Thursday, May 23, 2024

Kenangan bunga telur - Majlis Perkahwinan dolu-dolu

 


BUNGA TELUR ZAMAN DULU LEBIH MENAMPAKKAN KEIKHLASAN, KEMERIAHAN DAN BERMAKNA...

Masa kecik² dulu kalau ikut mak ayah pergi kenduri khawin, Mesti tertunggu² orang letak telur atas meja. Korang punya perasaan sama tak macam saya..?!
Sudah menjadi lumrah pada zaman dulu, kebiasaannya bunga telur dibuat sendiri oleh keluarga pengantin...dibantu oleh sedara mara terdekat dan juga jiran tetangga. Berhari² gak la untuk menyiapkan semua gubahan bunga telur ni.
ITULAH KELEBIHAN MAJLIS KHAWIN ORANG DULU²..KEMERIAHANNYA DIRASAI OLEH SEMUA ORANG BUKAN SETAKAT PENGANTIN SAHAJA.
BUNGA TELUR NI SEBENARNYA MELAMBANGKAN ADAT TRADISIONAL MELAYU KITA...JADI RASANYA ELOKLAH SEKIRANYA IA DAPAT DIKEKALKAN.
KEBANYAKAN KENDURI KHAWIN PADA HARI INI TIDAK LAGI MENYEDIAKAN BUNGA TELUR KEPADA TETAMU YANG DATANG SEPERTI DULU². MALAH RATA² MEREKA SEMUA LEBIH GEMAR MEMBERI DOORGIFT @ GOODIES BERBENTUK MAKANAN RINGAN @ JAJAN KEPADA ANAK²...KADANG² TU BUDAK² PUN TAKNAK MAKAN BENDA TU SEMUA.
Kredit FB

#ADMINMKDD @ MALAYSIA KU DULU DULU...

Assalamualaikum,

Hah besok negeri Johor, Kelantan dah nak cuti sekolah kan. Sudah tentu berderet jemputan majlis perkahwinan. Sekarang dah susah nak dapat bunga telur macam dolu-dolu. Almaklum le telur ayam mahal dah. Jadi bergantung lah budget tuan rumah nak bagi apa sebagai ganti buah tangan pada tetamu yang datang..

Macam bunga telur kat atas tu bukan hanya masa majlis kahwin je kadang majlis cukur jambul ke bersunat ke hah boleh di jadikan oleh-oleh semasa majlis. Dulu aku cukup suka tolong stapler bunga telur kat atas tu. Cantik berwarna warna dan berkilat. Sekrang entah ada lagi ke tidak ek kat kedai bunga.


Hah yang ni kalau rajin mengait. Dah jimat duit nak beli bekas bunga telur. Beli benang kait je dah cukup. Kalau reti kait lah. Kreatif kan orang dolu-dolu.


Hah yang ni lagi best. Ini orang ado-ado le sebab bekas tembikar ni mahal woooo. Tapi aruah mak aku rajin menyimpannya. Kadang boleh recycle balik bila kat rumah buat majlis perkahwinan. Macam-macam patern ado.


Yang ni lagi epik. Siap batang pisang jadi tempat cucuk. emmm Mengimbau kenangan sungguh ni masa majlis kat rumah kami.


Ni lagi yang bunga telur kait.


Hah ni sonang pakai kertas tissue je tau. Kertas tisur masa tu murah. Letak telur lepas tu gulung-gulung keliling telur dan hujungnya pintal. Seronok buat ni. hehehehe



Hah yang ni pakai reben. Bila siap macam ikan lah pulak bentuknya. Ikan buntal hehehehe


Yang ni aku ingat lagi aruah mak aku buat. Telur di rendam dalam pewarna merah tu. Lepas tu letak atas pulut kuning. Masa tu majlis berkhatam Quran dan Bersunat adik -adik lelaki aku.


Hah ni yang reben bentuk ikan tadi. Siap ada ekor jurai-jurai lagi kan. Sekarang ado.....nan ado ye. Tapi kalau ada yang kreatif boleh lah buat. Kena pandai gunting reben tu jangan sampai putus.


Yang ni sonang je beli bunga dah siap terus letak telur rebus dibawahnya.




Hah ikan reben. Bila banyak-banyak warna cantik kan.


Hah ni contohnya gambar yang atas sekali sebelum siap letak telur dalamnya.


10 comments:

  1. nostalgia sungguh bunga telur & bunga pahar zaman dolu-dolu...semua pernah dapat kecuali telur kaler merah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telur color merah tu macam di rendam dalam warna merah supaya mendapat war macam tu. Jarang orang buat sebab leceh nak membuatnya. Lagi pun pewarna color tu rasanya dah tak ada.

      Delete
  2. Dulu2 kalau pergi kenduri kahwin memang akan dapat bunga telur ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. wak kalau kat johor kadang kat kampung-kampung ada lagi wak. Dapat telur pindang lagi best wak

      Delete
  3. Di Indonesia, tradisi bunga telur ini cuma ada di kepulauan Riau . Saya tak pernah jumpa bunga telur di kota2 lain di sini. Tapi memang Riau masih sangat memegang teguh adat Melayu. Jadi wajar kalo tradisi di sana mirip .

    Menarik.. saya suka lihat hiasan bunga telur ini ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah di Riau banyak keturunan melayu ya. Sekarang pun di malaysia hampir pupus. Ni nostalgia lama bila bagi bunga telur masa majlis perkahwinan. Sekarang orang bagi door gift je.

      Delete
  4. Sarung telur yang dikait tu banyak saya nampak di bilik arwah Kak Ros....aduhai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aruah kak ros mesti pandai mengait. Al fatihah buat Kak ros

      Delete