Tuesday, September 17, 2024

Seharian urusan di bando Muo

Ni cuma 10 orang sahaja, abang aku dia nyorok balik dinding.

 Assalamualaikum,

Alhamdulillah pada 4hb Ogos yang lalu kami dapat berkumpul semua adik beradik. Kali ni sebab urusan tanah pusaka kat bukit yang berhampiran dengan MRSM Muar. Jadi pagi-pagi lagi dah ke pejabat Tanah di Bandar Muo.



Masa dapat parking sebab masih pagi lagi ternampak le opis lama kita. Aduhaiiii nak pergi jenguk ramai staff dah pencen dan semuanya baik boss baik staff dah orang baru almaklumle dah berpuluh tahun di tinggalkan. Teringat memori best masa tu dengan boss  Doktor Fatimah . Walaupun hanya 6 bulan bekerja disini tapi best sebab tengah bando Muo ko. Hari Jumaat selalu merempit pi bando. Pagi-pagi pi sarapan cari satay dengan mee rebus. Seronok sungguh masa tu. Walaupun sekejap tapi memori bekerja di sini tetap menjadi ingatan. Aktiviti  gotong royong keliling pejabat, aktiviti maulud nabi dan solat beramai-ramai di ruang pejabat. Aktiviti senaman de depan pejabat hah apa lagi ye. Oh ye ikut marhaban ke rumah staff yang sudi menjemput kami dan marhaban ke rumah Dr Fatimah menikmati  masakan hasil tangan dia. Dr Fatimah ni walaupun garang pada staff tapi kalau kita ikut perintah dan buat kerja yang di beri takdenya dia nak marah kita. Apa khabar agaknya Dr Fatimah. Suami dia Dr Arbain kalau tak silap hari tu macam dah meninggal dunia. Al fatihah buat Dr Arbain bekas Pengarah Hospital Muar.


 Roundabout area jalan sulaiman. Sebelah kiri tu pasaraya Wetex. Kalau tegak tu Jalan Temenggung Ahmad. Pi Parit Jawa terus ke Batu Pahat.


Mula-mula pergi belum buka lagi kedai dia. Oleh kerana menunggu lama dalam pukul 10 lebih pergi lagi akhirnya dapat lah apam balik legend di bando muo. Orang muo je yang tahu apam balik ni. Sedap sebab intinya kacang merah banyak dan apam dia lembut. Beli sampai 40 biji tu dia. hehehe sebiji cuma 50 sen je. Bagi kat akak-akak, kami makan beramai-ramai. Sedap sebab baru masak dan lembut. 10 biji lagi aku bagi kat Kak Nora sebab selesai je urusan dia dan keluarga akan terus balik Rawang. 

Apam balik legend ni kedainya dulu bersebelahan dengan Toko Manaf, tapi Toko Manaf pun dah ganti kedai lain. Hanya orang Muo je yang tahu mana kedai dia.   


Jalan Meriam yang telah menjadi jalan sehala. Dulu tempat pejabat Tanah tu adalah tempat makan. Jadi bila lama tak raoun bando bila lalu eh dah berubah. Punya lama tak raoun bando muo dah banyak perubahan. Kita orang kalau balik kampung mana ada masa nak jenjalan ke bando. Lalu pun area kat jambatan Sultan Ismail tu je.  Lalu area pasar Muo Astaka terus ke jalan Bakri. Memang lalu situ je lah selalunya.  


Menunggu Kak ijah yang datang bersama cucunya Ika. Nasib ada parking Oku jadi boleh le park kereta depan pejabat tanah. Kadang kesian juga melihat keadaan kesihatan kak Ijah yang sudah merosot setelah kematian abang Ipar masa Covid dulu malahan sekarang sudah semakin lupa ingatan. Penyakit Alzheimer dan sakit kaki semakin teruk. Selalu ulang-ulang tanya orang-orang yang telah lama meninggal dunia. Kita orang layan je kalau cakap kak Ijah yang berulang-ulang. Sedih bila melihat keadaan kak Ijah sebab dia seorang yang peramah dan ceria. Bila dah jadi macam ni memang sedih melihatnya. Semuga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat kakak sulong ku Kak ijah.




