Selfie dulu sebelum memulakan acara
Assalamualaikum, (ni cerita tahun lepas punya tak sempat nak up)
Alhamdulillah 1hb November 2025 yang lalu kita orang dapat buat team Building di Taman Saujana Hijau Presint 11. Jenuh juga nak buat Team Building ni tapi alhamdulillah berjaya mendapatkan Pegawai Kaunseling Pn Lau sebagai pembimbing Team building kami.
Aku dah lama tak pergi ke Taman Saujana ni malahan salah masuk simpang lah salah jalan lah sempat lagi pagi-pagi makan langsat. Sekali bila masuk kat Parking lot dia mak haiiii ramainya umat. Kereta penuh sana sini. Lepas tu aku stuck kat pintu masuk parking. Dulu pernah hantar anis buat photoshoot konvo dia di sini tapi masa tu parking free. Sekali dah bertahun tenguk parking berbayar lah pulak. Aku ingatkan boleh guna touch n go tapi camno ni . Tercangak2 juga macamana nak masuk. Kereta belakang dah berderet. Nampak sangat aku ni tak pernah sampai padahal orang Putrajaya tempat hot untuk aktiviti hari minggu. Bila aku turun nak tanya orang belakang dia kata jalan ke depan je kak nanti palang naik sendiri. Bayar masa pintu keluar. oooooooo jawab aku. Aku pun bergerak ke depan sikit tiba-tiba baru lah palang naik atas. Alhamdulillah lepas. Lepas tu nak park pulak jenuh pusing nasib baik nampak ada satu tempat yang dekat dengan jalan nak naik ke atas. Hah park situ lah.
Kita orang cari satu padang dengan gazebo warna biru. Masa cari tempat tu brisk walk le sampaikan terjumpa orang yang aku kenali sedang jogging. Fuh pagi-pagi dah berpeluh-peluh ni cari tempat. Akhirnya jumpa. Tapi sambil berjalan mencari tempat yang nak di tuju tu seronok melihat keindahan Taman Saujana Hijau ni. Rupanya pagi-pagi warga Putrajaya memang beriadah di sini. Sebab ramainya umatnya. hehehehe
Sampai di gazebo biru hah apa lagi lah bentang tikar dan hamparkan makanan untuk sarapan. Pn Lau datang siap bawak 2 batang besi. Untuk aktiviti nak buat apa aku tak tahu. Nanti nampakle besi tu buat apa. Ana datang siap bawak troli camping. Senang bawak barang banyak. main tarik je troli tu. Aku sebenarnya ada air kotak 2 dozen nak bawa tapi sebab ana datang lambat dan aku tak larat nak bawak air kotak tu jadi ianya tinggal je dalam bonet. Nasib baik Ana ada bawa air batu dan air kotak 1 liter banyak. Bila dah penat air Ana jadi penyelamat walaupun ada juga air mineral.
Santha dan cc mila tak tahu mana pergi. Mereka dah tersesat nak cari gazebo yang kami duduki. Lama juga tunggu entah mana depa pi. Sebab kawasan ni luas. Salah masuk simpang ke lain lah jadinya.
Ni ala-ala menyambut tetamu ala-ala high class gitu. hehehehe
Selesai sessi memperkenalkan diri kami memilih orang lain dimana aktiviti berdua dilakukan. Agak-agak boleh lepas tak.
Jenuh lah wei nak lepaskan diri tapi tak tahu dia punya trik emm tak boleh lepas.
Macam-macam gaya nak lepaskan diri. Ada sapa tah boleh tapi lupa group sapa.
Lepas tu Pn Lau bagi kita orang kepada 6 orang tapi ahli kami hanya 5 je sebab tak cukup orang. Tu pun jenuh nak clearkan tali yang tersimpul dimana setiap orang pegang hujung tali tersebut sambil cari akal bagaimana nak buat tali tu terlerai jadi dari ikatan. Ada simbolik sebenarnya apa juga aktiviti yang kami buat dalam team building ni bagaimana sebenarnya cara kita hadapi masalah dalam jabatan.
Berselirat tali sepertimana berseliratnya kami bagaimana nak menyelesaikannya. Jenuh weiiii.
Ni geng kami
Geng kita orang ni si Santha dengan Saiful cam nak bergaduh je
Lepas tu geng 6 orang ni jadi tukang rekacipta. Kelakor je masing-masing punya idea. Cipta apa lepas tu yang lain teka benda apa yang di cipta.
Lepas tu dah tahu mesin apa yang di reka ada pulak seorang story teller dari satu group ke satu group.
Ambil gambar ramai-ramai
Lepas tu dah penat rehat jap.
Macam-macam sebenarnya maksud tersirat di sebalik aktiviti yang kami dah jalankan.
Kayu yang Pn lau bawa digunakan untuk buat aktiviti ini. Tapi yang ini aku tak join sebab dek tekun buat aktiviti nak leraikan tali kaki aku dah sakit. Jadi aku minta excuse lah tak join sama.
Akhirnya buat video klip ni. Tapi tu lah aku dah sakit kaki jadi tak larat nak berlari macam depa semua. Tercicir di belakang. huhuhuhu
Setelah selesai semuanya lepak . Makan tengahari ada kita orang order dengan Pak tam. Bungkus je lah senang. Habiskan kuih dan minuman yang ada. Dalam tengahari gitu semua pun bersurai. Berakhir lah team building kami yang hapening. Bila dah ramai-ramai ada je ayat-ayat kelakor masing-masing. Enjoy semuanya.








.jpeg)


Sekali-sekala tak buat kerja hakiki hilang juga stress kan?? tu kalau buat luar dr putrajaya mmg lg semangat
ReplyDelete