Friday, January 17, 2025

Ke Segamat sehari sambil mengamit memori

 


Sampai rumah Kak sal pokok pisang ni yang jadi habuan mata aku. Nak kecek sesisir kata Kak sal belum masak lagi jadi pi le kecek kat kedai. hehehehe
 
Assalamualaikum,

Dah masuk tahun 2025 tapi nak menulis emmm kemalasan melanda. Sakit hati juga tenguk kosong je bulan 1 jadi cubalah bercerita.Tabik spring-spring siapa yang rajin update blog. Aku ni ikut mood padahal banyak je benda nak cerita. Kadang macam-macam idea muncul tapi selalunya hauk nan ado idea. hehehehehe

Trip ke Segamat ni sebenornya lama dah aku merancang malahan berimpian nak jumpa ex staff semasa aku bekerja di Segamat dahulu. Tapi kita hanya merancang Allah juga yang menentukan. Aku nak jumpa Pak Rosli Atendan pejabat dahulu tapi khabar yang menyedihkan Pak Rusli meninggal dunia tahun lepas. Dalam pertengahan tahun rasanya.  Sebelum tu last pi jenguk rumahnya tapi rumahnya kosong je. Jadi balik dengan kehampaan. Tapi impian nak jumpa tetap membara tapi akhirnya tidak kesampaian. Al Fatihah buat Pak Rosli. Kak Jah isterinya pun lama tak jumpa.

Segamat ini merupakan tempat yang banyak memori dahulu kala sewaktu mula-mula berkhidmat dengan KKM. Jadi bila sesekali terjah terbayang-bayang memori lama sambil menyusuri jalanan yang pernah aku lalui dahulu. Memang telah banyak berubah se iring dengan masa.

Aku masih lagi selalu bertanya khabar dengan Kak sal. Sesekali terdengar khabar orang tu meninggal lah orang ni meninggal lah. Allahuakbar. Ramai sungguh staff yang lama-lama telah meninggal dunia.  Bila Kak sal beritahu khabar tersebut terbayang-bayang insan yang tersebut.  Kalau Kak jah ada di rumah pun nak jumpa juga. Kak Jah ni isteri Arwah Pak Rosli. Suami isteri kerja di Hospital Segamat. Masa aku mula-mula datang ke Hospital banyak sungguh suami isteri bekerja di tempat yang sama. Kalau suami Atendan isteri penyelia dapur macam Pak Rosli dan Kak jah. Manakala boss aku pula suami kerja di Jabatan Rekod , Kak Wahidah pula kerja assistant Nurse, kerja kat klinik Pakar. Ramai sungguh masa tu. Jadi apa cerita kat hospital ada je yang tukang gossip. Hish terkenang semasa dulu sungguh ni. Bila teringat memori lama aduhaiiiiii rindunya waktu-waktu itu yang hanya dapat di kenang sahaja.  

Masa last ke Segamat bila ye. Macam pergi Segamat time mengundi je sebab dah tukar alamat tapi bila mengundi masih lagi alamat lama. Jadi jenguk lah Segamat walaupun mengundi sehari. Selalunya aku singgah rumah kak Sal. Lepas dah mengundi ajak Kak Sal jalan ke rumah Appu. Itu kiranya last lah pi Segamat.

Dan hujung tahun 2024 ada lagi cuti jadi ajak Kak Jal pergi bersama-sama. Jadi misi kali ni nak jumpa Kak Sal, Appu dan Encik Yusop bekas ketua masa dahulu.


Dan kebetulan masa sampai di rumah Kak sal anak dia Liana sedang menghabiskan cuti bersama suaminya di kampung. Liana kerja kat KL manakala suaminya polis di KL. Tak pasti pulak pejabat mana.


