudara Anim atau anak pengantin atau pengiring. Suka budak tu duduk atas pelamin. 


                                              Lauk pengantin. Sedap daging dendeng dia. 



                                  Bergambar bersama pengantin dengan geng Ulat buku dan tetamu dari Jakarta.




13 comments:

  1. Meriah wedding .. tahniah selamat pengantin baru :D

    ReplyDelete
  2. tahniah buat mempelai dan keluarga :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah tahniah selamat pengantin baru

    ReplyDelete
  4. Waah cantiiik memang dekonya 👍. Tinggi badan sara ya. Memang lah sesuai kalo nak jadi artis , cantik juga pun. Tapi tak nak pula yaa 😅.

    Apapun semoga pengantin langgeng dan rukun sampai bila2 dan semakin lancar rezeki keduanya

    ReplyDelete
  5. tahniah utk yg dpt menantu., aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih wak bagi pihak mak pengantin

      Delete
  6. memang comel pasangan pengantin. eh..teringat majlis sendiri plak. hehe. almost nak buat konsep moden macam ni last-last jadi klasik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala sal pun comel jadi pengantin. Mana gambar majlisnya

      Delete