Thursday, August 14, 2025

Sumbangan Lukisan Batik daripada Yayasan Budi Penyayang

 


13/8/2025 - SUMBANGAN LUKISAN BATIK YAYASAN BUDI PENYAYANG (PENYAYANG) KEPADA WAD KANAK-KANAK HOSPITAL PUTRAJAYA (HPj)

Bersempena sambutan Hari Batik Malaysia, PENYAYANG telah sudi menyumbangkan lukisan batik kepada wad kanak-kanak di HPj. Lukisan dihasilkan semasa Hari Batik Malaysia yang lepas di mana seramai 200 orang kanak-kanak dan orang awam dijemput mewarnakan lukisan batik tersebut.
Majlis sumbangan telah disempurnakan oleh YBhg Dato' Chef Ismail Ahmad, turut hadir bersama YBrs. Dr. Arini Nuran Binti Md Idris, Ketua Jabatan Pediatrik HPj.
Semoga dengan sumbangan unsur keindahan seni ini akan membawa keceriaan di persekitaran wad dan membangkitkan suasana yang teraputik bagi pesakit dan waris.




Lukisan Batik di gantung di Jabatan Pediatrik


Bergambar beramai-ramai



Sambil menyign sempat lagi posing tu.



Sempoi sungguh Chef Datuk Ismail. Pakai kain pelekat je. Orangnya memang peramah.

Teringat dulu masa pergi kat Restoren  Rebung kat Taman Tasik Perdana.  Sedap masakan dia. Masakan ala kampung gitu. Jadi masa kita orang geng ulat buku makan beramai-ramai masa tu rasanya menyambut kedatangan kawan dari Indonesia Bunga datang ke Malaysia. Chef Ismail datang kat tempat kami bertanya kabar. Masa tu restoren yang lama jadi macam sempit sikit. Lepas tu dengar dah tukar tempat. Yang ni aku belum pergi lagi. Kawasan dah luas sikit lah daripada yang lama. 

Sekarang kat Putrajaya pun dah ada restoren Rebung yang ke 2 kat Taman Seri Empangan bersebelahan dengan PICC. Yang kat sini aku belum sempat terjah lagi. Lain kali nak ajak Kak jal lah makan kat situ.  



16 comments:

  1. Cantik lukisan batik tu kak..SA suka lukisan gak...kat opis especially level kayangan banyak lukisan tergantung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pejabat swasta selalu deko dia letak lukisan yang mahal2 kan. Kadang dek abstrak sangat sampaikan tak paham maksud dia apa

      Delete
  2. Sempoi je chef pakai kain pelikat je. Cantik la lukisan.

    ReplyDelete
  3. Nampak classy pulak bila chef berkain pelekat gini :)

    ReplyDelete
  4. wah selfie dgn chef seleberiti happy

    ReplyDelete
  5. Wah, Chef Datuk Ismail rupanya.
    Sempoi jew dia pakai kain pelekat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chef Datuk Ismail memang sempoi. Macam kita tenguk kat tv hah macam tu lah bila kat luar melayani pelanggan restorennya.

      Delete
  6. Kelihatan ceria wad, ada belon-belon dan lukisan batik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wad kanak-kanak kena ceria supaya budak2 suka masuk wad. ahaksss

      Delete
  7. Batik memang cantik dijadikan hiasan. Cuya pon ada lukisan batik tapi takde ruang nak gantung. Dulu2 suka warna batik

    ReplyDelete
  8. menarik sangat, Dato' Chef kita memang sempoi kan dengan imej nya gitu :)

    ReplyDelete