17/10/2025 - Hospital Putrajaya berbesar hati menerima delegasi lawatan daripada Universitas Fort De Kock Indonesia. Antara intipati lawatan ini berkaitan perbincangan dan pendapat dua hala mengenai perkhidmatan penjagaan kesihatan yang terdapat di Malaysia.
Delegasi lawatan telah dibawa melawat ke wad O&G dan wad Pediatrik. YBrs. Dr. Nur Zulaikha Binti Nordin, Ketua Penolong Pengarah Perubatan I telah mewakili pihak Hospital Putrajaya berbesar hati untuk mempengerusikan sesi taklimat mengenai perkhidmatan hospital dan menjawab soalan diutarakan pihak universiti.
Semoga dengan perkongsian dua hala ini akan meningkatkan lagi servis dan mutu perkhidmatan kesihatan bagi kedua-dua belah pihak.
Sessi taklimat kepada tetamu yang datang jauh
Cenderahati
Tetamu dari Indonesia
Lawatan ke wad
Sister memberi penerangan
Bergambar bersama
Bergambar bersama-sama antara Malaysia dan Indonesia. Muhibah gitu
Jenguk Unit Dietetik dan Sajian juga
Di Lobi Endocrine.
Assalamulaikum,
Bila tenguk tetamu datang dari Indonesia ni seronok kan kalau dapat pergi ke tempat mereka pula terutamanya Hospital Di Jakarta dan sebagainya. Tenguk bagaimana situasi pekerjaan di Hospital di sana.
Dahulu ada Persatuan Rekod membuat lawatan sambil belajar ke Indonesia. Tahun bila dah lupa. Tapi masa tu memang teringin nak ikut cuma ekonomi tabung gajah belum penuh jadi ibarat no money no talk ye kalau nak berjalan. Jadi tenguk je lah gambar-gambar geng Rekod pi Indonesia. Seronok kalau kita dapat melihat keadaan di tempat lain terutamanya kalau macam aku Jabatan Rekod di Indonesia agaknya macamana.
Pernah masa kursus jangka pendek di Australia, kami di bawa ke hospital di sana. Masa tu kursus koding jadi selain di bawa merata kawasan hospital akhirnya kami di bawa ke Jabatan Rekod dimana Unit Koding terdapat. Bestnya kat Ausie ni Kalau buat koding tu kerja mengkoding je tanpa ada gangguan daripada yang lain. Tapi kat Malaysia Jabatan Rekod umpama gudang Rekod selain daripada koding kita menyimpan pelbagai Rekod Pesakit. Selain itu ada urusan Lapuran Perubatan lagi. Jadi kiranya rencam juga le Jabatan Rekod ni. Sebab tu ramai tak suka masuk Jabatan Rekod sebab banyak kerja padahal pada aku seronok je walaupun ianya rutin yang sama setiap hari.
Tapi Hospital Australia dah canggih kalau kata paper less memang tak ada kertas sungguh le. Malaysia cuba praktikkan dan Hospital Selayang sebagai pioner dahulu semasa awal-awal Hospital Selayang wujud tapi akhirnya tak boleh 100 peratus paper less kena wujud fizikal Rekod juga. Sekarang zaman digital tak tahu lah macamana nanti.













Alhamdulillah.
ReplyDeleteMoga erat silaturrahim antara negara jiran.
tak boleh kak nak paperless...sistem pun asyik down je.. hahaha...
ReplyDeletetapi, setakat hari nie, boleh lagi la nak track yang 2,3 tahun lepas punya, doktor taip je nama dan no IC, keluarla segala mak nenek prosedur yang pernah buat dekat hosp selayang nie..