Bersama kak Sal. Dalam banyak-banyak teman serumah sewa tinggal Kak sal je. Masa kami menyewa dulu satu rumah ada 3 bilik. 2 bilik 3 orangsebilik  manakala bilik yang kecil kat dapur kak Sal dan Kak Saniah. Satu rumah 8 orang dan dapur nak masak ada 3 ke 4 dapur. Kak sal dan Kak saniah yang share masak. Yang lain dapur sendiri. Almaklumlah makan sendiri. Kalau rajin hah masak kalau tak tapau je kat kedai Bang Hamim kat depan jalan masuk Jalan Temenggung nun.  Masa tu pergi kerja jalan kaki je sebab hospital lama dekat je. Rata-rata yang menyewa Jalan temenggung adalah staff Hospital. Bila hospital bertukar ke Segamat baru hah baru ramai yang membeli rumah atau menyewa area Segamat Baru.

Kami tak lama kat rumah Kak sal sebab nak pergi rumah Appu pulak. 


Tapi sebelum pergi ke Segamat baru sempat lah terjah Stesyen bas Segamat. Sekarang stesyen bas dah besar. Malahan stesyen keretapi pun dah cantik. Dulu kecil je stesyen bas dan keretapi  dimana keduanya berdekatan. Senang orang turun kat stesyen bas terus pi naik keretapi. Macam tu le juga vice versa. Tu port best dating zaman dolu-dolu. hehehehe sebab aku memang dating kat stesyen bas dan pi makan kat cafe stesyen keretapi. Nasi lemak dia yang hanya jual waktu malam je  sedap dan murah. Ramai port lepak kat cafe waktu malam-malam. Bandar Segamat waktu malam suram kecuali kat stesyen bas dan keretapi. Belah atas kat Jalan Aji lagi suram. Manakala area Segamat baru hah baru meriah waktu malam. Sebab ada pasaraya Great wall rasanya. Lepas tu depan pasaraya tu tempat parking kalau tak salah ada gerai jualan. 

Masa aku baru kerja bila ada kursus asas di Seremban, balik je kursus geng zon selatan semuanya balik naik keretapi. Tak pernah naik ko. Masa kat rumah sewa pun kalau malam boleh dengar bunyi keretapi berjalan terutamanya gerabak barang. Mula-mula tak boleh tidur tapi lama kelamaan dah imun dah bunyi keretapi. Sekarang lagi changgih. 


Dah cantik stesyen Keretapi.  

Berhenti tepi jalan memandang panorama pemandangan sekitarnya.

Ni area berhadapan dengan hospital lama yang dah jadi Klinik kesihatan pesakit luar. Oleh kerana depan tu ada traffik light dan lampu merah hah kena lah menunggu. 



Ni gerai seberang jalan. Dulu kecil je kedainya sekarang dah banyak dan bangunan pun dah baru. Kalau banjir hah memang teruk lah sebab belakangnya Sungai Segamat. Kadang kalau teruk habis parking lot pun naik air juga depan klinik tu. Nasib bangunan tinggi jadi tak ada lah masuk air.  




Dulu takde roundabout sekarang ada pulak setoit . Setesyen bas dulu kecil je. Sekarang di anjak ke dalam dan di besarkan lagi kawasan serta bangunan menunggu bas yang lebih besar.

Macam-macam memori bila dikenang setesyan bas ni. Tempat menunggu bas balik muo, tempat jumpa orang, tempat anto orang, tempat dating opsss tak boleh nanti ramai orang sepital nampak.....hehehehe 

Seberang landasan tu hah ada jalan kecil masuk ke hospital, ada jalan tikus nak balik rumah sewa. Nak pintas jalan lagi cepat supaya senang nak tunggu bas. 






                                                       Bangunan baru setesyen bas Segamat.



Jalan masuk dah lebih besor ke dalam.





Landasan keretapi dah macam rumah 2 tingkat dia punya tinggi. Kalau tak bawah je tu selari dengan jalan cuma tinggi sikit dari jalan raya menuju ke Segamat Baru ni. Asyik kena banjir je landasan tak boleh lalu hah ko di buat baru. Dulu pernah masa banjir Appu dan beberapa orang jalan kaki melalui landasan keretapi tersebut untuk menuju ke hospital. Sekarang hospital dah pindah tempat baru takde lagi lah macam tu.


