Tuesday, July 14, 2026

Kenangan bersama Cc Su

Assalamualaikum
Maaf lah aku buat entry seorang demi seorang staf Hpj untuk memori Dan kenangan bersama. 

Masa masuk Jabatan Rekod cc su Dan cc mila banyak yang mengajar aku Dan juga kami suka bersembang kat pantry sambil makan sambil bersembang. 

Cc su rupanya pun baru je masuk Hpj kerana kenaikan pangkat. Sebelum ni kat Bahagian Perkembangan KKM. Laaa Selama kat parcel E kenapa lah kami tak pernah kenal Dan jumpa. Mungkin ada kut tapi bila korek dalam ingatan aku memang tak pernah terserempak. Alahaiiiii padahal cc su lama kat Blok 1 tu Dan kerja bersama Zarimah sebelum Zarimah naik pangkat masuk Pik. 

Cc orang melaka. Bila dia dah start kerja emm memang kyusuk Dan tekun lah. Almaklumle jaga data impatient. Kena semak 1 demi 1 patient kat wad tu betul atau tidak. Jadi jangan kacau cc nanti data tak betul. Habis report nanti. 

Orang melaka dengan orang muo kan berjiran jadi seronok le kita orang bersembang. Anak cc pandai masak. Sedap hasil tangan anak dia. Vietnam roll dia emm memang sedap. Ingat lagi kat Jamuan raya ada doktor Bahagian neuro makan Vietnam roll tu je tak paling juadah yang lain dah. Entah berapa roll dia makan. Doktor tu kata sos Dan roll tu sedap. Licin tau. 

Bila aku sibuk nak pencen sekali bila cc check date dia nak pencen rupanya lagi 2 tahun. Gelak dia sebab lepas ni ikut aku jadi Yb. Suami cc dah pencen tahun ni tapi kenang kan banyak lagi tanggungan cc tak mohon option pencen awal.

Terima kasih cc su atas ukhwah selama ini. Halal kan makan dan minum selama ini.
Hadiah dari pada cc su. Ada lagi satu dia kata frame. Aku tak buka lagi. 

5 comments:

  1. Alhamdulillah, indahnya ukhwah yang terjalin. Walaupun masing-masing dah/bakal bersara, kenangan manis kat pantry sembang-sembang sambil makan tu tetap melekat di hati. Semoga Cc Su sentiasa dipermudahkan urusan dan ukhwah ni berterusan sampai bila-bila. Selamat bersara juga buat Kak Notie

    ReplyDelete
  2. Selamat bersara kakNotie. Semoga terus berkekalan ukhwah antara cc Sue, cc Mila dan kakNotie.

    ReplyDelete
  3. Semoga terus terjalin persahabatan walaupun sudah bersara. Kenangan manis sembang di pantri mesti selalu di ingatan.

    ReplyDelete
  4. Indahnya persahabatan.
    Bahagia rasanya kan Notie....

    ReplyDelete
  5. Dah besara rindu kenangan kerja dengan kawan2.

    ReplyDelete