                                     Rasa seronok je dapat berkumpul semua adik beradik.  


Seronok juga bila mendengar cerita Kak ijah. Nampak sangat raut mukanya yang gembira dapat berkumpul adik beradik 

             Tak ingat cerita apa yang yang di gelakkan. Masa ni semua adik beradik dah berkumpul tinggal menunggu agen yang uruskan pasal pecah sempadan tanah.


Tu dia sudah bentang pelan tanah. Kak nong yang berurusan dengan agen tersebut. Ala lupa nama adik tu.  Bila dia dah datang baru ambil no dan tunggu lah sehingga tiba giliran kami untu berjumpa dengan Pegawai Pejabat Tanah. Kami pecahkan sempadan tanah kerana Sepupu dan Mak saudara tanah yang lagi 2 bahagian katanya nak buat tanah lot dan jual. Mak saudara aku dari dulu lagi pukul canang nak buat rumah batu sampaikan Pak saudara aku Aruah Pak Hitam meninggal dunia. Jadi kali ni semuga hajat Mak Hitam tercapai lah hendaknya.   



Bila selesai semua urusan dan dah tanda tangan kami pun keluar untuk makan tengahari. Kita orang pergi ke Jalan Hj Joned. Jom pekena asam pedas.



Hah macam - macam asam pedas ada. Ber periuk periuk.

Kita orang cari tempat kat hujung kedai yang boleh menampung semuanya. Tu pun bila Abang rusli dan Hanis sampai untuk menjemput Kak Nora balik ke KL terpaksa makan kat meja depannya. 

Ada yang jaga tempat duduk , ada yang ambilkan nasi dan ada yang ambil lauk apa nak makan. Asam pedas telur ikan pun ada. Yang bestnya air dia free boleh ambil berapa banyak pun. Hah apa lagi lah air hijau asam boi yang mengoda bila panas-panas memang walah le minum dia. Pecal pun sedap. Sambal terung pun sedap. Aku tak ambil gambar lauk sebab ramai orang dan segan nak snap gambar satu persatu. Jadi ini je lah gambar yang ada. 


Alhamdulillah seroanok tenguk KAk Ijah makan bertambah-tambah kata Ika. Makan ramai-ramai seronok apa lagi lauk yang sedap dan air yang sedap. Bertambah-tambah semuanya.


     Lauk pauk dia macam-macam ada. Semua sedap lah. Memang licin makan. Jadi sapa yang datang ke Muar hah  jom lah ke kedai Asam pedas jalan Joned. Memang sedap masakannya. Depan tu ada pulak macam kilang buat Mee Bandong Mak Pon. Ada nampak signboardnya tapi kita orang tak masuk lah tenguk sebab dah kenyang layan asam pedas.         

Kata Kak Jal yang dah selalu datang dengan anaknya yang kadang balik dari Brunei kedai makan tersebut dulu kecil sekarang dah bertambah luas tempat makannya. Cuma parking je yang susah sikit sebab park kat tepi-tepi jalan.

Apapun alhamdulillah dapat berkumpul semua adik - beradik dan dapat makan beramai-ramai ...syukur Ya Allah Atas nikmat yang Engkau berikan. Semuga ukhwah kami adik beradik kukuh sampai akhir Hayat. Aamiin

2 comments:

  1. Alhamdulillah..adik-beradik & saudara-mara bermuafakat..tindakan yg bagus buat pecah sempadan, senang urusan hakmilik & jual beli....apam balik tu rasanya dipanggil 'kuih gandus'..yg bulat2, ada mcm2 inti - kcg merah, jem nenas..

    tempat jatuh lg dikenang, inikan pula tempat bekerja...geng marhaban...byk kenangan notie di sini..

    ReplyDelete