       Jalan-jalan kenangan. Sudah semakin banyak bangunan sepanjang jalan menuju ke Segamat Baru. 



Akhirnya sampai rumah Appu. Tu pun makan langsat juga salah masuk lorong. Mana taknya dulu depan rumah Appu pokok kelapa sawit, sekarang semuanya dah jadi rumah orang. Besor-besor pulak tu. Habis pokok kelapa sawit di jadikan taman perumahan. 

Appu pun dari rumah kecil dah jadi besor sebab dia beli rumah sebelah dan di besarkan jadi sebuah rumah. Dapur pun katanya Shasi anak dia yang tua beri duit suruh besarkan dapur. 


Makan Apom. Makanan ni aku yang request supaya isteri dia masakan untuk kami. Sedap. Isteri dia buatkan special untuk kami. Apa lagi lah hah ko sampai 3 keping aku makan. Tu pun tambah lagi 1 sampai dah padat rasa perut. 


Bersama anak perempuannya Neeta yang dah nak balik Putrajaya. Singgah tangkak rumah mak mertua dia sebelum balik. Anak Appu ada 3 orang. Mana lah kami tak mesra sebab dari mereka kecil sehingga dah kahwin dan anak pun dah besar. 



       Bersama Isteri Appu dan Appu sebelum kami ke Batu Anam. Kami berbual tak lama tapi memang sungguh mengimbau kenangan bila bercerita kisah-kisah dulu. Banyak citer-citer lama kami imbau sambil ketawa mengingati kisah dolu-dolu. Sementara usia masih ada silaturahim ini lah yang kena selalu di praktikkan. Walaupun jauh namun di hati sentiasa dekat sahaja. Kalau ikutkan nak pergi rumah kenalan yang masih ada hah tak cukup 1 hari. Jadi mana yang aku ingat je yang sempat singgah.  


                                                        
                                           Cantik pokok bonsai yang Appu buat. 

Agenda nak melawat Kak jah tidak dapat di realisasikan sebab Kak Jah ikut anaknya. Tak tahu anak yang mana satu. Agaknya bila Pak Rosli dahmeninggal tinggal sorang ikut anak le.

Lepas tu Appu bawa aku ke Batu Anam. Kita orang lalu jambatan ke 2 Segamat dan lalu Jalan Hasan. Sebab kalau lalu jalan biasa jem sebab banyak trafik light. Jadi perjalanan di teruskan ke Batu Anam. Kononnya nak jenguk Encik Yusof ex boss aku. Appu pernah pergi rumah Encik Yusof dulu.

Tapi bila dah sampai pusing sana pusing sini eh ni area Cina je. Pusing jalan lain. Sampai sudah kami tak sampai rumah Encik Yusof sebab Appu sudah lupa jalan. Hehehehehe. Memang puas sungguh makan langsat.

Kata Appu dia ada call Encik Yusof tapi takde orang jawab. Agaknya dah tukar nombor lain.  Sebab tu aku setia no phone bertahun-tahun tak tukar nombor supaya orang lama boleh cari aku. Yang tukar cuma phone je tapi nombor tetap yang itu juga.  

Akhirnya kami pulang dengan hampa sebab tak dapat jumpa Encik Yusof dan Kak Wahidah isterinya. Nak minta maaf mana tahu ada dosa - dosa masa lalu yang tidak terampun. 

Hantar Appu dan Kak Sal ke rumahnya dan aku pun teruskan perjalanan balik ke Tangkak. Apapun semuga ada rezeki lagi dapat jejak kaki di Segamat. Aamiin 

2 comments:

  1. bahagia dapat bertemu sahabat lama

    ReplyDelete
  2. Siapa kata Notie malas menulis. Ni entrinya panjang macam cerpen 🤭

    ReplyDelete