Assalamualaikum,
Alahaiiiii enche Ai ni plan aku punya aktiviti hujung minggu bukan main lagi ye. Kena berinteraksi selalu kut semuga dia lebih memahami aku. hehehehe
No 1 ni sedang menekan-nekan nak cukupkan 10k satu hari. Bagus juga sebab dah lama tak buat briskwalk. Dulu-dulu rajin pagi-pagi sabtu atau ahad lupa aku pergi ke Tasik Titiwangsa nun. Sebab kalau pagi minggu kadang ada senam robik. Sebelum start pukul 8 pagi berjalan le slow walk dulu keliling tasik. Nanti dah sampai waktu untuk senam robik hah pergi ke satu padang yang khas untuk riadah pagi. Seronok sebab ada team yang ajar kami bersenam robik. Ada je team yang ajar. Tu lah dah lama tak pi Tasik Titiwangsa dah banyak berubah. Aku suka kat part kebun orkid dia tu. Cantik-cantik bunga orkidnya.
No 2 ni hobi membaca novel ni dari zaman sekolah rendah lagi. Dulu ada terbaca satu novel tebal dah lupa nama dia. Yang paling best novel Khatijah Hashim Badai Semalam. Best cerita dia sampaikan lepas tu kalau ada novel Khatijah Hashim akan di cari novel terbarunya separti Merpati Terbang lagi, Mira Edora sampaikan jadi cerita wayang rasanya. Ada satu lagi jauh dikenang dekat disayang. Jadi drama RTM rasany.
No 3. Semua orang suka memasak. Kalau tak pandai kena pandaikan sebab nak beri makan keluarga dengan air tangan kita kan. Tapi ada kawan Kak jal kat area Tangkak tu. Yang selalu masak suami dia je yang isteri untung le sebab suami sayang isteri masakan untuk famili. Aku pulak tak pandai sangat memasak cuma suka simpan resepi atau share kat FB. hahahahaha. Tapi dulu kat opis lama kita orang rajin buat port luck untuk jamuan. Ada sekali tu jamuan Raya.... kita orang beramai-ramai masak kat pantry. Aku buat ayam golek dengan bawak periuk sekali masak kat pejabat. Semerbak bau ayam percik aku sampai kat lift opis. Bila masak dia punya bau perghhh sampai orang tertanya-tanya masak apa tu. Sekarang malas tahap gaban sampaikan dah lupa ayam ponggeng yang aku selalu bawak time potluck geng UB dan opis dulu-dulu.
No 4. Aku suka tenguk pokok buah dan bunga-bunga. Tapi tu lah tangan panas. Selalu aku beli pokok buah-buahan tanam kat rumah mak. Tapi selalunya adik aku Faizol yang tolong tanamkan sebab tangan dia sejuk. Beli pokok belimbing buluh jenis yang besar. Hidup subur dengan buah kadang melambak. Tiba-tiba ada akak aku beli racun rumpai yang baling je kat rumput. Rupanya racun dia tu serap kat pokok buahan yang berhampiran selain daripada dia membunuh rumput. Mati beberapa pokok buahan yang aku beli dan Jol tolong tanamkan. Huhuhu. Ni tengah nak buahkan pokok buah jentik-jentik yang aku beli kat nursery di Kuantan. 3 pokok aku beli. Kak jal ambil 2 aku ambil sepokok tanam subur kat belakang rumah mak kat kampung tapi tak berbuah lagi. Buah jentik-jentik ni buahan zaman dolu-dolu. Nak makan jentik je buah dia. Banyak ada nampak area Utara. Dah nak lupus pokok ni.
No 5. Bersama keluarga. Ini part yang paling aku suka kalau dapat berkumpul beramai-ramai. Setiap bulan mesti balik kampung berkumpul dengan adik beradik aku. Apa lagi kakak-kakak aku dah jadi ibu tunggal. Sementara usia kami masih ada nikmtilah hidup selagi terdaya. Jadi bila dapat berkumpul macam ni nampak riak gembira kakak-kakak aku. Tapi tu lah sedih bila teringat Kak Tijah yang sudah mulai sakit. Kadang rasa nak je bawak Kak Tijah balik Bakri berkumpul tapi takut anak dia marah pulak. huhu Semuga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat Kak Tijah.
No 6. Menonton filem. Jarang pergi Pawagam tapi lebih suka tenguk di rumah. Filem Inggeris dulu-dulu . Sapa pernah tenguk Fantasy Island. Suka tenguk si kenit tu berteriak "the plane the plane bila ada orang datang mencari impian dia. Seronok tenguk cerita ni sebab setiap pelanggan yang datang dengan impian masing-masing. Ada beberapa filem yang aku suka The Lake House "pun suka. Top Gun seronok terbang tinggi di awan.
No 7. Bersihkan rumah. Kalau tibe angin rajin waduh sampai sakit pinggang sebab bersihkan rumah tapi kalau udah malas bersihkan depan mata je. hehehe Jangan buat camtu ye adik-adik.
No 8. Hobi. emm aku tak kreatif tapi ingat lagi masa pindah Pejabat Kesihatan dulu masa tu musim bunga straw. Ada member kat pejabat kesihatan yang ajar macamana nak buat. Jenuh beli straw macam-macam. Ada yang jadi bunga ada yang entah mana lesapnya dia. hehehehe. Suatu waktu dahulu. Aku tak kreatif tapi pernah lah juga kait benang buat alas meja buat chair back dapat le set lengkap. Entah mana dia. Buat cross stich yang tak habis-habis sebab mata dah tak nampak dan benang DMC dah mahal.
No 9. Jalan-jalan. Ini paling suka. Kalau banyak duit lagi panjang agaknya langkah aku tapi sebab tabung gajah ciput jadi terhad tempat yang di lawati. Apa lagi geng Ulat Buku aku di ketuai oleh Kak su pun rajin berjalan. Kita orang ni mengekor je perjalanan Kak su mana dia nak pi. Yang aku dah join pi Jogjakarta, pi Guangzhou, pi Kashmir pi Turkiye pi Brunei. Ada trip baru-baru ni pi Surabaya rasanya tapi last minit tak dapat join. Seronok pergi bersama Kak su sebab dia library bergerak kami. Sambil berjalan dengar dia punya cerita. Sekarang ni selain daripada berdoa semuga menjadi Duyufurahman di jemput Allah menunaikan Haji nak pi NZ, Kunming, Pakistan, Balkan, Switzerland, Amnsterdam, Japan nak tenguk Cherry Blossm. Paling suka tenguk bunga berkembang pada musim bunga dan daun berwarna warni time Autumn. Lepas tu paling syiok kalau dapat pi kebun buah-buahan yang sedang berbuah. Syiok oooooo . Jom berangan macam aku. Free je semuga Allah makbulkan doa aku diberi kesihatan yang sihat dan dapat berjalan serata Dunia. Aamiin.
No comments:
Post a Comment